AL-QURAN EXPLORER

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

HARI KELUARGA DI CAMERON HIGHLANG: 18 & 19 DIS. 2009

Isnin, 28 Disember 2009

KENDURI DI RUMAH MEJAR HAJI WAHID

Pak Hassan-ketua mengidang kami(tengah)

Petugas muslimat- dok rehat(mengadap kamera tu bini aku), letih sangat la tu.

Kaunter laksa pun ada

Petuga basuh pinggan-Haji Rahim(kaca mata hitam) tu ketua nya.

Petugas bhg. basuh pinggan


Pak Berahim-orang kuat pakatan kami- dok sentai bubur


Pak Long(bagi ada saja-nak buat kerja bukan larat sangat)

Sabtu - 26hb. Dis. 2009.


Pada hari ini satu kenduri kahwin telah diadakan di rumah tuan Hj. Mejar Wahid satu lorong dengan aku(Lorong Inai 3, Tmn Ria Jaya, Sg. Petani). Ia sempena perkahwinan anak lelaki beliau. Ia diadakan secara kontrak(Catering) . Walau pun begitu semua urusan dari pemasangan khemah, mengidang dan basuh pinggan dilaksanakan oleh ahli pakatan kami.

Semua petugas lelaki telah diberikan 1 helai T shirt(merah) dan tuala(biru) sebagai kenangan untuk dipakai pada hari tersebut. Semua ahli pakatan kami menjalankan tugas dengan baik saperti mana yang dirancang. Selain menu khusus yang dihidangkan terdapat juga menu tambahan saperti laksa, bubur dan juga satay. Majlis berjalan dengan lancar di mana menu telah mencukupi malah terdapat lebihan.

Majlis kenduri berakhir pada jam 5.30 ptg. dimana semua khemah, pinggan dan lain2 peralatan kami dapat kemaskan dengan sempurna. Selepas semuanya selesai kami di bekalkan dengan ole2 untuk dibawa pulang oleh Hj.Wahid sebagai ucapan terima kasih atas penat lelah kami pada hari itu.

Disebalik kesempurnaan majlis tersebut terdapat beberapa orang kuta kami yang memainkan peranan, terutamanya Pak Berahim sebagai setiausaha yang menguruskan semua peralatan saperti khemah, meja, kerusi, pinggan mangkok dan lain2 lagi. Selain itu Pak haji Rahim sebagai ketua basuh pinggan, Pak Hasan sebagai ketua mengidang dan lain lagi yang dapat saya sebutkan di sini, yang semuanya telah menjalankan peranan masing2 dengan jayanya.

Pakatan kami ini akan berterusan, InsyaALLAH walaupun majlis kenduri dijalankan samaada dengan cara kontrak atau gotong royong. Kepada Mejar Hj. Wahid kami semua ucapkan ribuan terima kasih kerana jemput kami makan kenduri dan bagi baju/tuala seorang sehelai dan juga ole2 yang lain.



KENDURI KAHWIN ANAK SAUDARA




Makan bersama pengantin

Makan bersama pengantin(Yang kiri pengantin perempuan tu la isteri aku)

Hari Khamis - 24 hb. Dis. 2009

Hari ini aku menyertai rombongan menyambut pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki di Taman Emas, Sungai Petani. Kedua-dua pasangan ini bekerja sebagai guru di Kucing Serawak. Kami sampai di sana pada jam 2.00 ptg. dan di tempat di meja makan bersama-sama pengantin. Tu la baru sekali seumur hidup aku makan bersama pengantin, sebelum ini walau pun di jemput ke meja pengantin aku tolak sebab aku lebih selesa makan berasama tetamu lain, baru puas makan.

Selain menu biasa di meja pengantin disediakan dengan menu tambahan iaitu ikan siakap, udang dan juga kueh. apa lagi masa tu tengah lapar, aku sentai la ikan siakap dengan udang, daging aku makan la juga sikit. Lepas makan aku beredar keluar pi sembang dengan tetamu lain sambil tunggu acara bergambar pengantin di dalam rumah.

Kepada kedua pasangan pengantin suami/isteri aku mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.


MB Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan berjalan pulang. Yang berjubah tu biras saya


YAB, MB sedang di meja bersama tetamu lain.

Antara tetamu yang hadir

Hari Selasa - 22hb. Dis. 2009

Minggu terakhir bulan disember tahun ini aku sempat menghadiri kenduri kahwin anak permpuan kakak ipar aku(Kak Fatimah dan suami Ustaz Mahyudin) di Kg Gelong Rambai, Tunjang, Jitra. Jamuan makan bermula pada jam 12.00 tgh. Masa tengah makan sambil sembang2 tu, aku ada terdengar MB Kedah akan mai makan kenduri juga. Dalam percaya dengan tidak aku buat 'don't no' saja, sambil dok tanya depa, betui ka MB nak mai.

Jam 1.00 tgh tak nampak pun muka MB pun, tapi lebih kurang jam 1.30 tgh aku nampak kereta Mercedes KBV 8 berhenti kat tepi jalan, tapi tak dengaq pun siren polis escort dan sebarang protokol. Dari jauh aku nampak YAB, MB berjalan masuk ke khemah tetamu bersama seorang pegawai dan pemandunya yang kebetulan orang kampong berdekatan. Aku dengaq dari pemandunya kata , rupa-rupanya MB adalah rakan sekelas dengan Ustaz Mahyudin (biras aku) semasa belajar di Maktab Mamud, Alor Setar dulu. Patut la dia mai juga makan kenduri.

YAB MB, bersama pegawainya makan di khemah tetamu biasa sambil bersembang dengan tetamu yang lain. Lebih kurang 1 jam MB pun berangkat pulang dan sambil berjalan menuju ke kereta aku ada dengar penduduk di kg bercadang untuk memaklumkan kepada MB untuk memohon sebatang jalan di situ. Masa dok berjalan balik tu aku sempat juga bersalam dengan beliau, tu la kali pertama aku salam dengan dia sebelum dan selepas jadi MB Kedah. Semasa hendak menaiki kereta YAB MB meminta MKK membuat permohonan ke pejabat daerah Kubang Pasu bagi tujuan tersebut. Sebelum itu YB Dato' Speaker DUN Kedah juga telah menghadiri kenduri tersebut.

