Rasanya belum terlambat bagi saya untuk megingati pemergian Almarhum Ustaz Asri bin Ibrahim pada 13 Ogos 2009 yang lalu. Di sini saya perturunkan semula lagu nasyid beliau yang pasti semua kita akan mengalirkan air mata bila mendengar dan terkenangkan beliau.
Setiap insan pasti terasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayu surah dibaca
sayunya alunan suara
cemas di dada....lemah tak bermaya
terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
berpisahlah kita selamanya
kita tak sama nasib di sana
baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
sejahtera bahagia pulang ke sana
Sekujur badan berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak dan isteri
apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
soal bicara terus bermula
sesal dan insaf tak berguna lagi
hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanya kenangan
diiring doa dan air mata
YANG PERGI TAKKAN KEMBALI LAGI
Bait-bait lagu nasyid di atas telah di kumandangkan oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Semoga kita akan sentiasa mengingati kita juga pasti akan pergi juga menyusuli beliau tidak tahu bila waktunya akan tiba. Pemergiannya diratapi oleh semua lapisan masyarakat yang mengenalinya melalui kumpulan RABBANI. Jasanya dalam bidang dakwah melalui nasyid amat berkesan sekali.
Suaranya yang amat merdu anugerah ALLAH telah digunakan hanyalah untuk berdakwah melalui nasyid.
Semoga ALLAH sentiasa mencucuri Rahmat ke atas rohnya. Amin, amin ya Rabbul Alamin.
Suaranya yang amat merdu anugerah ALLAH telah digunakan hanyalah untuk berdakwah melalui nasyid.
Semoga ALLAH sentiasa mencucuri Rahmat ke atas rohnya. Amin, amin ya Rabbul Alamin.
salam..
BalasPadamsaya dok kat bandar darulaman...Gelung Rambai tu tak jauh la sangt...saya pun ada juga kwn masa p Mekah dok kt Gelung Rambai tu..tp dh lma x jumpa dia..
Saya tgk blog saudara kat Blog ust halim...SAya slalu ikut kuliah ust Halim,dh hampir 12 tahun..
saya masih muda lg..dan tgh mencari ilmu utk bekalan akhirat...
Gambar tu anak sulung saya.