AL-QURAN EXPLORER

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

HARI KELUARGA DI CAMERON HIGHLANG: 18 & 19 DIS. 2009

Rabu, 16 Jun 2010

KENDURI RUMAH JIRAN-EN HAMID 12.6.2010





Baju kuning, pak hasan, kepala mengidang kami


Kenduri rumah En Hamid jiran sebelah rumah aku pada 12.6.2010(Sabtu), aku kena jadi wakil tuan rumah, teruk dan letih juga la, tapi tak apa dapat juga pengalaman. Kami di sini buat secara gotong royong, dari memasak, mengidang, basuk pinggan dan juga pasang khemah dan lain2 lagi.

Kerja2 bermula pada petang jumaat mendirikan khemah dan mengangkut kelengkapan dari setor ke rumah kenduri, bagi kaum wanita kerja memasak diserahkan kepada mereka. Ada tukang masak, tukang mengidang, bancuh air, kutip pinggan dan membasuh. Semuanya bekerjasama tanpa mengira fahaman politik. Rumah aku di jadikan tempat membasuh dan membancuh air.

Lebih kurang jam 5.00 ptg. semua kelengkapan saperti khemah, kerusi meja, pinggan dan lain2 dikemaskan untuk dihantar ke setor. Alhamdulillah makanan lebih dari cukup, dan yang lebih di tapaw untuk semua yang terlibat. Semua yang terlibat di bagi ole2 oleh tuan kenduri(En Hamid), beliau berpuashati dan mengucapkan terima kasih kepada ahli pakatan yang tolong menjayakan majlis kenduri kahwin anak sulung lelakinya.

APA MAKSUD MASBUK DAN MUAFIK

MEGA: Apa maksud masbuk dan muafik.

MUSTAFA: Secara ringkas, muafik adalah makmum yang sempat takbiratul ihram dengan imam. Dengan kata lain, orang yang muafik ini datang awal ke masjid dan surau serta sempat membaca fatihah bersama imam.

Makmum yang muafik bermaksud dia sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan kebiasaan orang ramai.

Masbuq adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca al-fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai.

Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk.

Jika kita masbuk, apakah syarat fatihah kita untuk ditanggung oleh imam?

MUSTAFA: Apabila imam selesai membaca fatihah dan rukuk sebelum makmum yang masbuk sempurna membaca fatihah, maka wajib makmum itu memutuskan atau memberhentikan bacaan fatihahnya dan terus rukuk.

Syarat untuk membolehkan makmum memotong bacaan fatihah dan ditanggung oleh imam adalah jangan membaca yang sunat. Iaitu jangan membaca doa iftitah dan ta'awuz (auuzubillah).

Orang yang masbuk hendaklah terus membaca rukun qauli (bacaan) yang wajib. Bagi al-fatihah yang wajib adalah bermula dengan bismillah.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat berimam maka bacaan imam itu adalah bacaannya".

Bagi mereka yang masbuk ketika imam sedang rukuk, mereka hendaklah terus rukuk mengikut imam dan tidak perlu lagi membaca fatihah.

Makmum itu dikira mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam dengan tama'ninah.

Bagaimanapun, suka diingatkan supaya jangan sengaja melewat-lewatkan bertakbir. Ini taktik orang yang menyangka mereka untung kerana tidak perlu membaca fatihah. Walhal perbuatan tersebut adalah makruh.

Jika kita muafik, tiba-tiba imam membaca surah pendek dan laju. Kita baru separuh baca fatihah, apa yang perlu makmum lakukan?

MUSTAFA: Dalam kitab fikah, makmum boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada imam tidak melebihi tiga rukun fi'li (perbuatan).

Jika makmum ada masa yang cukup untuk baca fatihah tetapi dia termasuk dalam golongan yang bacaannya lambat secara semula jadi, maka ada ulama yang mengharuskan orang ini memotong bacaan fatihahnya dan terus rukuk sebagai mana makmum yang masbuk. Dan orang ini tidak dikira sebagai muqassir (cuai).

Namun, mengikut qaul yang asah seperti yang tersebut dalam kitab al-Raudah, makmum itu hendaklah menghabiskan fatihahnya dan takhallufnya itu diberi keuzuran.