Yang aku nak cerita di sini ialah begitu 'simple' dan 'humble' MB kerajaan Pakatan Rakyat dari PAS tanpa sebarang protokol dan keistimewaan dengan tempat VVIP mesti disediakan khas untuknya. Dia lebih senang makan menu yang sama di khemah tetamu bersama jemputan lain dan di sini terdapat kemesraan antara rakyat dan pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat. Di masa2 lalu kalau kita tengok MB dari umNO BN, mai makan kenduri mesti disediakan khemah VVIP dengan pengiring yang jadi tukang sebok itu dan ini, pasai nak bodek dan siap dengan Polis pengiring. Makan pula menu lauk mesti special yang lain dari jemputan biasa.

Aku harap YAB Ustaz Azizan dapat mengekalkan sifat rendah diri dan sederhana walau pun telah bergelar Menteri Besar agar kerajaan Kedah di bawah pimpinan beliau kekal sekali lagi pada PRU ke 13 yang akan datang, INSYAALLAH.

Khamis, 24 Disember 2009

TRIP KE CAMERON HIHGLAND

Bergambar sejurus tiba di Apartment Puncak Arabella

Ada yang masih tidurPagi sebelum breakfast


Pagi sebelum pulang
Keluarga aku dii Cameron Bharat(ladang teh)


Isteri dan anak(Najwa) di Strawberry Park


Aku, Najwa dan anak saudara

Anak-anak saudara

Sedang makan malam



Strawberry Park



Pada 18 hb. Dis. 2009 bersamaan 1 Muharram 1431 yang lalu kami sekeluarga dan seramai 7 dari 9 adik beradik aku telah pergi bercuti ke Cameron Highland. Perancangan ini telah kami sepakati untuk pergi semua 9 orang adik beradik aku termasuk ayah dan emak 3 minggu sebelum ini dengan menempah satu apartment di Puncak Arabella di Tanah Rata. Tetapi adik aku Jamaludin dan Abdul Ghafar serta ayah aku tak dapat turut serta, di mana ayah aku kena menemani kakaknya(Mak Ngah kami) yang sedang sakit, sementara Jamaludin dan Ghafar ada urusan lain dimana semuanya seramai 39 orang.

Kami pergi dengan menaiki enam buah kereta. Aku, isteri dan anak aku Naim bertolak dari Sg Petani, sementara adik aku Dakroh, Yusuf, Hayie dan Zul bertolak dari kampong dan Wie serta Fauziah dari Kuala Lumpur. Kami berjanji akan bertemu di Simpang Pulai, jalan naik ke Cameron Highland. Anak aku Najwa dari KL menaiki kereta Wie dari Kuala Lumpur.

Kami sampai di Simpang Pulai pada jam12.00 tgh dan bila semuanya sudah berkumpul, maka kami pun sentailah bekalan makanan apa yang ada di situ kecuali Wie dan Fauziah. Selepas makan di situ kami pun bertolak ke Cameron Highland di mana Wie dan Fauziah lewat sikit di belakang kami.

Dari Simpang Pulai kenderaan kami berjalan lancar, tetapi apabila sampai di Kampong Raja kenderaan mula perlahan mendaki bukit ke Berincang. Dalam keadaan cuaca yang hujan renyai-renyai dan kesesakan yang teruk kami sampai ke Tanah Rata pada jam lebih kurang 4.30 ptg. Kereta adik aku Yusuf sampai berasap dan terpaksa berhenti seketika. Bila dak berhenti nak bergerak semula sangat susah kerana kenderaan yang sesak.

Apabila sampai di apartment di Tanah Rata dalam keadaan keletihan dan kelaparan kerana terlalu lama dalam kesesakan jalan, ada yang tidur dan apa lagi kami pun makan apa saja bekal yang kami bawa. Selepas berehat dan mandi kami pun keluar ke pasar malam di Berincang pada petang itu untuk melihat suasana malam di sana. Dalam keadaan hujan yang renyai-renyai dari petang dari Tanah Rata ke sana mengambil masa hampir 1 jam dalam jarak 6 kilometer saja.

Selepas membeli apa yang patut terutama sayur dan makanan kami balik ke apartment. Kami membawa bahan mentah untuk dimasak, di mana aprtment terhsebut menyediakan kemudahan bagi memasak. Bila dah selesai makan malam dan solat jamak taakhir ada yang tidur kerana keletihan dan ada yang tonton TV. Kami tidur dalam keadaan yang sesak tapi di mana hanya 3 bilik saja yang lain2 tu tidur kat hall dan laluan kedapur. Tapi seronok juga macam tu sekali sekala kerana dapat merapatkan hubungan kekeluargaan dan adik beradik, walau pun kami mampu menyewa 1 unit lagi apartment. Kami dimaklumkan bahawa semua hotel dan apartment telah penuh di tempah sempena cuti umum.

Keesokan hari nya kami semua check out dari apartment jam 10.00pagi. Dalam perjalanan pulang kami sempat melawat ladang teh(Cameron Bharat) di Ringlet, ladang strawberry dan juga taman cactus. Dalam keadaan hujan yang renyai-renyai dan kesesakan lalulintas yang teruk kami singgah juga untuk membeli ole-ole dari Cameron Highlanda terutamanya sayur-sayuran yang segar untuk dibawa pulang. Aku, kalau pergi tak beli cactus pasti tak sah, tu yang murah2 saja(7 pokok RM10.00) yang kecil2 saja. Nasib baik boleh lah tahan satu tahun, kalau tidak pokok2 tu mampus habis, tapi sampai la ni ada yang aku beli 3 tahun lepas masih kekal.

Dari Brincang ke Kg. Raja mengambil masa selama 2 jam. Akhirnya kami sampai di Simpang Pulai pada jam 4 petang dan makan tengahari. Di sini adik Fauziah terus keKg. Gajah dan adik Li ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke rumah pada hampir2 masuk waktu Maghrib.

Di sini saya ingin memberi beberapa tip jika ingin bercuti ke Cameron Highland. Jangan pergi pada hari cuti umum yang jatuh serentak di seluruh Malaysia kerana keadaan terlalu sesak dan susah mendapat penginapan jika tidak ditempah terlebih dulu. Jika hendak pergi juga, tempahlah penginapan terlebih dulu, pastikan minyak diisi penuh tangki di Simpang Pulai, manalah tahu kut2 masa kesesakan minyak kita habis, pasti berpeluh punya badan. Masa yang paling sesuai kalau betul2 nak enjoy pergi ke sana dan menikmati kesejukan tanah tinggi ialah pada cuti hujung minggu.

