AL-QURAN EXPLORER

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

HARI KELUARGA DI CAMERON HIGHLANG: 18 & 19 DIS. 2009

Khamis, 29 April 2010

KEJADIAN ANEH ALLAH YANG MAHA KUASA


UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

Foto Bugil Yang Tertangkap Kamera

LIHAT gamabar-gambar ini! Bolehkah ia dikatakan 'kumpulan foto-foto natural telanjang bulat di alam terbuka tanpa sehelai benangpun?' Ternyata alampun dapat menguji fikiran anda. Bagaimana enterpretasi anda menyingkap foto-foto ini? Termasuk dalam kategori pornokah atau fikiran kita yang porno?

Kejadian alamkah yang bercelaru keliru? Tentunya tidak. Sila tes imajinasi anda? Dan terserah anda. Masih bolehkah berfikir netral melihat foto- foto gambar ini? Ia hanya kayu keras tidak bergerak, tetapi perasaan tidak bagaikan kayu mati yang tidak bergerak itu..

Foto Bugil Yang Tertangkap Kamera

Foto Bugil Yang Tertangkap Kamera

Foto Bugil Yang Tertangkap Kamera

Foto Bugil Yang Tertangkap Kamera

Bugil di Alam

Bugil di Alam

Bugil di Alam

Bugil di Alam

Foto Bugil Yang Tertangkap Kamera

Foto Bugil Yang Tertangkap Kamera

Foto Bugil Yang Tertangkap Kamera

Bugil di Alam

Aksi Bugil

Aksi Bugil

Aksi Bugil

Aksi Bugil

Khamis, 8 April 2010

KAPCAI ANTIK AKU




Salam,

Bukan untuk dijual tapi untuk tatapan sahaja

Selasa, 6 April 2010

MENGUMPAT YANG DIHARUSKAN


l SHadis : Bab 256 - Riyadus Solihin


256- Bab Pada Menyatakan Mengumpat Yang Diharuskan
Berkata Imam Nawawi r.a.: Ketahuilah! Sesungguhnya mengumpat ada juga yang dibenarkan kerana tujuan yang benar lagi disyariatkan yang tidak boleh dihasilkan melainkan dengan mengumpat. Ia terdapat pada enam sebab.

1- Pengaduan penganiayaan.
Maka harus bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang dikenakan keatasnya kepada Sultan atau hakim atau sebagainya daripada orang-orang yang berkuasa untuk menyekat kezaliman tadi. Contohnya dia berkata: Si pulan ini telah menzalimiku dengan begini-begini.

2 - Meminta pertolongan untuk menegur kemungkaran dan menarik si pelaku maksiat kepada kebenaran.
Maka harus bagi seseorang menceritakan kepada orang yang diharapnya mampu untuk menghilangkan kemungkaran itu dengan katanya sebagai contoh : Si pulan itu telah buat sekian-sekian, maka kamu laranglah dia. Dan tujuannya menceritakan keburukan itu adalah untuk menghilangkan kemungkaran itu. Tetapi jika tujuannya bukan untuk itu (bahkan untuk memburuk-burukkannya) maka ia adalah haram.

3 - Bertanya hukum atau cara penyelesaian.
Maka harus baginya berkata bagi orang yang ditanyainya itu (sebagai contoh): Ayahku atau abangku atau suamiku atau si pulan telah menzalimiku dengan begini-begini. Adakah haknya berbuat demikian? Dan apakah caranya untuk aku selesaikan masalah ini, atau apakah caranya untuk aku dapatkan hak aku, atau apakah caranya untuk aku sekat kezaliman ini atau sebagainya? Semua ini adalah harus kerana hajat tadi. Tetapi yang lebih baik ialah dengan berkata: Apakah pendapatmu tentang seorang lelaki atau seseorang atau suami (tanpa menyebutkan nama dan menentukan sesiapa) yang berbuat begini-begini? Ini kerana tujuannya untuk bertanya tadi telahpun terhasil sekalipun tidak dinyatakan seseorang yang tertentu. Walau bagaimanapun menyatakan seseorang yang tertentu adalah harus hukumnya sebagaimana pada hadis riwayat Hindun r.a. yang kami akan sebut Insya Allah.