Bagaimanapun, bacaan al-Quran itu ada tiga wajah iaitu tartil (lambat), tadwir (sederhana) dan hadr (laju). Jadi, kalau pada rakaat pertama kita ketinggalan membaca al-fatihah maka pada rakaat seterusnya hendaklah kita memilih bacaan yang lebih cepat supaya sempat menghabiskan al-fatihah.

Dalam bab masbuk, adakah nas untuk kita tepuk bahu imam?

MUSTAFA: Sebenarnya tidak ada nas berbuat demikian. Bahkan jika kita lakukan perbuatan itu sehingga mengganggu khusyuk solat orang lain, itu jatuh makruh.

Kalau kita hendak masbuk, cukup sekadar kita merapatkan diri dengan imam itu atau menguatkan suara semasa bertakbir.

Ini kerana, tidak disyaratkan seorang itu berniat imam kecuali semasa mengimamkan solat Jumaat.

Apabila imam tersilap, contohnya tertinggal tahiyat awal, bagaimana makmum boleh menegurnya?

MUSTAFA: Dalam hal ini, makmum itu perlu tahu adakah kesilapan itu perkara rukun atau sunat dalam solat.

Kalau dalam perkara sunat, makmum tidak dibenarkan melawan atau menyalahi imam. Contohnya, imam terlupa membaca tahiyat awal pada rakaat kedua sebaliknya terus qiam selepas sujud.

Dalam hal ini, makmum wajib ikut imam cuma dia boleh menegur dengan menyebut subhanallah supaya imam tahu dia terlupa tahiyat awal dan boleh sujud sahwi kemudian.

Jika makmum berkeras dan membaca tahiyat awal maka solatnya batal.

Lain pula halnya jika yang terlupa itu melibatkan rukun. Contohnya, imam bangkit selepas rakaat keempat pada solat asar.

Kalau makmum sedar imam terlebih rakaat, maka dia tidak boleh ikut bangun. Jika makmum ikut tambah satu rakaat, maka solatnya batal. Walhal bagi imam, solatnya sah kerana dikira uzur akibat terlupa. Dengan itu, imam boleh teruskan solat hingga memberi salam.

Sebaliknya makmum diberi pilihan sama ada hendaklah duduk tahiyat akhir dan tunggu imam sehingga sampai salam atau niat mufarakah (berpisah daripada imam).

Dalam mengajar anak-anak solat berjemaah, adakah wajar membawa mereka bersama-sama di tengah saf?

MUSTAFA: Membawa anak-anak solat berjemaah adalah amalan baik. Cuma, pengawasan ibu bapa serta Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid atau surau adalah perlu. Ia supaya anak-anak tidak mengganggu perjalanan solat sehingga menjejaskan kekhusyukan para jemaah.

Bagaimanapun, perkara ini adalah subjektif dan memerlukan kita melihat kepada kesesuaian tempat, masa dan kumpulan sasaran.

Jika berlaku kesesakan disebabkan ruang solat yang kecil terutama pada solat Jumaat maka pengasingan saf antara golongan dewasa dan kanak-kanak perlu dilakukan secara bijak.

Adalah dicadangkan supaya diletakkan had saf kanak-kanak untuk memberi ruang kepada jemaah dewasa yang masbuk.

Para ulama khilaf dalam menetapkan hukum sama ada putus atau tidak saf jika ada kanak-kanak di situ. Bagaimanapun, umumnya di negara kita, saf kanak-kanak diasingkan daripada dewasa. Cuma ia jangan pula terlalu jauh antara kedua-duanya.

Masjid di negara kita indah tetapi masih gagal menarik remaja datang. Apakah yang diperlukan untuk menarik mereka ke masjid masa kini?

MUSTAFA: Masjid boleh menjadi tumpuan masyarakat dengan menyediakan prasarana yang memudahkan para jemaah.

Paling utama kini adalah kemudahan meletak kenderaan. Sebabnya, hal ini jika tidak diatur dengan baik boleh memberi gambaran negatif kepada bukan Islam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas setiap kali solat Jumaat. Lalu Islam akan dilihat sebagai menyusahkan orang lain.

Bagi menarik para remaja, masjid boleh menyediakan kemudahan riadah seperti gelanggang futsal dan ping-pong.

Masyarakat juga mahukan tempat pembelajaran yang selesa iaitu dewan kuliah atau seminar yang dilengkapi kerusi meja dan alat bantu mengajar.