Begitulah adanya percutian keluarga kami pada tahun ini. Tahun depan kalau di izinkan oleh ALLAH dan ditambah sedikit lagi umur InsyaALLAH kami akan merancang ke distanasi yang lain pula.



Rabu, 16 Disember 2009

HIKMAH SOLAT DALAM KAJIAN SAINTIFIK

Kajian saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

2. Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

3. Ng Siew Chok memakai topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak. Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok. Penggerak kajian ini ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

4. SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. "Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh," katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains' terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

5. Seorang doktor perubatan dari Indonesia , Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

6. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang. Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

7. "Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran," katanya. Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

8. Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal. Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains. Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing. Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas ( Aktiviti Otot ) - Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

9. "Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

10. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenalpasti otot yang aktif ketika solat. Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh
diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya. Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. " Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah," katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

11. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh - Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. "Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

12. Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. "Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.


13. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

14. Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. "Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

15. Solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. "Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya. Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.

16. Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. "Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

17. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Dipetik dari : Berita Minggu

Selasa, 15 Disember 2009

DRAF SURAT PERLETAKAN JAWATAN PEMIMPIN PAS

Draf Surat Letak Jawatan Pemimpin PAS

Selepas muktamar PAS 1982 berhenti rehat tengahari, Dato' Asri telah pulang ke rumah untuk makan dan solat. Kemudian beliau berbincang dengan beberapa rakan-rakan beliau tentang peristiwa yang menyayatkan hatinya kerana dikecam oleh sidang muktamar.

Lalu, beliaupun menulis draf surat letak jawatan yang berbunyi....

`Suasana dan sikap yang muncul semenjak Muktamar yagn ke 27 hinggalah ke muktamar ke 28 ini telah menunjukkan bahawa ada sesuatu usaha semacam konspirasi untuk memecah-belahkan PAS dari dalam terutamannya dalam soal kepimpinan.

Menjelang muktamar ini suatu penjelajahan yang agak menyeluruh bertopengkan kepimpinan ulama telah mengharu birukan fikiran dan suasana telah dilakukan, di samping itu fitnah-fitnah terhadap diri saya berkeliaran mengatasi fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan oleh musuh-musuh politik PAS pada zaman tahun 1977/1978 dahulu.

Untuk mengelakkan kita daripada berpanjangan bertarung sesama sendiri yang merugikan perjuangan yang sama-sama kita cintai ini, maka saya telah mengambil keputusan menyerahkan kembali mandat dan kepercayaan Muktamar PAS ke 27 yang lalu yang telah memilih saya menjadi Yang Dipertua Agung bagi tempoh 1981-1983 kepada muktamar ini.'

Ustaz Salehuddin Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan berkata, ramai kalangan rakan-rakannya yang tidak setuju langkah Dato Asri itu. Akhirnya, muktamar menerima peletakan jawatan tersebut dan memutuskan dipangku oleh Haji Yusuf Rawa sebagai Pemangku Yang Di Pertua Agung PAS.

Manakala, Haji Yusuf Rawa telah meletakkan jawatan sebanyak dua kali. Kali pertama selepas Muktamar di Rusila pada 1986. Sebahagian daripada Ucapan Dasarnya telah ditolak oleh sidang muktamar. Beliau telah dikritik hebat oleh sidang muktamar. Beliau menulis surat letak jawatan semasa muktamar berlangsung. Turut meletak jawatan Ustaz Nakhaei Ahmad. Selepas itu diikuti oleh Subky Latif dan Syed Abdul Rahman. Haji Yusuf Rawa enggan berucap sewaktu ucapan penggulungan Muktamar. Ucapan itu dibuat oleh Ustaz Fadzil Mohd. Noor. Walau bagaimanapun, semua yang letak jawatan telah menarik balik atas inisiatif Ustaz Fadzil dan beberapa AJK PAS lain.

Tahun 1989, Ustaz Hasan Syukri dan Subky Latif mengunjungi Haji Yusuf Rawa di rumahnya di Pulau Pinang. Beliau ketika itu uzur. Beliau menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan. `Ana dah jadi uzur, ana tak boleh hadir mesyuarat. Ana cadang minta pandangan anta, macamana ana letak jawatan?' Ustaz Hasan Syukri waktu itu sebagai Setiausaha Agung PAS Pusat. Hj. Subky sebagai AJK PAS Pusat. Haji Subky jawab, `Pada pandangan ana itulah sebaik-baiknya, Eloklah' Lurus nasihat Hj. Subky. Lalu mereka memanggil Ustaz Fadzil yang tinggal di Alor Star agar datang ke rumah Haji Yusuf Rawa. Malam itu juga, Hj. Subky drafkan surat letak jawatan untuk Haji Yusuf Rawa sebagai Yang DiPertua Agung PAS.

Apabila Ustaz Fadzil sampai, surat letak jawatan sudah siap. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Ustaz Fadzil ketika itu kecuali menerima keputusan dan memangku jawatan Yang DiPertua Agung PAS sementara muktamar akan datang.

(Rekod interview dengan Dato Mustafa Ali, Hj. Subky Latif, Ust. Salahuddin Abdullah, Cikgu Hj. Hashim Omar, Hj. Abdul Hamid Saleh Pasir Mas)

Isnin, 14 Disember 2009

KENDURI DI RUMAH HASANUDDIN

Pada hari sabtu 12 nov. 2009 yang lepas aku dan isteri telah menghadiri kenduri di rumah Hasanuddin di Jeniang rakan sekelas di SMKJ Sg. Petani tahun 75/76 lebih kurang 33 tahun lalu. hari ni saja aku hadiri 4 kenduri kahwin. Lepas rumah jiran aku, aku terus pi ke gurun jam 2.30 ptg. rumah kawan masa kecil2 kat kampong, iaitu Ustaz Mat Ali kena gulai umbut pisang+ daging.

Lepas tu terus pi hantar anak aku Naim di Maktab Mahmud Yan, di ambil SPM dua paper lagi. Dari yan terus ke rumah Hasanuddin dan sampai jam 4.30ptg. Di sana dapat jumpa Sobri Chek Ros(kartunis) kat sekolah( dulu kurus, tapi la ni bulat macam ikan buntal, cuma gigi ''trade mark" dia masih kekal hingga sekaran), Hasan Majid(sampai la tak besar2), Mail Awang, Haji Rosli(Pengurus Tabung haji Sg. Petani), Razak Tiak dan Saidin Omar. Rusdin dan Shaari depa pi awai pasai depa ada kenduri di tempat lain. Di rumah Hasanuddin pun kena gulai umbut pisang lagi, balun lagi walau pun dah kenyang, tapi sikit saja, takut sakit kepala lagi.