4 - Mengingatkan muslim yang lain daripada kejahatan atau menasihatinya.
Di sini banyak cabangnya. Antaranya ialah menyatakan kecacatan dan kecelaan yang terdapat pada perawi-perawi hadis atau para saksi. Maka perkara ini adalah harus dengan ijmak kaum muslimin bahkan kekadang menjadi wajib jika perlu.

Antaranya juga ialah bila diminta pandangan untuk berbesan (mencari menantu dan pasangan hidup), bersyarikat, memberikan amanah barang-barang, bergaul, berjiran atau sebagainya. Dan wajib bagi orang yang diminta pandangan itu (memberitahu segalanya dan) tidak menyembunyikan hal keadaannya yang sebenar, bahkan dia perlu memberitahu keburukan-keburukan yang ada pada orang itu dengan niat nasihat. Dan ini banyak yang disalah gunakan. Ini kerana ada yang memberitahu kepada orang lain kerana kedengkiannya dan syaitan pula telah mencampur adukkan dan mengkhayalkan dia bahawa ia adalah nasihat. Maka hendaklah kita berhati-hati dengan perkara ini.

Dan termasuk dalam bab ini juga ialah seseorang pemimpin yang tidak memimpin dengan baik, samada kerana dia tidak layak atau kerana dia adalah seorang yang fasiq atau seorang yang cuai atau sebagianya. Maka wajib diberitahukan kepada orang atasannya untuk memecatnya dan menggantikannya dengan orang yang lebih sesuai atau supaya orang atasan itu mengetahui keadaannya dan memberikan tindakan yang sewajarnya dan tidak tertipu dengan tindak tanduknya. Juga supaya dia (orang atasan) memberikan dorongan kepada pemimpin itu supaya lebih istiqamah atau akan ditukar (digantikan dengan orang lain).

5 - Jika dia seorang yang jelas meunujukkan kefasiqannya atau bid’ahnya.
Contohnya orang yang menunjuk-nunjuk bahawa dia meminum arak atau orang yang terang-terang merampas harta orang ramai, memungut cukai (duit pau dan sebagainya), mengenakan cukai secara zalim atau mengetuai perkara-perkara kejahatan. Maka harus disebutkan kejahatan-kejahatan yang dilakukannya secara terang-terangan itu. Tetapi haram menyebut lain-lain keaiban yang ada padanya melainkan jika ia juga diharuskan dengan sebab-sebab lain yang kami sebutkan ini.

6 - Untuk dikenali
Apabila seseorang yang sudah masyhur dengan gelaran seperti (si pulan) yang berdener matanya atau yang tempang, yang tuli, yang buta, yang bole atau sebagainya, maka harus disebutkan pengenalan mereka tadi. Tetapi haram jika disebutnya dengan niat untuk mencelanya. Dan jika boleh mengenalinya dengan pengenalan lain yang lebih elok, maka itulah yang lebih baik.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَجُلًا اِسْتَأْذَنَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَقَالَ: ائْذَنُوا لَهُ, بِئْسَ أَخُو الْعَشِيرَةِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1532/1- Daripada Aisyah r.a., sesungguhnya ada seorang lelaki meminta izin untuk berjumpa Rasulullah s.a.w., dan baginda bersabda (kepada para sahabat): Izinkan dia (masuk). Dialah sejahat-jahat ahli keluarga.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Berkata Imam Nawawi: Imam Bukhari berhujjah dengan hadis ini dalam membolehkan mengumpat orang yang jahat dan yang tidak tetap pendirian.
Diharuskan mengumpati mereka supaya kita tidak terkena kajahatan mereka dan tidak terpedaya dengan zahir mereka.

وَعَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا أَظُنُّ فُلَانًا وَفُلَانًا يَعْرِفَانِ مِنْ دِينِنَا شَيْئًا. رَوَاهُ البُخَارِيُّ. قَالَ اللَّيْثُ بنُ سَعْدٍ,
حَدُ رُوَاةِ هَذا الْحَدِيْثِ: هَذانِ الرَّجُلانِ كَانَا مِنَ الْمُنَافِقِينَ.

1533/2 - Daripada beliau juga (Aisyah r.a.) katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku rasa kedua-dua orang ini sedikit pun tidak mengenali agama kita ini (Islam).
Hadis riwayat Bukhari. Berkata al-Laith bin Saa’d (salah seorang perawi hadis ini) : Kedua-dua orang ini adalah daripada kalangan munafiqin.
Harusnya mengumpati orang yang munafiq supaya zahir mereka tidaklah memperdayakan orang yang tidak mengetahui hal sebenar mereka.

