AL-QURAN EXPLORER

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

HARI KELUARGA DI CAMERON HIGHLANG: 18 & 19 DIS. 2009

Khamis, 29 Oktober 2009

MESYUARAT JK KHAS PAS PUSAT

Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas JK PAS Pusat




hampir 50 reporter sedang berada di sini..termasuk dari luar negara…
paling sibuk utusan malaya…

KUALA LUMPUR : PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.

Turut serta di sebelahnya adalah Mursyidul Am yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.

Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.

Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu.

Di pintu masuk Pejabat Agung, berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar menunggu ketibaan para pimpinan PAS itu.

Bagi meraikannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memutuskan untuk membenarkan kesemua mereka mengambil gambar pimpinan PAS itu sebelum mesyuarat bermula.

ImageMaka berlari-larilah para jurugambar memanjat anak tangga bangunan PAS itu ke tingkat lima, tempat mesyuarat berlangsung, menggunakan tangga.

Ini kerana, hanya satu lif sahaja yang ada di bangunan itu dan mereka bimbang tidak sempat merakamkan detik bersejarah dalam PAS itu.

Image

(Gambar:Abdul Hadi menyambut ketibaan Nik Aziz di luar bilik mesyuarat)

Namun, para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.

"Waw ramainya," sungut para pemimpin PAS yang memenuhi Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS itu apabila jurugambar menyerbu masuk.

Pelbagai ragam mereka mengambil gambar para pimpinan PAS. Yang menjadi fokus adalah Andul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang duduk sebelah menyebelah dalam mesyuarat ini.

Mereka meminta kedua-duanya senyum, bersalam, memandang kamera dan sebagainya.

Semuanya dipatuhi dengan baik oleh kedua-duanya di samping timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mesyuarat ini dijangka selesai menjelang jam 12 malam. Adalah dipercayai satu sidang akhbar akan dibuat selepas itu kerana wartawan penuh di hadapan bangunan PAS bagi menunggu keputusan mesyuarat khas ini.

Dipetik dari blo Muslimeen United

KEPUTUSAN YANG TEPAT

Salam,

Setelah saya telah pun membaca lapuran dari Malaysiakini dan harakahdaily, sabagai ahli PAS yang istiqamah saya bersyukur kepada ALLAH kerana mesyuarat JK Pas pusat yang telah berlangsung semalam telah membuat keputusan yang tepat. Saya harap pehak pucuk kepimpinan Pas dapat mengambil pengajaran yang berguna setelah kemelut yang menimpa agar kecelaruan dikalangan ahli dan penyokong Pas sebelum ini tidak akan berulang.

Saya yakin ahli Pas dapat menerima apa juga keputusan yang telah diambil malam semalam kerana perpecahan yang bakal berlaku tidak diizin oleh ALLAH apabila perinsip perjuangan kita adalah berteraskan ISLAM tetap utuh walaupun pergolakan dan keributan dalam pimpinan dapat diselesaikan dengan cara syura dan kaedah Islam seperti yang dituntut. Ini menunjukkan kebijaksanaan pimpinan dalam menyelesaikan apa jua masaalah kerana ada dikalangan pimpinan yang terdiri dari kalangan Ulama dan bijakpandai.

Jadi janganlah selepas ini apa-apa kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pimpinan dibuat secara sedap mulut saja untuk mendapat liputan akhbar dan media elektronik yang pro kerajaan umNO, dimana mereka akan sedaya upaya berusaha untuk menjatuhkan kerajaan PR dan memecahkan perpaduan yang telah dibina selepas PRU ke12 yang lalu. Apa jua kenyataan yang akan dibuat hendaklah secara kolektif atau musyawarah.

Selepas ini saya memohon kepada ahli, penyokong dan pimpinan Pas supaya kita memperkuatkan dan memperteguhkan jemaah dari sekarang untuk menghadapi PRU yang ke13 dan memberi keyakinan kepada rakyat agar kita dapat mempertahankan kerajaan PR yang sedia ada serta merampas negeri2 yang lain dari umNO seterusnya mengambil alih kerajaan Persekutuan, INSYAALLAH.