Bila lama tak jumpa borak dan gelak ketawa lah kami sebab setelah sekian lama baru kali jumpa. Bila dah dekat jam 5.30 ptg aku dan Sobri minta nak beredar dia bagi la tapau gulai umbut pisang kat Sobri, si Sobri ni dia segan nak bawa sorang, dia kata kat Hsanuddin ,aku(Saiden) pun nak juga, maka aku pun dapat juga ole2 dari Hasanuddin.

Di rumah Ustaz Osman anak Tok Guru Pondok Lanai pun gulai umbut pisang juga, tapi perut aku dah tak boleh isi dah, maka pekena jugal sikt bubur gandum. Tapi malam tu gulai Hasanuddin dan yang ustaz Man bagi aku pekena juga sekali lagi di rumah ayah aku. Gulai umbut pisang kut mana pun tak lepas pi, bila perut kosong mesti kena balun punya, lebih2 lagi kalau perangat. Hari ni saja aku hadiri 4 kenduri kahwin, semuanya sahabat lama kat sekolah dan kampong.

Lepas ni tak tau bila lagi nak dapat jumpa macam tu. InsyaALLAH kalu di izinkan ALLAH, Sobri kata nak kenduri di rumah dia pula, tu pun kalau dia jemput, kalu tak melepas la aku. Sobri jangan lupa kat aku. Gigi mu yang depan tu bagi la kat aku nak buat 'spare part', gigi aku dah habih dah.

Jumaat, 4 Disember 2009

KORBAN


Darah mengalir selepas sembeleh



Disembeleh oleh Ustaz Sofi


Lembu sedia untuk disembeleh

Pada hari Ahad Hari raya Kedua Aidil Adha (29hb Nov. 2009) kami adik beradik telah melaksanakan ibadat korban dan juga aqiqah. Aku , adik aku yang dok di kuala Terengganu, yang dok kat pondok dan dok kat Qatar pun balik buat korban kat kampong. Seekor lembu tak payah buat tompok dah. Lepas di agihkan kepada yang berhak dan ambil sedikit untuk dimakan dan yang baki dimasak untuk kenduri .

Selasa, 1 Disember 2009

JUMPA KAWAN SEKELAS DI SMKJ


Giliran Sobri tangkap gambaq pulak


Aku dan Sobri Cek Ros

Rusdin tengah dok cerita kesah-kesah lama.

Masa ni Rusdin yang tangkap gambag ni....
Hasanuddin, Yadin,Aku dan Sobri. Kamera Sobri punya.

.Pada Hari Raya Aidil Adha yang ke 3, 29hb Nov. 2009 aku dan kawan2 lama di SMKJ Sg Petani telah berpakat untuk pi rumah Rusdin di Kg. Dara, Sg. Tawar untuk makan kenduri perkahwinan adiknya. Maka Sobri cek Ros pun telah mengatur pertemuan sebelum pi ke sana. Dia SMS kat aku suruh tunggu di depan klinik kesihatan tawar pada jam 3 ptg.

Aku setuju lah jumpa di sana. Bila aku talipon dia masa nak keluar pi tawar, dia kata dia pun dah bertolak dari Baling, masa tu lebeh kurang jam 2.45 ptg. Aku punya lah speed melalui jalan pintas(short cut) melalui jalan kg. Ambing/Binjul Dalam ke Tawar. Sampai saja di Tawar 3.05 ptg. batang hidung dia pun tak nampak. Tapi tak pa aku dok lena sat kereta, nak keluar depan tu ada rumah kenduri pula, takut depa panggil makan.

Tunggu punya punya tunggu dia tak sampai juga. Aku bagi can kat dia sampai 15 minit, aku call sekali lagi, dia kata ada kat Kuala Pegang. OK lah Kuala Pegang ke Tawar ambil masa dalam 15 minit. Aku tunggu sampai 3.45ptg. dia tak sampai juga. Aku tak larat nak lena dah, call dia sekali lagi, maka dia pun sampai dok cari aku. Auta punya Sobri...... jangan marah.

Tapi sebelum tu, masa aku call dia, di kata ada kat kuala Pegang, aku pun suruh dia tunggu kat simpang masuk Sg. Tawar pasai jalan nak pi rumah Rusdin ialah dari Tawar ke Kuala pegang, jadi aku boleh lah jumpa depa di sana. Tapi Sobri kata dia nak mai jumpa aku juga kat Klinik Tawar, bangang punya Sobri...... jangan marah.

Maka bila dah jumpa semua saperti dijanji kami pun bertolak lah dengan 4 buah kereta di dahului oleh Cekgu Hasanudin. Masuk jalan sg. Tawar jumpa satu simpang 3, hala kiri menunjukkan ke kupang dan terus ke Kg. Dara. Tut,tut hasanudin kona kiri sampai jumpa kilang getah, tak jumpa juga kg. Dara, ringkas nya kami sesat tapi kami patah balik ke pangkal jalan, tak baca punya Cekgu Hasanudin, kami pun bangang juga ikut dia buat apa kalu baca papan tanda, ringkasnya kami sesat jalan dan patah balik akhirnya jumpa juga rumah Rusdin.

Di ringkaskan , selepas makan kami pun sembanglah cerita2 lama masa di SMKJ, Yadin dan Hasanudin ada hal jadi depa balik awal sikit,tinggal aku dan Sobri dok sembang dengan Rusdin. Borak punya borak tak sedar jam dah dekat pukul 6ptg. jadi aku dan Sobri minta berudur diri dan kami harap dapat jumpa lagi di Rumah Hasanudin pada 12 hb. Dis. 2009(Sabtu) di Jeniang kerana kenduri perkahwinan anaknya. Dah nak dapat menantu pun pada hal aku dengan dia satu kelas.

Gambar2 yang dia atas tu belas ikhsan dari Sobri Cek Ros(aku ciplak dari blog dia), pasai dia bawa kamera. Aku pun bawa juga, tapi aku tengok dia dok tangkap gambar, aku biaq kat dia sudah la, tu la gambar boleh masuk blog, kalu aku tangkap gambar pasti gambar aku tak dah. Kalu dia nak saman pasai ciplak gambar tu, aku nak buat macam mana, dia punya hal lah. lu pikiaq la sendiri.