Kita tidak boleh menuduh sewenang-wenang seseorang dengan munafiq.
وَعَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَقُلْتُ: إِنَّ أَبَا الْجَهْمِ ومُعَاوِيَةَ خَطَبَانِيْ, فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَّا مُعَاوِيَةُ فَصُعْلُوكٌ لَا مَالَ لَهُ, وَأَمَّا أَبُو الجَهْمِ فَلَا يَضَعُ العَصَا عَنْ عَاتِقِهِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَفِيْ رِوَايَةٍ لِمُسْلِم: وَأمَّا أبوْ الْجَهْمِ فَضَرَّابٌ لِلنِّسَاءِ.
1534/3 - Daripada Fatimah binti Qais r.a. katanya: Aku datang menemui Nabi s.a.w. dan aku memberitahu baginda: Sesungguhnya Abu Jahmi dan Mua’wiyah masuk meminangku. Baginda bersabda: Mua’wiyah tu miskin dan tidak berharta. Abu Jahmi pula tidak membuangkan tongkat daripada bahunya.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Perhatian: Hadis ini tidak diriwayatkan oleh Bukhari sebagaimana yang beliau sebutkan. Perkara ini memang diketahui bagi orang yang mengkaji Riyadus Solihin. Memang hadis ini diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud. Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah, Ahmad, Malik dan juga Darimi.

Dan pada riwayat Muslim : Abu Jahmi pula suka memukul perempuan. Dan ini adalah tafsir kepada riwayat: tidak membuang tungkat daripada bahunya. Ada juga yang berpendapat maknanya banyak bermusafir.

Harus menceritakan keburukan calon suami atau isteri kepada pasangan mereka.
Menyatakan pandangan terhadap calon suami atau isteri tidaklah termasuk dalam mengumpat yang diharamkan sekalipun dengan menyebut keburukan dan kelemahan mereka.
3 - Kita mestilah berhati-hati dalam membuat keputusan.
4 -Pandangan orang yang berilmu atau berpengalaman adalah penting dalam menentukan sesuatu.

Kita mestilah memberikan nasihat jika diminta.
وَعَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجْنَا مَعَ رَسولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ أَصَابَ النَّاسَ فِيهِ شِدَّةٌ, فَقَالَ عَبْدُاللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ: لَا تُنْفِقُوا عَلَى مَنْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنْفَضُّوا, وَقَالَ: لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ, فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَأَخْبَرْتُهُ بِذلِكَ, فَأَرْسَلَ إِلَى عَبْدِاللَّهِ بْنِ أُبَيٍّ, فَاجْتَهَدَ يَمِينَهُ مَا فَعَلَ. فَقَالُوا كَذَبَ زَيْدٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَوَقَعَ فِي نَفْسِي مِمَّا قَالُوا شِدَّةٌ, حَتَّى أَنْزَلَ اللَّهُ تعالى تَصْدِيقِي:﴿ إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ ﴾ ثُمَّ دَعَاهُمُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيَسْتَغْفِرَ لَهُمْ فَلَوَّوْا رُءُوسَهُمْ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1535/4 - Daripada Zaid bin Arqam r.a. katanya, kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam musafir yang penuh dengan kesusahan. Maka Abdullah Ibnu Ubayy berkata: Jangan seorang pun daripada kamu memberikan belanja kepada sahabat-sahabat Rasulullah sehinggalah (akibatnya) mereka akan berpecah belah. Dia juga berkata: Jika kita pulang ke Madinah, maka orang yang sangat mulia (Abdullah Ibni Ubayy) akan menghalau orang yang sangat hina (Rasulullah). Aku pun datang menemui Rasulullah dan memberitahu baginda perkara tersebut. Rasulullah pun mengutuskan utusan menemui Abdullah Ibni Ubayy (untuk bertanya kesahihan perkara tersebut). Dia bersungguh-sungguh bersumpah tidak mengatakan demikian. Lalu orang ramai berkata: Zaid telah berbohong dengan Rasulullah s.a.w.. (Kata Zaid lagi) Hatiku sungguh terasa dengan apa yang dikatakan (tuduhan) terhadapku, sehinggalah Allah Taala menurunkan wahyu membenarkan (perkataan) aku. (Iaitu firmanNya): “Apabila datang orang-orang munafiqin kepadamu (wahai Muhammad) …”. Kemudian Rasulullah memanggil mereka untuk beristighfar memohon keampunan kepada mereka, tetapi mereka memalingkan kepala mereka (kerana lari daripada mematuhi Rasulullah dan enggan beristighfar).