SIDANG DUN PERAK 28 OKT. 2009

DUN Perak: BN lulus bajet, Pakatan lulus tiga usul
Wartawan Malaysiakini
Okt 28, 09
9:19am
12.55pm: Dalam kekecohan persidangan - 2 dalam 1 - DUN Perak, BN meluluskan bajet negeri, manakala ADUN Pakatan meluluskan tiga usul.

12.37pm: ADUN Pakatan meninggalkan bangunan SUK selepas memberitahu wartawan bahawa ia telah meluluskan tiga usul sewaktu 'bersidang', iaitu:

1. Supaya semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga selesai siasatan tragedi di Kampur.

2. (Menerima laporan) Ketua Audit Negara bagi Perak, sewaktu pentadbiran Pakatan; dan

3. Mencadangkan melantik bekas pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator.

12.15pm: Zambry bentang usul tangguhkan sidang DUN BN, dan diluluskan.

12.05pm: Dalam sidang DUN Perak - 2 dalam 1 - BN meluluskan bajet negeri di tengah kekecohan sewaktu bersidang, manakala ADUN Pakatan pula mengadakan sidang sendiri dan kemudiannya menangguhkan 'persidangan' mereka.

11.45am: ADUN Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan selepas Sivakumar menangguhkan sidang mereka. Mereka kini mengadakan satu sidang akhbar di perpustakaan, berhampiran bilik persidangan.

11.20am: Dua sidang berjalan serentak dalam Dewan. Satu dikendalikan oleh Speaker BN, Ganesan dan satu lagi oleh Speaker Pakatan, Sivakumar.

Sidang DUN BN disambung di tengah-tengah keriuhan dari pihak Pakatan, walaupun pembesar suara mereka telah ditutup.

ADUN Pakatan melaung: "Speaker haram sila keluar".

Ganesan menjawab: "Saya minta ahli ahli dewan bersopan. Jika tidak saya terpaksa ambil tindakan".

Bagaimanpun, setiap kali ADUN BN berucap, ADUN Pakatan bertindak mengejeknya.

11.15am: Speaker Pakatan Rakyat V Sivakumar pula menangguhkan sidang dewan yang dipengerusinya pada jam 10.45 pagi tadi.

11.05am: Sivakumar telah menangguhkan 'sidang' Pakatan.

11.00am: Nizar membentangkan menggantung semua Kem Program Khidmat Negara dan aktiviti ko-kurukulum yang lain ekoran tragedi di Kampar kelmarin, sehingga selesai siasatan. Usul itu 'diluluskan' sebulat suara.

Beliau kemudiannya bercakap mengenai laporan Ketua Audit Negara 2008, dengan berkata pentadbirannya telah bertadbir dengan baik (sewaktu 10 bulan pentadbiran Pakatan di Perak). Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ketua audit negara dan semua jabatan kerajaan.

10.55am: Polis mengarahkan kira-kira 80 penyokong yang berhimpun di luar bangunan sekretariat supaya berada di belakang pita keselamatan. Mereka mematuhi mengejek anggota polis dengan melaungkan: "1Malaysia, 2 Perak, 3 katak!"

Seorang daripada mereka memegang muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memaparkan tajuk utama mengenai tragedi di perkhemahan 1Malaysia kelmarin.

10.45am: Sivakumar memulakan sidang walaupun duduk di kerusi ADUN Tronoh. Beliau meminta dewan bertafakur ekoran kejadian di Kampar kelmarin. Ini membuat beberapa ADUN BN melaungkan "tadi dah buat".

Sivakumar dan rakan-rakannya menjawab: "Itu speaker haram yang buat".

Nizar meminta izin untuk bercakap, tetapi pembesar suaranya ditutup.

Ganesan tidak berbuat demikian, manakala ADUN BN tidak menghiraukan ucapan mereka. Mereka berlegar-legar sambil bercakap, seolah-olah ADUN Pakatan tidak ada dalam dewan itu.

10.35am: Sivakumar ambil tempatnya di kerusi pembangkang.

Chang Lih Kang (PKR-Teja) berkata: "Speaker haram, sila keluar dewan."

Ganesan cuba berkata bahawa beliau telah menangguhkan sidang dewan hingga jam 11.30 pagi, tetapi tidak dihiraukan oleh ADUN Pakatan.

A Sivasubramaniam (DAP-Buntong) berdiri untuk menjelaskan mengapa Ganesan adalah speaker 'haram". ADUN Pakatan menyokongnnya dengan menepuk meja.