Begitu lah kisahnya perjumpaan tak resmi di rumah Rusdin Husin, Pengetua Sek. Sultan Mohd. Jiwa, Sg. Petani, dula kami panggil sek Sains Kedah, sebab satu2 nya sek, sains di Kedah 34 tahun yang lalu.

Khamis, 26 November 2009

CINTA DUNIA BUAT KITA LUPA PENGORBANAN KEPADA ALLAH

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
salidasuhaila99@yahoo.com

Peristiwa 10 Zulhijah sebagai ingatan tetapkan iman

PERISTIWA korban mengajar kita supaya taat kepada perintah Allah, beriman dan berserah kepada-Nya. Ia juga membawa erti kesanggupan seseorang itu melepaskan dengan ikhlas sesuatu yang amat disayangi atau dihargai untuk memberi manfaat kepada orang lain. Sudah tentulah menjadi korban untuk mendapatkan cinta Ilahi adalah kesanggupan yang tiada galang gantinya, berkorban untuk keredaan-Nya juga tidak mampu dilakukan oleh setiap hamba, malah pengorbanan menuntut desakan hati yang kasihnya hanya pada Yang Esa.

Kerana kuasa 'korban' yang begitu besar, sering kali ada yang bertanya, apa ganjaran berkorban? Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata bahawa sesungguhnya suatu hari sahabat Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?" Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim."

Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya." Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya." (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Hadis di atas mengingatkan kita kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup bergadai nyawa demi reda Ilahi dan akur bahawa setiap khazanah bumi hanyalah milik Allah dan Dia berhak mengambil dan menganugerahkan apa saja. Kitab Tafsir Ibn Kathir merakamkan pada awalnya, Nabi Ibrahim tidak dikurniakan zuriat walaupun ketika itu baginda sudah lanjut usia.

Namun baginda tidak pernah berputus asa untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat. Maka dengan kuasa Allah yang tidak dapat diduga baginda dikurniakan cahaya mata pertama bernama Ismail. Siapalah yang tidak gembira mendapat cahaya mata? Kisah ini dinyatakan dalam surah al-Soffat ayat 101 yang bermaksud: "Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar".

Ulama termasuk ahli kitab bersepakat bahawa Nabi Ismail dilahirkan terlebih dulu berbanding Nabi Ishak. Bahkan tercatat di dalam kitab ahli kitab bahawa Nabi Ismail dilahirkan ketika Nabi Ibrahim berumur 86 tahun dan Nabi Ishak dilahirkan ketika Nabi Ibrahim berumur 99 tahun. Selepas Nabi Ismail meningkat remaja, satu ujian yang amat berat diturunkan oleh Allah SWT ke atas dua beranak itu, dengan tujuan menguji keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah.

Allah SWT memerintah Nabi Ibrahim supaya menyembelih putera kesayangannya. Walaupun terlalu berat hati Nabi Ibrahim untuk menyatakan perintah Allah itu kepada anaknya, Ismail, tetapi ia adalah perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan.

Dengan hati yang sedih, Nabi Ibrahim menyatakan mengenai perintah Allah itu kepada Nabi Ismail, namun tiada apa yang mengejutkan Nabi Ismail sebaliknya baginda berkata: "Wahai bapaku laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah, moga-moga kamu akan mendapati aku dalam golongan orang yang sabar".

Ada dua dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar, iaitu seorang ayah yang terpaksa mengorbankan perasaan cinta dan kasih kepada anak yang sudah lama ditunggu-tunggu dengan 'mengorbankannya', demi patuh dan redanya terhadap perintah Allah SWT. Seterusnya, ketaatan dan keyakinan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan kasihnya kepada ibu dan ayahnya dan zaman keseronokan remajanya, malah sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, semata-mata kerana ketaatan baginda terhadap perintah Allah dan perintah seorang ayah.

Kedua-dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah SWT yang tidak berbelah bahagi. Sebab itulah, seandainya seorang Muslim itu mendahulukan cinta Allah daripada cinta makhluk, mereka pasti akan beroleh jaminan besar sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah SWT iaitu imam yang adil, pemuda yang mengabdikan diri untuk beribadah kerana Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang bersahabat, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah, lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan kemudian menolaknya lalu berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah', lelaki yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tangan kanannya sedekahkan dan lelaki yang menitiskan air mata, beribadah menyebut nama Allah ketika bersendirian." (Riwayat Muslim).

Sesungguhnya sumber cinta daripada Allah adalah sumber cinta yang paling tinggi dan utama. Apabila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta makhluk, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memenangkan cinta mereka kepada Allah tanpa ragu-ragu. Baginda mengetahui bahawa bukan mudah meletakkan cinta pada pemiliknya tetapi keyakinan terhadap Ilahi memungkinkan segala-galanya dan ia hanya akan dimiliki oleh sesiapa yang sudah cukup kenal Allah SWT.

Menurut Imam al-Ghazali, ma'rifah (ilmu pengetahuan) itu akan mendahului cinta kerana cinta tanpa ma'rifah tidak mungkin berlaku kerana manusia hanya dapat mencintai sesuatu yang dikenalinya saja. Sebab itulah kita perlu rasional memilih cinta yang sementara, agar ia tidak mengatasi cinta yang kekal sampai bila-bila.

Takut mengorbankan dunia kerana akhirat pernah menjadi peringatan kepada setiap Muslimin. Sifat tamak terhadap cinta dunia lumayan menjerumuskan kita ke lembah yang sia-sia, tiada apa pun menjadi milik kita, walau pasir sebesar zarah pun. Di dalam al-Quran Allah SWT memberi amaran kepada manusia melalui firman-Nya dalam surah At-Taubah, ayat 24 yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad) jika bapa, anak, saudara, isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasiq".

Justeru, biarlah peristiwa 10 Zulhijjah yang mengimbau sebuah pengorbanan menjadi zikir untuk kita menetapkan hati agar sentiasa beringat bahawa segala khazanah dunia ini pemiliknya hanya satu saja dan kita perlu sentiasa bersedia untuk berkorban apa saja.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malalaysia

Isnin, 23 November 2009

MINYAK DI KELANTAN

Saturday, November 21, 2009

Hasan Harun dahului saya. Tahniah!

Suara apa bising di luar tingkap sana??

Meneliti dokumen lama sehari dua ini, termasuk keratan akhbar, hati saya bertambah senang, dan fikiran pula sudah tentu tenang.