Masjid juga perlu dilengkapi kemudahan wi-fi. Sudah ada masjid yang menawarkan perkhidmatan ini tetapi ia masih belum meluas.

Di Salin dari blog: hjarshad.blogspot.


Selasa, 15 Jun 2010

KHAS UNTUK MUSLIMAH


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Dipetik dari:hjarshad. blogspot

Khamis, 3 Jun 2010

CATATAN PERJALANAN: PDG BKT TINGGI, SUMATERA BARAT

Kereta kuda di tgh bandar

Kain telekong wanita beranika corak dan murah

Istana Pagaruyung sedang dibaikpulih setelah terbakar

Bandar Bkt Tinggi dari atas hotel Nikita

Kawah gunung berapi dari udara

Di hadapan Potret Buya Hamka
Baru sampai dan singgah makan tgh di restoren Pak Datok

Dengar taklimat di Pusat Dokumentasi dan Imformasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang
RUMAH GADANG - Pusat Dokumentasi dan Imformasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang
Makan tgh dan shooping
Pusat kraftangan (sulaman) Hj Rosmah
Di kawasan Industri kampong, kilang kopi
Pemandangan sawah di sepanajang jalan ke Tasik Maninjau
Istana Pagar Ruyung dan parabola
Jamu mata dpn restoren
Tempat R&R ke Tasik Maninjau
Di rumah kelahiran Buya Hamka, tepi tasik Maninjau
Makan Tgh dan latar belakang Tasik Malinjau
Pasar Atas Bkt Tinggi
Dinner malam akhir di restoren Gulai Kapau


Hari Pertama: 27 hb Mei 2010(Khamis)

Pada 27 hb Mei 2010 hingga 30 hb Mei 2010 yang lalu saya serta keluarga berkesempatan bercuti sambil melancong(Wisata) ke Padang dan Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia. selama 4 hari 3 malam. Bertolak dari LCCT Kuala Lumpur, penerbangan dengan Air Asia mengambil masa lebih kurang 1 jam ke Padang. Semasa dalam penerbangan sebelum mendarat di Padang kelihatan kawah gunung berapi yang dikatakan masih aktif.

Sebaik tiba di lapangan terbang Minangkabau, Padang kami di bawa melawat di sekitar bandar Padang dan menyaksikan kesan2 runtuhan bangunan2 dan rumah2 kediaman yang dilanda gempa bumi tahun lalu. Kebanyakan bgn yang runtuh adalah bangunan2 tinggi terutamanya bangunan kerajaan,manakala rumah2 terdapat retakan saja. Ada yang telah di bina semula dan ada yang masih lagi kekal kesan runtuhan.

Selepas makan tengahari di pertengahan jalan ke Bukit Tinggi kami singgah di sebuat Pusat Kebudayaan dan Dokumentasi Minangkabau, di sana kami diberi taklimat berkenaan adat Minangkabau. Kebanyakan orang Minang ini mempunyai talian persaudaraan dengan penduduk di Negeri Sembilan.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Bkt Tinggi, di sepanjang perjalanan itu apa yang saya perhatikan jalannya adalah berliku2 dan sempit melalui lereng2 bukit. Walau pun begitu sikap pemandunya berhati-hati dan tiada kemalangan yang berlaku sepanjang perjalan tersebut. Yang menariknya dikiri dan kanan jalan terdapat aliran air yang jernih dari gunung yang masuk ke sawah2 padi bertingkat yang memang cantik pemandangannya. Air2 ini di alirkan terus masuk ke sawah dan juga kolam2 yang terdapat berhampiran rumah penduduk dan masjid2. Air2 ini digunakan utk mencuci dan mengambil wuduk. Dalam kolam2 ini terdapat banyak ikan2 yang dipelihara oleh penduduk.

Selain itu antara jarak lebih kurang 1km terdapat masjid dan juga surau2 di sepanjang jalan tersebut. Jalan2 di sana terlalu sempit, di mana jika terdapat garisan putih(Tengah) merupakan jalan utama, rumah2 penduduk adalah terlalu rapat dengan jalan(jarak 2m dari gigi jalan). Pemandu kenderaan tidak memandu terlalu laju, tidak saperti di negara kita, walau pun hon sentiasa dibunyikan tetapi adalah bermaksud meminta laluan atau memberi isyarat kepada pengguna2 lain supaya berhati-hati.