Ganesan duduk dikerusinya sambil menggosok dagunya.

10.52am: Walaupun sidang DUN Perak ditangguhkan, tetapi Speaker Datuk R Ganesan masih duduk di kerusinya, mungkin kerana bimbang V Sivakumar duduk di situ.

10.35am: Sekitar bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak dikawal ketat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pembentangan bajet bermula.

ADUN Pakatan Rakyat mendakwa polis menghalang mereka masuk ke dalam Dewan, dan mendakwa beberapa orang daripada mereka telah dikasari. Mereka masuk ke Dewan sewaktu Speaker menangguhkan sidang selama sejam mulai jam 10.20 pagi.

10.22am: ADUN Pakatan masuk ke dewan, sambil mengejek Speaker sebelum duduk di tempat masing-masing.

Terdengai komen: "Wah! Speaker haram, bodyguard banyak" dan "Woi, Ganesan pakai sari lebih baik lah!".

10.20am: Ganesan menangguhkan sidang dewan sehaingga jam 11.20 pagi.

10.15am: Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mula membentang bajet. ADUN Pakatan belum kelihatan.

Bagaimanapun, satu drama berlaku di luar bangunan.

Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh OCCI Ipoh Anthony Glenn didakwa menghalang ADUN Pakatan daripada masuk ke Dewan beberapa kali dan mengkasari sebahagian daripada mereka.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberita bahawa mereka dihalang sebelum dapat menaiki lif.

Sivakumar mendakwa anggota polis merampas songkoknya, tetapi tidak berjaya merampas jubahnya.

ADUN masuk semula ke dalam bangunan selepas sidang akhbar, tetapi Sivakumar muncul semula bersama ADUN Jalong Leong Mee Meng - kali ini tanpa memakai jubah.

"Mereka merampas jubah saya dan memukul beberapa orang ADUN di dalam bangunan," dakwanya.

10.20am Speaker Datuk R Ganesan menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama sejam sehingga jam 11.20 pagi.

10.05am: Speaker Datuk Ganesan memulakan sidang dengan membuat pengumuman mengenai larangan penggunaan alat-alat rakaman dan telefon bimbit di dalam Dewan. Pengawal keselamatan dewan diberi kuasa merampasnya.

Katanya, jumlah pengawal keselamatan telah ditambah - sekurang-kurangnya 22 orang di dalam Dewan - bagi menghalang berulang kekecohan seperti yang berlaku pada 7 Mei lalu.

Dewan bertafakur sebenar berhubung kejadian seorang peserta perkhemahan 1Malaysia yang lemas di Kampar malam kelmarin, apabila jambatan gantung yang dilalui peserta runtuh.

10.00am Sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula dengan bacaan doa. Kerusi pembangkang masih kosong, ekoran spekulasi ADUN Pakatan masih melalui pemeriksaan ketat.

9.50am Semua ADUN Pakatan Rakyat masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri selepas melalui dua sekatan polis. Polis membiarkan mereka masuk.

9.45am Para ADUN Pakatan Rakyat mula bergerak dari pejabat DAP untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. V Sivakumar kelihatan memakai jubah Speaker.

9am: Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.

Laporan awal:

Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet.

Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di udara di atas bangunan sekretariat. Para wartawan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pemeriksaan ketat.

Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar.

Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Mei lalu.

Ekoran Pakatan masih terus mempertikaikan kesahan kerajaan negeri BN, maka sidang hari ini dijangka panas.

Bagi mengelak sebarang kekecohan, pihak polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah lewat semalan untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 50 meter dari bangunan sekretariat. Perintah itu berkuatkuasa hari ini sehingga 11 malam Jumaat ini.

Awal pagi ini, polis telah menempatkan sekurang-kurangnya lapan trak, sebuah van, dua jib, dua tarik Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.

Kenderaana pertama polis tiba di bangunan itu pada kira-kira jam 6.20 pagi. Beberapa anggota polis juga ditempat di dalam bangunan tersebut.

pada jam 7 pagi, anggota polis mula memasang benteng dan dawai berduri untuk menghalang orang ramai yang tidak berkenaan masuk ke bangunan tersebut. Kira-kira 450 anggota polis berkawal di bangunan itu.