Perjuangan rakyat Kelantan menuntut hak mereka dibantu oleh semua pernyataan-pernyataan yang kini termaktub dalam arkib dan lembaran sejarah. Fokus, seperti diajar oleh doa iftitah kita, juga disebut dalam bahasa tasawuf - tawajjuh - saya masa ini ialah tuntutan royalti petroleum dan bukan suara bising di luar jendela.

Penggalian dokumen lama memungkinkan kita mencantumkan tuntutan kita selari dengan semua pernyataan yang pernah diucap kecuali sikap berdolak dalik UMNO yang sentiasa kekal sebagai punca masalah.

Dokumen lama dan baru tidak pandai berbohong. Ya kata ya, tidak kata tidak. Termasuk keratan akhbar 'sohih' seperti Utusan. He he he, maaf Utusan - usik sikit jiwa murni anda, kalau-kalau ada sedikit berbaki. (Dr. Maza ada sms pagi ini Mingguan Malaysia hari ini potong sesetengah tulisan beliau) Pulak tu Mingguan hari ni letak saya muka depan! Hebat tu. Tak menyesal ke?

Senator Hasan Harun, atau lebih mesra dengan panggilan Abe Hase, telah mendahului saya dalam keprihatinannya terhadap hak dan masa depan rakyat dan bumi Kelantan. Tahniah! Insya Allah saya akan berkunjung ke rumah tuan untuk kalungan terima kasih sehari dua ini.

Lihat catitan persidangan DEWAN NEGARA , 9 APRIL 1989, halaman 993,994,995;

CARIGALI MINYAK DI KELANTAN

1. Tuan Hassan bin Harun( Kelantan) minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) benarkah usaha carigali minyak di pantai Kelantan telah berjaya

(c) apakah rancangan-rancangan dan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh pendudukpenduduk tempatan berhubung dengan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Kasitah bin Gaddam):
Tuan Yang di-Pertua, usaha mencarigali minyak dan gas di perairan negeri Kelantan belum lagi berjaya menemui
minyak di dalam kuantiti yang komersial. Di dalam tahun tujuhpuluhan, Syarikat Esso telah menggerudi dua telaga tetapi gagal
menemui minyak.

Pada bulan Ogos, 1988, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Blok PM2, telah diserahkan pula kepada sebuah konsortium terdiri daripada Home Oil Malaysia Ltd., Petro-Canada Malaysia Inc., Texaco Canada Malaysia Inc., PEXCO N.V. dan PETRONAS Carigali.

Mengikut Kontrak Perkongsian Pengeluaran yang ditandatangani dengan PETRONAS, konsortium ini akan membelanjakan $43 juta untuk kerja-kerja mencarigali di dalam tempoh tiga tahun dan menggerudi empat telaga rambang di kawasan ini, bermula pada penghujung tahun ini.
Jika minyak ditemui dalam kuantiti yang komersial, maka konsortium ini akan bertanggungjawab mengeluarkannya.

Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Abe Hase teladan untuk pemimpin UMNO Kelantan masa kini. Berbeza parti jangan sampai menolak-nolak rezki rakyat Kelantan. Hati perut kita biarlah bersama yang berhak, rakyat kita sendiri.

Petikan lain menyusul kemudian. Sampai royalti menjadi milik kita.

Untuk pemimpin UMNO, saya ulangi, belum terlambat.

Dipetik dari Blog Husam Musa:http//www.cetusan-hati.blogspot.com

HARI ARAFAH

Hari Wukuf di Arafah

Hari Arafah ialah hari para jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia terkenal sebagai kemuncak bagi segala amalan atau rukun haji. Hanya tinggal beberapa hari lagi para jemaah yang berada di Mekah akan akan bertolak ke Arafah untuk berwukuf. Hari wukuf pada tahun ini jatuh pada hari Khamis 9hb. Zulhijjah 1430 bersamaan 26 hb. November 2009. Bagi jemaah yang tiada berkesempatan wukuf pada hari tersebut maka tiada dapat haji kerana wukuf merupakan salah satu rukun haji.


Dalam khemah semasa Wukuf di Arafah

Allah yang bersifat Maha Pemurah memuliakan dan membesarkan hari tersebut dengan mencurahkan rahmat dan keampunan kepada hamba-hambanya yang berdoa dan meminta keampunan kepadaNya. Rasulullah SAW bersabda: " Tidak ada yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada hari Arafah".

Justeru pada hari tersebut, kita amat digalakkan supaya memperbanyakkan doa dan istighfar. Daripada Abdullah ibn Amru r.a. berkata: " Kebanyakkan doa Nabi SAW pada hari Arafah ialah " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah; Yang Maha Esa tanpa ada sekutu bagiNya. BagiNya segala kekuasaan dan pujian. Di dalam kekuasaanNya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Di antara doa bagi memohon keampunan dan pembebasan dari api neraka ialah:
"Ya Allah! Bebaskanlan tengkukku daripada api neraka, luaskanlah untukku dengan rezeki yang halal dan palingkanlah (hindarilah) daripadaku jin dan manusia yang fasik".

Kita juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah kerana Rasullullah SAW bersabda: "Puasa pada hari Asyura akan mengkafarahkan dosa setahun (sebelumnya). Manakala puasa pada hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa dua tahun: setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang".

Sebagaimana yang disebut di dalam hadis, bahawa Rasulullah SAW berdoa pada petang hari Arafah agar diampunkan dosa-dosa umatnya termasuk orang yang zalim. Apabila Allah memakbulkan doanya, Baginda SAW tersenyum kerana melihat iblis mengambil tanah lalu menabunya di atas kepalanya sambil mengeluh panjang apabila mengetahui doa Baginda SAW dimakbulkan dan dosa-dosa umatnya diampunkan.

Olih itu saya menyeru kepada diri saya dan semua kaum Muslimin dan Muslimat marilah kita berpuasa pada hari Arafah yang hari khamis 26hb Nov 2009 yang akan datang.

Disalin semula sebahagian artikal "Kebesaran Bulan Zulhijjah" dari Utusan Malaysia bertarikh: 23hb Nov 2009 sebagai peringatan bagi yang selalu lupa termasuk diri ku sendiri.




Rabu, 18 November 2009

PEPEREKSAAN


Naim dan Najwa

Hari ini 18 hb Nov 2009, adalah hari pertama anak lelaki tunggal ku menghadapi pepereksaan SPM. Abah harap adik( panggilan kami di rumah, dia lah paling kecil) dapat menjawab soalan dengan tenang. Umi membaca surah Yassin semasa adik sedang menjawab bagi setiap mata pelajaran. Abah harap adik membaca salawat dan al Fatihah sebelum mula menjawab soalan.