Dalam pemerhatian di sepanjang jalan pandangan biasa ialah parabola, boleh dikatakan kebanyakan rumah samaada yang daif atau banglow terdapat parabola, bumbung rumah pula adalah berbentuk minangkabau kerana disinilah tanah minang. Di pertengahan perjalanan kami berhenti untuk membeli belah, saya terlihat kincer air yang digerakkan oleh air yang mengalir dari gunung di tepi jalan dan didapati proses menumbuk beras untuk dijadikan tepung.

Sampai di Bkt Tinggi pada sebelah petang dah hampir waktu maghrib. Di bandar Bukit Tinggi kami menginap di hotel Nikita ditgh bandar. Selepas check in kami berehat kerana keletihan di mana perjalanan dari Padang ke Bkt Tinggi mengambil masa selama 2 jam dengan jalan yang sempit dan berliku-liku di lerang2 bukit. Di Bkt Tinggi udaranya sejuk tapi tidak lah sesejuk di Cameron Highland. Sebelah malam kami makan malam di restoren yang mana semua masakannya ialah menu Minang.

Hari Kedua: 28hb. Mei 2010(Jumaat)

Pagi ini saya dan anak (Naim) sempat solat subuh berjemaah di Masjid berhampiran hotel, jemaahnya tidaklah ramai lebih kurang 20 orang. Di sini mereka juga membaca surah al-Sajjadah dan al-Insan dengan sujud sajjadah, tetapi doa qunut di baca sendiri tanpa mengangkat tangan. Selesai solat tabung derma pun bergerak dan doa selepas solat juga di baca secara berseorangan.

Selepas makan pagi kami bertolak ke Paya kumboh dan Pagaruyung. Sepanjang perjalanan terdapat banyak sawah2 padi di lereng2 bukit yang mendapat air dari gunung, penanaman padi di sini tidak bermusim, ada yang baru dibajak, ada menghijau, ada menguning dan ada yang sedang dituai. Selain itu terdpat juga banyak pokok2 kulit kayu manis yang banyak di sepanjang laluan yang berbukit dengan jalan yang sempit.

Di pertengahan perjalanan kami singgah juga di kilang kopi yang diperoses di kampong(macam industri kampong). Di sini kami di sajikan dengan kopi asli secara percuma dengan. Sempat juga membeli buah tangan saperti kulit kayu manis, kopi dan juga pisang salai. Satu lagi tempat yang dilawati ialah Pusat Sulaman Ibu Hajjah Rosmah yang terletak di kawasan pendalaman kampong, di mana ianya melatih pekerja2 untuk membuat jahitan sulaman. Di sini juga pehak kerajaan negeri Kelantan pernah menghantar pelatih untuk kursus Sulaman Bersepadu Kelantan.

Apa yang saya lihat kebanyakan penduduk di sini memelihara anjing yang berkeliaran macam kucing peliharaan kita di Malaysia. Saya dimaklumkan oleh pemandu pelancong bahawa tujuan mereka memelihara anjing ialah untuk memburu babi yang banyak terdapat di kawasan hutan yang baru diteroka.

Kami makan tengahari di pertengahan jalan ke Payakumbuh. Yang menariknya di restoren ini disediakan tempat makan secara bersila, yang mana ianya terletak di atas kolam ikan. Sambil makan bolih memberi ikan2 makan sama. Sisa2 makanan yang tidak habis dimakan diberikan kepada ikan2 peliharaan yang kebanyakan ikan talapia. Selepas makan sempat juga solat Jumaat di masjid yang berhampiran.

Di kawasan masjid ini juga terdapat kolam2 yang luas dengan air gunung yang jernih yang sentiasa bertukar dan terdapat juga ikan. Air ini juga digunakan untuk berwuduk. Solat Jumaat di sini, bilalnya tidak membaca doa antara dua khutbah semasa duduk antara dua khutbah, pakat2 baca sendiri kut. Selepas solat terdapat juga kanak2 yang mandi, tapi mereka tidak pun menagkap ikan2 yang terdapat dalam kolam tersebut. Di sini sempat juga beli buah tangan.