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Harusnya menceritakan rahsia orang-orang munafiq dan orang-orang yang khianat supaya kita terselamat daripada kejahatan mereka.

Menceritakan hal dan rahsia mereka tidaklah termasuk dalam mengumpat yang diharamkan.
Orang munafiq sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan Islam dan penganutnya. Kerana itu kita mesti sentiasa berwaspada dengan mereka.
وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَتْ هِنْدُ امْرَأَةُ أبِيْ سُفْيَانَ للنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ وَلَيْسَ يُعْطِيْنِيْ مَا يَكْفِيْنِيْ وَوَلَدِي إِلَّا مَا أَخَذْتُ مِنْهُ وَهُوَ لَا يَعْلَمُ. فَقَالَ: خُذِيْ مَا يَكْفِيكِ وَوَلَدَكِ بِالْمَعْرُوفِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1536/5 - Daripada Ai’syah r.a. katanya: Hindun (isteri Abu Sufyan) memberitahu Rasulullah s.a.w. (dengan katanya): Sesungguhnya Abu Sufyan adalah seorang yang bakhil dan dia tidak memberi kepadaku (nafkah) yang mencukupi untuk aku dan anakku, melainkan (yang mencukupkan daku ialah) aku mengambil daripadanya (hartanya) sedangkan dia tidak tahu. Baginda bersabda: Ambillah daripadanya (hartanya) yang cukup untuk kamu dan anak kamu dengan baik (tidak berlebihan dan tidak juga terlalu sempit).

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Pengajaran Daripada Hadis
Harus menceritakan hal suami atau isteri dalam bertanyakan hukum atau jalan penyelesaian.
Harus bagi isteri untuk mengambil haknya daripada suaminya jika haknya tidak diberi sekalipun dengan tidak keizinan suaminya.
3 - Tidak harus bagi isteri mengambil wang dan harta suami sewenang-wenang, yang diharuskan mengambil tanpa izin itu hanyalah sekadar keperluan.
4 - Suami hendaklah membelanjakan hartanya dengan baik untuk kebahagiaan isteri dan anak-anak dan janganlah terlalu kedekut sehingga menyusahkan mereka

Sumber oleh Kasih Islam.
Di salin dari Blog Khaliamad(http://www.dengantenang. blogspot

KEMPEN PEDULI REMAJA


DIMANAKAH ANAK – ANAK ANDA SEKARANG ?
Teman terpanggil untuk berkongsi diskusi mengenai keruntuhan moral di kalangan remaja setelah saban hari didedahkan dengan pelbagai karenah remaja yang semakin menakutkan di akhbar-akhbar utama negara.
Kajian menunjukkan semua tempat yang berstatuskan keruntuhan moral dan akhlak seperti dadah,seks bebas,anak luar nikah,bohsia,bohjan,GRO,lepak dan sebagainya menunjukkan remaja melayulah yang berprofil tinggi.Teman ingatkan hanya orang politik sahaja yang berprofil tinggi melakukan rasuah dan seks. Mungkin inilah kepimpinan melalui teladan yang dimaksudkan itu.

Masihkah kita peduli.
Peribahasa ` Jangan menjaga tepi kain orang ` tidak boleh digunakan lagi.Kerana masing – masing kena ` ambil peduli remaja ` kerana tanpa peduli masyarakat sudah pasti remaja ini akan terus dikancah maksiat dan dosa.
Sembang – sembang masyarakat dahului menganggap bahawa isu keruntuhan moral ini hanya berlaku di Bandar – Bandar besar sahaja. Namun kini telah menular kebandar-bandar kecil termasuk kampung – kampung juga tidak terkecuali , malah ada yang lebih parah. Teman pernah membaca suatu kajian yang membuktikan bahawa kes juvana yang terjadi di kawasan Felda juga mengatasi kes di sesetengah kawasan bandar dan ini merupakan suatu petanda yang membimbangkan.