Anak sulung aku Najwa pula akan menghadapi kertas akhir semester di UIA. Abah dan Umi telah dan akan solat hajat setiap malam hari pepereksaan dan doakan adik dan kak long mendapat kejayaan seperti diharapkan, INSYAALLAH. AMIN

PERINGATAN

Gambar hiasan


Gambar hiasan

214. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Petikan dari sura Al Baqarah ayat 214

Selasa, 10 November 2009

PANGGILAN HAJI SIRI 2

Bersama En Dolah yang sentiasa bersama

berjalan menuju ke jamrah(Orentasi) sebelum hari wukuf

22 hb Jan. 2004(Hari pertama - Khamis)

Sebaik saja sampai ke kota Suci Mekah saya dan rombongan di bawa ke tempat penginapan di Hotel Mekah Hilton di depan Masjidil Haram. Apabila nampak saja Kaabah pada kali air mata aku mengalir tanpa disedari. Itulah kebesaranNya di mana selama ini arah kiblat kita semua semasa solat telah berada depan mata.

Saya merasa bahawa diri ini adalah hamba Allah yang kerdil ditengah jutaan lautan manusia yang berbagai bangsa dan warna kulit. Saya macam tidak percaya bahawa saya sekarang telah berada di depan Kaabah dan saya semakin yakin bahawa aku telah di terima sebagai tetamu Allah, kerana sebelum ke sana saya sangat takut akan bermacam-macam dugaan dan ujian yang bakal dihadapi maklumlah terlalu banyak dosa yang telah dilakukan berbanding dengan nikmat yang telah diterima. Saya sentiasa berdoa supaya Allah akan mempermudahkan segala ujian dan sentiasa dalam kesihatan yang sihat sepanjang masa mengerjakan haji.

Setelah selesai semua urusan bagasi dan bilik penginapan kami diberi taklimat ringkas oleh mutawif untuk melakukan tawaf qudum dan saie haji bagi kami yang mengerjakan haji Ifrad. (Saya dan isteri telah berniat untuk menunaikan haji secara haji ifrad iaitu, mengerjakan haji dahulu dan ikuti umrah dalam bulan haji. Jadi kami terpaksa berada dalam ihram selama 10 hari sebelum hari wukuf).

Alhamdulillah saya dan isteri telah sempurna melaksanakannya dengan izin Allah walaupun manusia terlalu ramai. Selepas solat sunat tawaf dan minum air zamzam terus pergi saie(tapi belum bergunting) dan balik ke hotel untuk makan dan rehat kerana terlalu letih sepanjang penerbangan selama 9 jam.


lawatan ke shisha


23 hb. Jan 2004(Hari kedua - Jumaat)

Pagi hari ini pi solat subuh berjamaah yang pertama di Masjidil haram dan saya mencari tempat yang paling depan supaya nampak kaabah. Nak pergi dekat dataran kaabah dah tidak boleh sebab jemaah terlalu ramai dan sesak itu pun saya sampai jam 4.30 pagi. Jadi saya bertekad untuk pergi awal lagi bagi solat yang akan datang sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk waktu.

Selepas sarapan pagi saya dan rakan sebilik En Abdullah Mahmud(Peg.Pertanian) dan Fauzi(Jurutera), kami pergi ke masjid pada jam 9.30 pagi untuk solat jumaat. Orang terlalu ramai, tapi kami dapat juga masuk kedalam masjid dengan izin Allah. Semasa solat hujan turun terlalu lebat dan semasa pulang ke hotel sekali lagi hujan lalu kami basah kuyup dalam pakaian ihram. Saya dan Hj Dolah sentiasa bersama setiap kali ke masjid dan begitu juga isteri saya dan isteri beliau.

Begitulah rutin harian sepanjang hari semasa di Mekah sebelum hari wukuf ke masjid setiap waktu solat kecuali ada program lain yang diatur oleh mutawif. Kami masuk ke masjid biasanya sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu solat bagi mendapatkan tempat yang paling depan dan nampak ka'bah. Masa-masa sebelum solat di penuhi dengan solat sunat dan membaca al- Quran. Saya bertekat untuk 2 kali khatam sepanjang masa berada di Mekah dan Alhamdullilah dimakbulkan Allah.


Bersedia untuk pi tawaf qudum

jemaah sedang makan

24 hb Jan 2004(Hari ke 3- Sabtu)

Hari ini selepas sarapan pagi kami dibawa melawat ke Padang Arafah, Muzdhalifah, dan ke Shisha tempat penginapan kami untuk melontar jamrah pada 3 hari tashriq yang berhampiran dan mengambil masa 20 minit perjalanan ke tempat melontar.

Setiap kali kemasjid kami solat untuk 2 waktu solat baru balik ke hotel untuk makan dan rehat sekejap. Satu ketika semasa berjalan menuju ke masjid dengan en Dolah saya kata kepadanya bila-bila, kita naik solat di atas ruangan bumbung yang tidak bertutup(Lihat gambar). Dengan kehendak Allah apa yang dihajatkan benar-benar berlaku, bila pada waktu solat magrib, aapbila kami sampai di satu pintu bethampiran istana raja tiba, polis Arab telah mengarahkan kami menggunakan excalator untuk ke atas bumbung kerana atas tangga masuk ke masjid telah sesak. Dengan cuaca yang sejuk dengan 19darjah celcius kami kesejukan hingga selesai solat dengan pakaian ihram dan berlantai marble.

Itu lah ketentuannya apapun yang pelik-pelik keluar dari mulut kita akan dimakbulkan oleh Allah hatta yang di dalam hati sekali pun. Setiap kali masuk ke dalam masjid saya akan minum air zamzam dan berdoa agar Allah menghindarkan sebarang penyakit terutamanya batuk, dan Alhadulillah di makbulkan kerana selama 3 hari belum kena lagi batuk. Tapi isteri saya telah sudah tidak keluar suara masa bercakap sehingga hari wukuf.

depan jamrah

25hb Jan 2004(Hari ke 4-Ahad)

Seperti biasa ke masjid lah pada pagi ini. Sekali lagi kami kena naik atas bumbung untuk solat subuh. Sebelum ke Mekah saya telah diamanahkan oleh jiran dan sahabat untuk menyampaikan pesanan upah haji dan barang kepada keluraga mereka yang tinggal di Mekah. Alhamdullilah pesanan upah haji telah dapat disampaikan dengan izin Allah.