Sidang dewan dijadual bermula jam 10 pagi tetapi pintu bangunan sekretariat dijangka dibuka pada jam 9 pagi untuk membolehkan ADUN Bn masuk ke dewan.

Difahamkan ADUN Pakatan hanya akan dibenarkan masuk ke dewan pasda jam 9.55 pagi, bagi mengelak berlaku insiden merebut kerusi Speakar.

Dipetik dari Malaysiakini

Rabu, 28 Oktober 2009

MANA MILIK KITA?


Salah satu kepunyaanNya-sekadar hiasan senja di pantai cenang langkawi


Salam,

Marilah kita hayati bait2 lagu nasyid yang dikemundangkan oleh Almarhum Ustaz Asri Ibrahim
dan renungkan dan fikir-fikirkan lah.

Tidak ada milik kita
Semua yang ada
ALLAH yang punya
Tidak ada kita punya

Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
ALLAH sudah sediakannya
Kita ALLAH punya

Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya

Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mana milik kita

Tidak ada milik kita
Semua yang ada
ALLAH yang punya
Tidak ada kita punya

Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
ALLAH sudah sediakannya
Mengapa kita sombong

Memilik ALLAH punya
Mengapa tidak malu
Kepada ALLAH yang empunya
Patut bersyukur kepada ALLAH

Yang memberi segalanya
Malulah kepada ALLAH
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga

Apa yang ada pada kita
Kalau ALLAH tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit

Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya ALLAH punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada ALLAH
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat ALLAH itu
Untuk khidmat kepadaNya

Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ngungkitnya
Mana milik kita?
Tidak milik kita

Semua yang ada
ALLAH yang punya
Tidak ada kita punya
kita yang mengusahakan saja

Apa yang kita dapat
ALLAH sudah sediakan

Kesimpulannya apa yang ada pada kita hatta, isteri, anak, harta dan nyawa kita adalah milik ALLAH yang Maha Esa lagi Berkuasa. Olih itu marilah kita sama-sama merenung adakah kita hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur kepadaNya. Fikir-fikilah dan renung-renunglah.....

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Kenyataan Media Presiden PAS: “Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)”
Ditulis oleh Presiden PAS


Kenyataan Media Presiden PAS

“Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)”



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini. Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru. Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.


Saya juga sudah mengarahkan Dato’ Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini. Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.



Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009


http://presiden. pas.org.my

USTAZ FADHIL NOOR DALAM KENANGAN

MERENUNG KEBIJAKSANAAN ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Sahabat baik saya, Saudara Muhaimin Sulam pada masa ini sedang menulis tesis Phd beliau mengenai mantan Presiden PAS iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Muhaimin memberitahu saya dalam menyediakan tesisnya beliau telah antara lain menemubual Tun Mahathir bagi mendapatkan pandangannya tentang Almarhum.

Mahathir memberitahu Muhaimin bahawa beliau amat menghormati Almarhum dan mengakui bahawa meskipun Almarhum adalah pemimpin pembangkang namun beliau banyak belajar dari Almarhum.

Seorang lagi pemimpin yang ditemubual oleh Muhaimin adalah Lim Keng Yeik iaitu mantan presiden Gerakan. Lim Keng Yeik juga menghormati kebijaksanaa Almarhum.

Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang dua insiden yang saya pernah lalui bersama dengan Almarhum . Dua insiden itu bagi saya menunjukkan ketelitian dan kebijaksanaa Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Insiden pertama adalah apabila saya menjadi penterjemah beliau semasa beliau ditemubual oleh seorang wartawan Austria. Temubual itu berlangsung di Pejabat Harakah di Jalan Pahang. Memandangkan saya secara kebetulan ada di situ Almarhum mengajak saya untuk hadir di temubual itu sekaligus menjadi penterjemah beliau.

Banyak soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut kepada Almarhum. Dalam banyak jawapan yang diberikan oleh Ustaz Fadzil, saya amat tertarik dengan jawapan yang beliau berikan kepada satu soalan yang saya kira satu soalan untuk memerangkap beliau.

Wartawan Austria itu bertanya kepada Ustaz Fadzil apakah yang PAS akan lakukan kepada pernigaan judi di Genting Highland jika PAS ditakdirkan memerintah Malaysia ?