Masihkah kita peduli.
Suatu kajian pernah dibuat beberapa tahun oleh seorang pakar kanak-kanak dan remaja daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajiannya terhadap 887 pelajar perempuan yang berisiko tinggi di sebuah negeri telah menggoncangkan seluruh lapisan masyarakat. Daripada 887 pelajar, hanya seorang sahaja yang mengaku tidak pernah mengamalkan hubungan seks bebas!
Itu belum lagi dilihat pada pecahan yang melakukan aktiviti lain seperti mengambil minuman beralkohol, menonton video lucah, poteng sekolah, bercumbu dan berasmara dikhalayak ramai, bertatu dan sebagainya!.
Kita renung sejenak dalam isu rokok dikalangan pelajar.Mereka dengan tenang menghisap rokok secara kumpulan di khalayak ramai,malah berani membaling punting rokoknya dilangkah terakhir dipintu masuk kesekolahnya.Mereka sedar diluar pintu pagar sekolah merekalah raja segala raja.Lebih menghairankan jika seorang pelajar ponteng atau keluar daripada sekolah lalu di hardik atau ditengking guru dan mereka jatuh dan tercedera,maka guru tadi boleh didakwa oleh ibubapa pelajar tersebut.Inilah peraturan yang membingungkan rakyat.
Masihkah kita peduli.
Dimanakah peranan Kementeriaan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Kementerian Pelajaran.Janganlah kita asyik berpolitik untuk mengejar kedudukan politik sahaja dan mengindahkan slogan semata - mata dan memandang mudah dan sunyi terhadap permasalahan ini.

Pedulikah kita.
Teman melihat matapelajaran Agama Islam atau Pendidikan Moral hanya untuk melepasi kehendak peperiksaan semata – mata,lebih – lebih lagi subjek hanya untuk melengkapkan gred A didalam sijil peperiksaan sahaja.Pelajar perempuan boleh menutup aurat sepanjang sesi persekolahan,tetapi diluar waktu persekolahan mereka kembali membuka aurat.Dimanakah silapnya ?.Ini menunjukkan mereka hanya mengejar impian peperiksaan,tetapi bukan untuk mempratikkan sesuciaan Islam.
Adakah ini kebanggaan Islam Hadhari,I Malaysia, Rakyat Didahulukan ataupun generasi kebanggaan kita Wawasan 2020.

Jawapannya sudah terjawab didalam kitab suci Al - Quran.
Disalin dari blog,http://dengantenang.blogspot.com

Khamis, 1 April 2010

KEPENTINGAN MENJAGA SOLAT

Disediakan Oleh : Siti Sumayyah Sha'arani

Salam sejahtera kepada semua umat Nabi Muhammad sekalian. Semoga di bawah lindungan rahmat Allah. Semoga kita termasuk di dalam golongan yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Kali ini marilah kita sama-sama menghayati satu suruhan Allah yang diperintahkan untuk dikerjakan oleh hambaNya iaitu solat. Solat ialah amalan yang mudah dilakukan tetapi sangat susah ditunaikan oleh umat Islam pada masa sekarang. Ini kerana ramai yang menganggap bahawa solat adalah amalan yang remeh sedangkan solat ialah ibadat wajib yang perlu ditunaikan. Malah solat juga adalah rukun Islam yang kedua.

Sebagai umat Islam yang yang mengucap dua kalimah syahadah, kita wajib menunaikan solat. Ini kerana solat merupakan amalan yang diperintahkan oleh Allah S.w.t semasa peristiwa Isra’ dan Mikraj. Solat yang asalnya 50 rakaat telah dikurangkan kepada 5 rakaat atas permintaan Baginda Rasulullah S.a.w.

Di salin dari blog KedahLanie..!!
Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

( Hadith riwayat Bukhari )

Mengapa kita harus menjaga solat? Ketahuilah, bahawa solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab pada hari kiamat kelak. Jika solat kita sempurna, berbahagialah kita di sana. Jika tidak sempurna, kita akan menerima balasan yang setimpal. Solat juga dapat menutup kekurangan kita pada amalan-amalan yang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Semasa menunaikan solat, segala rukun harus ditunaikan sesempurna mungkin. Rugilah jika kita bersolat hanya sekadar sambil lewa sahaja. Ini kerana ketika solatlah kita berhubung dengan Maha Pencipta. Ketika di dalam rukuk dan sujudlah kita mengabdikan diri kepadaNya.