Cuma satu lagi pesanan belum dapat ditunaikan. Saya telah berkali-kali menelepon tetapi tidak dapat jawapan dan saya mulai risau kerana pesanan tersebut perlu diserahkan sebelum hari wukuf takut hilang disebabkan ianya akan ditinggalkan di hotel semasa di Arafah. Pada sebelah petang sebelum solat asar kami diberikan taklimat wukuf dan melontar oleh guru ugama.


Pandangan Ka'bah dari atas hotel Hilton

26hb Jan 2004(Hari ke 5- Isnin)

Seperti biasa hari ini kami ke masjid untuk solat waktu setiap waktu solat. Masa untuk rehat hanyalah lebih kurang 1 jam selepas solat subuh dan sarapan pagi, selepas itu pergi semula ke masjid untik solat zohor dan kadang-kadang terus solat asar, lepas itu pulang ke hotel, itu pun kalau tiada program yang di atur oleh mutawif. Saperti biasa ruang waktu seblum solat dihabiskan untuk baca quran.

Hari ini saya kena penyakit kerongkong kerana tekak terlalu kering.

27hb jan 2004(Hari ke 6 - Selasa)

Pagi ini kami pergi ke masjid jam 3.00 pagi untuk solat subuh. Sakit tekak saya masih terasa tapi telah berkurangan dan Alhamdulillah selepas itu sembuh sepenuhnya dengan makan ubat yang dibawa dari Malaysia. Selepas sarapan pagi kami telah diberi kuliah ulangan manasik haji oleh guru agama yang dilantik. Solat zohor kena duduk kat dataran masjid saja sebab tak dapat masuk dalam masjid kerana lewat

Sebelum itu saya telah solat hajat supaya dapat berjumpa dengan saudara rakan saya yang tinggal di Mekah untuk menyerahkan amanah dari Malaysia. Solat maghrib dan isya' kena atas bumbung sekali lagi sebab sesak dibawah dan dalam masjid. Hari ini juga kami telah berpindah ke hotel Ajiyad yang terletak berhampiran dengan masjid iaitu 10 minit berjalan kaki ke masjid dan berhampiran dengan hotel Habiba, terletaknya pejabat Tabung haji termasuk klinik dan kaunter pengeluaran wang semasa di Mekah.

28hb Jan 2004(Hari ke 7 - Rabu)

Seperti biasa hari ini kami ke masjid untuk solat waktu setiap waktu solat. Balik ke hotel sekali lagi saya menalipon saudara rakan saya di Mekah bernama Bakri untuk menyampaikan amanah kepadanya dan Alhamdulillah dapat jawapan dan dia mengatakan bahawa talipon di rumahnya telah rosak beberapa hari yang lalu. Beliau telah bersetuju untuk datang pada sebelah malam ke hotel Ajiyah yang kebetulan rumahnya terletak di atas bukit lebih kurang 200m dari hotel tersebut

Pada malam tersebut Bakri telah datang untuk mengambil amanah yang dikirimkan kepadanya, beliau telah menjemput saya dan isteri serta en Dolah dan isterinya ke rumahnya. Kami terima pelawaannya dan berjalan kaki naik bukit untuk ke rumahnya. Di rumah beliau kami diasingkan antara tetamu wanita dan lelaki dalam bilik yang berasingan walau pun keluarga beliau semuanya berasal dari Malaysia.

Bapanya yang berna Hj. Taib berasal dari Kg. Asam Jawa, Baling Kedah, di mana rumah nya di sini berhampiran dengan rumah emak saudara saya yang ada hubungan kekeluargaan juga dengan saya. Ayah dan arwah emak saya juga pernah menziarahi mereka semasa mereka menunaikan haji pada tahun 90an yang lalu.

Saya difahamkan hahawa Hj Taib telah bermestautin di Mekah selama 50 tahun pada masa itu. tetapi tidak mendapat taraf warganegara Arab Saudi. Dia dikenali sebagai Hj Taib roti dikalangan keluarganya di Malaysia sebab beliau telah mengatakan bahawa sekiranya dapat ke Mekah beliau akan makan roti sahaja. Oleh yang demikian Hj Taib tidak makan nasi dari dia sampai di Mekah sehinggalah kami menziarahinya dan bercakap dengan loghat Baling yang pekat. Kami dijamu dengan makanan Arab dan balik ke hotel pada jam 12.00 tengah malam.

Itulah ketentuanNya apa saja yang dihajati dan diniatkan di Tanah Haram( Mekah) akan dimakbulkan.

29hb Jan 2004(Hari ke 8 - Khamis)

Seperti biasa hari ini kami ke masjid jam 4.00pagi untuk solat subuh. Pagi ini kemaskan barang dan pakaian untuk dibawa ke Shisha . Lepas itu kepala rasa sakit dan tak dapat pergi ke masjid, maka terlepaslah solat zohor dan asar di masjid walau pun ganjaran pahalnya besar. Nak buat macam mana sebab terlalu sakit. Itu baru sakit kepala, kalau deman dan sakit lagi tak bolih, mana dengan kesesakan jutaan manusia.

Bagi jemaah yang tua-tua saya kasihan melihat mereka, sebab dah tua sakit pula, jadi kalau ada kemampuan dan umur muda baiklah pergi segera jangan tunggu sampai seru, kerana Nabi Ibrahim telah menyeru sejak dari dulu lagi. Lepas solat isya' dan makan malam kami bersiap-siap untuk bertolak ke hotel penginapan transit di Shisha yang dijangka pada jam 12.00 tgh. malam.

30hb Jan 2004(Hari ke 9 - Jumaat)

Setelah bersabar selama 3 jam maka kami pun bertolak pada jam 3.00 pagi ke Shisha dan sampai pada jam 4.30 pagi dan selepas itu terus tidur. Kami bertolak ke Arafah pada jam 12.00 tgh. dan sampai jam 1.00 petang selepas perjalanan 1 jam di mana sepanjang perjalanan kami bertalbiah. Selepas solat zohor rehat sambil berdoa dan membaca al Quran sementara menunggu hari wukuf kesokan harinya.

Aktibiti hari wukuf dan hari-hari tashrik(11,12 dan 13 Zulhijjah) saya akan catatkan pada siri-siri yang akan datang.