Kami meneruskan perjalanan lagi ke Istana Pagaruyung yang telah pun terbakar dan sedang dibaik pulih, sempat juga ambil gambar kenangan di sana. Perjalanan diteruskan ke pusat tempat membuat ukiran dari kayu yang juga terletak di dalam kampong pendalaman. Apa yang menariknya semua tempat2 yang di bawa merupakan industri kampong (Macam IKS di Malaysia) yang mana ramai yang kami jumpa bas2 pelancong(Pariwisata) yang membawa pelancong dari Malaysia. Di tempat2 ini semua hasilnya dijual kepada pelancong dengan harga yang murah, tanpa melibatkan orang tengah.

Tiba di hotel hampir magrib dan berehat sebelum makan malam pada hari ini. Setiap kali makan tengahari dan malam di restoren yang berlainan.


Hari Ketiga: 29hb. Mei 2010(Sabtu)

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Bkt Tinggi, Selepas sarapan pagi di hotel kami di bawa
ke tempat kelahiran Allahyarham Buya Hamka iaitu seorang ulama yang terkenal di Indonesia dan juga di nusantara. Perjalanan ke sana terpaksa melalui lereng-lereng gunung dengan jalan yang sempit, tapi dengan pemandu yang berhati-hati tiada kemalangan yang berlaku. Sepanjang perjalanan dapat dilihat sawah-sawah padi di lereng bukit yang subur dan lain tanaman yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Jalan menuju ke sana terlalu curam dan berliku-liku yang mempunyai 47 selekoh yang sama keadaannya seperti jalan ke puncak gunung Jerai di Kedah. Di pertengahan jalan kami singgah di satu tempat yang menjual makanan ringan yang diusahakan oleh penduduk tempatan.

Rumah kelahiran Allahyarham Buya Hamka ini terletak di tepi tasik Maninjau yang dijadikan Muzium Hamka oleh pemerentah Indonesia dan dibaikpulih dengan bantuan ABIM Malaysia semasa En Ahmad Azam menjadi Yang Dipertua Abim Pusat. Tasik Maninjau merupakan bekas sebuah kawah gunung berapi satu masa dulu. Di sini kami diberi penerangan ringkas tentang kehidupan Hamka oleh saudara sepupunya dari zaman kanak-kanak hinggalah ia bergelar Ulama. Di Muzium ini terdapat lebih 200 buah buku karangan beliau dan yang masyur sekali ialah Kitab Tafsir Al Azhar.

Selepas itu kami bertolak balik ke Bandar Bkt Tinggi dan selepas makan tengahari kami dibawa ke pusat bandar Bkt Tinggi. Di sini kami sempat membeli belah buat kali terakhir sebelum pulang keesokan harinya di Pasar Atas yang merupakan pusat membeli belah seakan sama dengan Pekan Rabu di Alor Star, Pasar Kedai Payang di Kuala Terengganu dan Pasar Siti Khadijah di Kota Baru.

Kami bertolak pulang pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dari Lapangan Terbang Minangkabau di Padang dengan penerbangan Air Asia dan tiba di LCCT, KLIA pada jam 11.30 waktu Malaysia. Jauh perjalanan luas pemandangan,




Rabu, 2 Jun 2010

NUSYUZ - Isteri derhaka atau Suami Zalim?


NUSYUZ

Nusyuz secara bahasa adalah ketidakpatuhan, diambil dari an-Nasyz yang berarti tanah yang tinggi, ketidakpatuhan disebut nusyuz karena pelakunya merasa lebih tinggi sehingga dia tidak merasa perlu untuk patuh.


Nusyuz dalam istilah rumah tangga adalah kebencian suami isteri kepada pasangannya. Wanita itu nusyuz kepada suaminya jika dia tidak patuh kepadanya, suami nusyuz kepada isteri jika dia memperlakukannya dengan buruk dan berpaling darinya.


Nusyuz adalah keadaan yang terjadi pada suami atau isteri dalam bentuk ketidakharmonian, kerenggangan, ketidaksukaan, penolakan, ketidakpatuhan dan kedurhakaan dari isteri atau berpaling dari suami.


Allah Subhanahu waTa’ala telah mensyariatkan sebuah solusi bijak untuk mengatasi problem rumah tangga ini sesuai dengan perkembangan dan kondisi lapangan dengan menggunakan kelembutan, ketenangan dan kesabaran, Allah tidak memerintahkan memutus hubungan di antara suami istri dengan talak atau khulu’ secara langsung, akan tetapi Dia memberikan arahan-arahan kepada suami dan isteri untuk mengulangi tanda-tanda nusyuz pada tahapnya yang pertama.