Sebelum Ustaz Fadzil menjawab soalan tersebut saya tertanya-tanya bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Saya dapat merasakan bahawa wartawan Austria itu mahukan Ustaz Fadzil Noor menjawab bahawa PAS akan menutup pusat judi di Genting Highland kerana judi adalah haram menurut Islam. Saya percaya jika begitulah jawapan Ustaz Fadzil Noor maka itulah yang dimahukan oleh wartawan barat itu bagi menunjukkan bahawa gerakan Islam seperti PAS adalah ekstrim dan jika memerintah maka kononnya hak orang buka Islam akan tergugat.

Saya jenuh memikirkan bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Sebelum Ustaz Fadzil ditanya soalan itu saya ada membaca di akhbar the star yang diterbitkan sebelum temubual itu tentang jawapan yang diberikan oleh pemimpin PAS yang lain bahawa PAS akan menutup pusat perjudian itu jika PAS memerintah Malaysia. Saya merasakan meskipun jawapan itu tidak salah dari sudut agama namun menjawab secara sebegitu akan menguatkan persepsi di kalangan orang bukan Islam yang tidak memahami Islam bahawa itulah PAS sebuah parti yang ekstrem.

Mari kita lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil menjawab soalan yang saya nyatakan di atas.

Beliau menjawab lebih kurang begini : “ Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.”

Sebaik sahaja saya mendengar jawapan itu saya berkata dalam hati memang layaklah Ustaz Fadzil menjadi pemimpin saya. Jawapan yang amat bijaksana. Beliau tidak kata beliau tidak akan haramkan judi oleh itu tidak boleh dituduh PAS sudah menggadai prinsip. Cara beliau mengalih ( divert ) persoalan yang dibangkitkan amat menakjubkan.

Dalam satu insiden yang lain saya kebetulan berkesempatan makan tengah hari bersama beliau di kantin Parlimen. Semasa makan tersebut beliau menceritakan kepada saya tentang isu yang berlaku di Parlimen. Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak begitu senang hati dengan cara ahli-ahli Parlimen Umno menyerang pentadbiran Taliban di Afghanistan. Ustaz Fadzil memberitahu cara Umno menyerang Taliban adalah dengan cara yang tidak adil kerana tidak langsung menceritakan aspek positif pemerintah Taliban khususnya kejayaan Taliban menyelesaikan isu dadah di negara itu.

Ustaz Fadzil memberitahu saya pada mulanya beliau ingin bangun dan membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno. Namun beliau menyatakan bahawa beliau berfikir panjang sebelum meneruskan hasratnya itu. Beliau menyatakan bahawa beliau amat khuatir dan bimbang jika beliau bangun membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno, PAS akan dilihat membela Taliban . Apabila PAS dilihat membela Taliban, ujar Ustaz Fadzil, maka rakyat negara ini akan dimomokkan oleh Umno bahawa PAS adalah sama dengan Taliban. Dan ini , dari segi politik, akan menyukarkan PAS untuk menangkis serangan Umno itu dalam keadaan Umno menguasai media massa. Maka beliau mengambil keputusan tidak bangun untuk membela Taliban.

Sekali lagi saya lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil. Beliau amat teliti dan cermat dalam mengambil satu-satu pendirian. Meskipun apa yang beliau ingin buat itu betul ( membela pihak yang diserang secara tidak adil ) namun sebagai pemimpin beliau memikirkan kesan apa yang beliau buat itu. Inilah antara lain kualiti seorang pemimpin – sentiasa memikirkan kesan sesuatu tindakan yang ingin dilakukan.

Apa yang Ustaz Fadzil lakukan tersebut, bagi saya, adalah mencontohi apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi kita yang menekuni seerah Rasulullah s.a.w pasti akan tahu bagaimana kisah Rasulullah s.a.w. dan pemimpin Munafiq Abdullah bin Ubay bin Salul . Meskipun diminta oleh para sahabat untuk membunuh Abdullah bin Ubay namun Rasulullah s.a.w enggan melakukan hal tersebut. Rasullullah s.a.w menolak saranan para sahabat tersebut kerana tidak mahu dikatakan orang selepas itu bahawa Muhammad telah membunuh sahabatnya sendiri.

