AL-QURAN EXPLORER

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

HARI KELUARGA DI CAMERON HIGHLANG: 18 & 19 DIS. 2009

Rabu, 30 September 2009

Assalamualaikum di ucapkan kepada semua blogger.

Saya adalah blogger baru dalam dunia tanpa sempadan dan baru mula belajar. Nama Blog Saya ialah PRO ISLAM dan alamatnya ialah http://saidenzakaria.blogspot.com/

Sebelum terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua Blogger.

Khamis, 24 September 2009

kenangan di Penang


Najwa, Naim dan Isteri ku




AKU DAN ISTERI KU



Naim, Aku, Isteri ku dan Najwa.
Di rumah sewa semasa bekerja di Langkawi


Salam,

Kepada semua blogger yang rahmati Allah. Gambar2 yang dipaparkan di atas bukan apa, cuma baru nak belajar masukkan gambar dalam catatan. Itu pun adik yang ajar, pasai tu la hentam saja gambar mana yang sempat.

Mengenai tajuk saya guna slogan PRO ISLAM, Dulu kini, dan Selamanya, bukannya apa kerana bermula dari kecil iaitu semasa baru kenal apa tu politik seingat saya sekitar umur 8 tahun lagi ayah saya selalu bawa saya menghadiri ceramah Pas. Masa tu tokoh2 Pas yang terkenal seperti Allahyarham Dato' Asri. Abu Bakar Omar, Hashim Gera , Amaludin Darus, Hasan Adli dan lain lagi pernah saya dengar ceramah depa.

Lagi pun saya dibesarkan di dalam kawasan pondok yang agak terkenal di Baling, iaitu Pondok Lanai. Tapi saya tak belajar di pondok tersebut sebaliknya saya belajar di sekolah menengah sehingga mendapat Ijazah. Sebab itulah saya Sokong apa saja asalkan kerja buat bertepatan dengan kehendak Islam. Untuk mencatat mengenai Islam seperti mengulas hukum2nya saya bukanlah ahli nya.