Nusyuz suami

Allah Ta’ala berfirman, artinya, “Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir, dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. an-Nisa`: 128).

Kekhawatiran adalah dugaan terjadinya sesuatu yang tidak diinginkan dengan terlihatnya sebagian tanda-tandanya atau indikasi-insikasinya. Dalam kondisi semacam ini, maka ayat di atas mengarahkan kepada suami isteri untuk melakukan islah/ kesepakatan damai sekalipun salah satu pihak harus mundur dari haknya dan pihak lain mendapatkan lebih, hal ini demi keutuhan rumah tangga.

Aisyah menjelaskan sifat nusyuz dari suami dan cara mengatasinya, dia berkata tentang firman Allah, artinya, “Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya.” Aisyah berkata, “Dia adalah wanita yang bersuami, suami tidak mempedulikannya, dia ingin mentalaknya dan menikahi wanita lain, maka isteri berkata kepada suami, ‘Biarkan aku bersamamu, jangan menceraikanku, silakan menikah dengan yang lain, aku tidak menuntut nafkah darimu dan pembagian, itulah firman Allah Subhanahu waTa’ala, artinya, “Maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka).”


Berdamai bisa tercapai pada sesuatu yang merupakan hak suami, dan hak isteri atas suami adalah mahar, nafkah dan hak bermalam, isteri berhak menuntut tiga perkara ini dari suami, suami rela atau tidak. Adapun hubungan suami isteri, maka isteri memiliki hak padanya untuk menjaga dan melindunginya dari perkara-perkara yang haram.
Perdamaian di sini bisa dengan pengembalian mahar, semuanya atau sebagian, atau isteri menggugurkan kewajiban nafkah dari suami, atau menggugurkan jatah bermalam. Tujuan isteri melakukan ini adalah agar suami tidak mentalaknya, jika hal ini disepakati oleh keduanya, maka ia sah.


Dalam kondisi ini isteri disarankan bersabar, bersikap bijak dan bertindak dengan cermat, jika dia mencium gelagat kebencian dan ketidakpedulian dari suami demi menjaga ikatan pernikahan, dengan kebijakan, kepintaran dan perasaannya sebagai wanita dia bisa mengetahui sebab berpalingnya dan sikap acuh suami, lalu dia berusaha menepis sebab-sebab ini, memperbaiki keadaan dan menemukan tempat-tempat penyakit dan persoalan untuk diubati.

Tidak semua sikap acuh suami tergolong nusyuz, ada banyak persoalan hidup yang penting yang menyibukkan fikirannya, menyita waktu dan tenaganya dalam jumlah besar, seperti persoalan-persoalan ekonomi, sosial dan lainnya di mana tenaga dan dayanya terfokus kepadanya sehingga suami pulang kepada isteri dalam keadaan sangat letih dan lelah akibatnya suami tidak bisa berkelakar, berbincang malam dan memberinya kehangatan, maka wajib atas isteri mengetahui sebab-sebab ini dengan jelas dan memastikan problem nusyuz dan sikap acuh suami yang dia rasakan dan dia lihat, jika persoalannya seperti ini atau ada sebab lain yang bersifat insidentil, maka istri harus bersabar dan menerima sampai sebab-sebab tersebut hilang dengan sendirinya.

Di samping bersabar, isteri juga harus membantunya, jika dia memang mampu untuk itu, menyediakan iklim kejiwaan dan ketenangan rohani dalam rumah, mengikis kesedihan dan kesusahan dari suami dengan kelembutan, kasih sayang dan keceriaannya, menghapus duka dan kelelahan yang dia dapatkan dalam pekerjaannya di luar dengan senyuman yang tulus dan jiwa yang optimis, menggugah kembali sikap optimis, ketenangan, semangat dan pantang menyerah dalam jiwa suami. Biasanya sebab-sebab seperti ini akan lenyap, jika isteri memperhatikan hal-hal seperti ini dalam kehidupan rumah tangganya.