Firman Allah: “ Sesungguhnya Aku adalah Allah. Tidak ada Tuhan selain Aku. Sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”. (Thaahaa: 14)

Seharuslah kita sedar kepentingan menjaga solat. Solat mempunyai banyak kelebihan yang kita sendiri tidak terhitung. Solat juga akan menghapuskan dosa-dosa kita yang terdahulu. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.” (Hadith Riwayat Muslim)

Diingatkan lagi mengapa harus kita menjaga kewajipan yang satu ini. Solat dapat mencegah kita daripada perbuatan yang mungkar. Solat dapat menghapus dosa-dosa yang lalu selagi mana kita tidak melakukan dosa besar. Dengan menunaikan solat, ia dapat menghalang kita daripada melakukan perbuatan yang mungkar.

Firman Allah: “Bacalah (selalu) Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu! Dirikanlah solat! Sesungguhnya solat itu menghalang perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingat Allah lebih besar (faedah dan kesannya). Dan Allah mengetahui apa yang kamu lakukan”. (Al-Ankabut: 45)

Nabi S.a.w pernah bersabda bahawa bahawa kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun boleh dipukul jika tidak mahu bersolat. Tetapi bagaimana pula jika orang dewasa juga tidak mahu solat. Apakah mereka tidak merasa malu kerana tidak menunaikan perintah Allah. Tidakkah mereka merasa kerdil di sisi Allah. Allah telah memberikan begitu banyak nikmat kepada hambaNya, tetapi apakah hambaNya tidak dapat membalas rasa syukur dengan bersolat? Sesungguhnya hamba tersebut seorang yang sangat tidak bersyukur dan tanpa rasa malu menghirup nikmat yang Allah berikan, dan tidak mahu menzahirkan rasa syukur tersebut dengan solat.

Jadi sebagai hambaNya, marilah kita sama-sama menunaikan solat sebagai tanda kita bersyukur di atas nikmat yang Allah kurniakan. Solat itu tanda kita mendapat rahmat dari Allah, dan kita bersyukur ke atasnya. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Riwayat Bukhari)

Dan ingatlah pula, selain menjaga solat, kita juga hendaklah menjaga tingkah laku kita.

Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)” (Muslim)

Allah telah menjanjikan balasan yang setimpal jika kita tidak menjaga solat. Di antaranya kita akan dibangkitkan seperti babi hutan yang hitam di hari Kiamat. Sewaktu di dalam kubur, seekor ular yang hitam akan membelit kita sehingga hancur tulang belulang kita.

Ada satu kisah tentang orang yang meninggalkan solat.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."!

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,

"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,

"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka mengadakan solat jenazah untuknya. Tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular! itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya :

1.Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.

2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya. (Sumber : http://jaipk.perak.gov.my/ : Portal rasmi Jabatab Agama Islam Perak)

Harus diingatkan, tiada alasan untuk meninggalkan solat kecuali dua perkara. Pertama : perempuan yang didatangi haid dan kedua : orang yang tidak waras. Tetapi realitinya sekarang kita dapat melihat ramai lelaki yang perempuan yang tidak solat. Apakah sekalian lelaki tersebut didatangi haid ataupun telah menjadi gila, dan kerana itu dia tidak mampu melakukan solat? Dan bagaimanakah pula dengan sebahagian kaum perempuan yang tidak solat, adakah mereka didatangi haid buat selama-lamanya atau menjadi gila juga?

Solat harus ditunaikan dengan apa cara sekalipun walaupun ketika sakit. Sabda Rasulullah S.a.w: “ Solatlah sambil berdiri. Jika tidak sanggup, boleh duduk. Jika tidak sanggup juga, boleh sambil berbaring”. (Hadith Riwayat Bukhari)

Jadi wahai sekalian umat Nabi Muhammad, tiada alasan untuk kita meninggalkan solat walaupun kita sakit. Solatlah walau di mana juga kita berada. Janganlah memberikan pelbagai alas an untuk tidak menunaikan solat. Sabda Rasulullah S.a.w : “Meninggalkan solat adalah unsur yang membezakan antara seorang Muslim dan seorang kafir”.