Jika ternyata suami berpaling dan menghindar karena sesuatu pada isteri yang tidak dia sukai, maka isteri harus memperbaiki keadaannya, memperhatikan apa yang dipandang dan dicium suami, berusaha menghilangkan sebab-sebab kebencian yang merupakan sebab terpenting mengapa suami berpaling dan menjauh. Jika seluruh usaha tidak berhasil dan suami tetap berpaling dan bersikap nusyuz, maka solusinya adalah apa yang tertera dalam ayat yang mulia, “Maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya.” Yakni tidak mengapa keduanya berdamai di atas sesuatu kesepakatan, seperti isteri tidak menuntut sebagian haknya dalam mahar, nafkah atau bermalam, agar isteri tetap menjadi isteri, atau isteri mengembalikan mahar untuk berkhulu’ darinya, jika dia tidak mampu bersabar, sebagaimana firman Allah Subhanahu waTa’ala, artinya, “Maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya.” (QS. al-Baqarah: 229).

Dengan syarat dalam perkara ini suami tidak berlaku aniaya yang membuat isteri terpaksa berkhulu’ sehingga suami berhasil mengambil kembali mahar dari isteri, kecuali jika khulu’ ini dengan kerelaan istri dan dia meyakini, bahwa ia lebih baik baginya.

Al-Qurthubi menjelaskan tentang penentuan perdamaian, di mana Allah Subhanahu waTa’ala berfirman, artinya, “Dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka).” Al-Qurthubi berkata, “ Perdamaian adalah kata umum lagi mutlak yang berarti bahwa perdamaian hakiki di mana jiwa tenteram kepadanya dan perselisihan terangkat adalah lebih baik daripada talak, termasuk dalam makna ini semua kesepakatan yang disetujui oleh suami dan isteri, dalam bentuk harta atau bermalam atau selainnya. ‘Lebih baik’ yakni lebih baik daripada perpisahan, mempertahankan perselisihan, permusuhan dan kebencian, semua itu termasuk dasar dari keburukan.”

Islam mengajak suami isteri untuk memberikan segala upaya untuk mengokohkan pondasi-pondasi kehidupan mereka berdua dan menguatkan ikatannya, karena ikatan suami isteri termasuk ikatan teragung dan paling patut dijaga, perjanjiannya adalah perjanjian paling berat dan paling berhak untuk dipenuhi.

Allah Subhanahu waTa’ala berfirman, artinya, “Dan mereka (para isteri) telah mengambil darimu perjanjian yang kuat.” (QS. an-Nisa`: 21).
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallambersabda,“Sesungguhnya syarat yang paling patut untuk dipenuhi adalah akad yang dengannya kalian boleh berhubungan suami isteri.” (HR.al-Bukhari & Muslim).
Sumber : alSofwah : Ust. Izzudin Karimi, Lc).

Khamis, 6 Mei 2010

Syaitan dalam kehidupan manusia

MUKADDIMAH
Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt:
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), (6 : 35 al-Fatir)
Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahgian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.
SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG
إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه
“ Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA
Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:
ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه
“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.
SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP
إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل
“ Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.”
Hadis sahih Muslim.
SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP
Nabi saw bersabda:
ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه
“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”
Hadis riwayat Ahmad.
MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA
Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:
لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان
“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”
Hadis sahih Bukhari.
Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaa adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan.

SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH
Nabi saw bersabda:
لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة
“ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.”
Hadis sahih Muslim
Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.
SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH
إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان : أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء
“ Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.”
Hadis sahih Muslim (2018).
MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN
إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعها للشيطان
“ Apabila jatuh sebahgian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan.”
Hadis sahih Muslim (2034)
SYAITAN PENGGANGGU SOLAT
Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:
“ Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.”
Rasulullah saw pun menjawab:
ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفل على يسارك ثلاثا
“ Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.”
Amru berkata:
“Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.”
Hadis sahih Muslim.
MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN
Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri:
“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?”
Dia menjawab “Tidak”
Nabi saw bersabda:
قد شرب معك من هو شر منه الشيطان
“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.”
Hadis Ahmad –sahih.
SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI
Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:
لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثل البيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب
“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”
Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih
PENUTUP
Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang Nabi saw masuk kepada manusia. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:
إن الشيطان قال : وعزتك يا رب لا أبرح أغوي عبادك ما دامت أرواحهم في أجسادهم. قال الرب : وعزتي وجلالي لا أزال أغفر لهم ما استغفروني
“ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.”
Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan
Rujukan: Al-Idoh wat Tabyin oleh Muhammad Abdullah al-Imam.

Posted by akhisalman

Dari blog hjarshad