Kita lihat juga peristiwa penaklukan bumi Palestine pada tahun 637 Masihi oleh Syaidina Umar . Semasa Syaidina Umar berada di dalam gereja waktu solat pun tiba. Paderi menyuruh beliau bersembahyang dalam gereja tersebut. Syaidina Umar dengan penuh hikmah menolak pelawaan tersebut . Umar jelaskan pada Paderi tersebut sekiranya beliau sembahyang di situ kaum muslim akan ingin mengingati peristwa bersejarah itu dengan mendirikan masjid di tempat itu ( gereja itu ) dan jika itu berlaku kaum muslim akan memusnahkan gereja itu.

Lihatlah sikap seorang pemimpin. Sentiasa memikirkan kesan apa yang ingin dilakukan. Moga kita dapat mengambil pengajaran dari kisah di atas.

Disalin dari blog peguam muslim

Ahad, 25 Oktober 2009

APAKAH PAS DI AMBANG PERPECAHAN?


Gambar hiasan

Salam,

Terlebih dulu saya memohon kemaafan di atas luahan hati saya berkenaan dengan berita2 yang tersebar di akhbar arus perdana yang pro umNO dan juga akhbar internet serta blogger berkaitan gelombang yang melanda Parti Islam Semalaysia(PAS) yang saya sayangi. Saya sebagai ahli PAS yang tidak dikenali rasa terpanggil untuk meluahkan rasa hati walaupun tidak di dengari tapi sekurangnya dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.

Sebagai ahli PAS yang tegar dengan jujur saya tidak mempercayai langsung apa yang di paparkan di dada akhbar, tetapi saya yakin bagi bagi orang yang diluar PAS akan mempercayainya kerana surat khabar dan TV adalah makanan atau kitab muktabar mereka.

Apalah saya yang hanya bekerja untuk memenangkan calun PAS kerana berjuang untuk ISLAM yang tidak mengharapkan apa2, hanya semata-mata kerana ISLAM, tapi pimpinan PAS membuat kenyataan yang secara tidak kolektif di mana masing2 membuat kenyataan yang membolihkan pehak lawan mengambil kesempatan bagi mengeruhkan keadaan dan kepentingan politik mereka. Dengan mendedahkan tembelang kita pehak musuh akan mengambil kesempatan atas kelemahan kita sendiri.

Apakah? setelah dapat memerentah negeri Kedah dan mengekalkan N Kelantan serta mendapat mandat rakyat bersama PR di Ngri p. Pinang dan Selangor setelah Kerjaan Perak di jatuhkan dengan cara rampasan kuasa(kudeta) maka kita dikalangan kepimpinan PAS sudah tidak sehaluan lagi. Ingatlah pemimpin yang naik dan berkedudukan saperti sekarang terutamanya MB, EXCO, Ahli Parlimen, ADUN dan juga Ahli Majlis semuanya kerana orang bawah ni, penyokong, ahli PAS dan yang tidak berparti yang bekerja keras untuk mendapatkan kedudukan tuan2 pada kedudukan sekarang.

Ini belum lagi dapat memerentah Malaysia lagi. Apa akan jadi kalau ditakdirkan ALLAH kita dapat memerentah Malaysia nanti dlam PRU ke13. Atau bolih jadi ini satu ujian dari ALLAH agar pucuk pimpinan bermuhasabah diri masing2. Saya dan bolih jadi ramai penyokong yang juga ahli PAS dan rakyat marhain yang di bawah ini hanya bolih melihat saja telatah dan lakonan pimpinan PAS tanpa perlu bolih memberi pendapat.

Dalam beberapa hari ini media arus perdana dan media elektronik telah mengambil kesempatan mengekplotasi keadaan yang melanda dalam PAS kini. Kami penyokong masih sayang dan memberi sepenuh keyakinan kepada PAS dan pimpinan untuk menyelesaikan kekusutan yang timbul dengan sebaik-baiknya secara musyawarah. Kebijaksanaan dan pengalaman dalam saf kepimpinan PAS yang ada sekarang hendaklah mengambil keputusan yang tidak akan menghampakan penyokong dan Ahli2 PAS.

Janganlah dalam keadaan PAS dan PR mendapat sokongan rakyat dari kaum India dan Cina dan telah memerentah di beberapa negeri dan mengurangkan majoriti 2/3 di Parlimen maka kepeimpinan PAS bercakaran sesama sendiri dan musuh tidak leka untuk menusuk jarum perpecahan. Jadi bermakna kita tidak dapat menumpukan kepada persediaan menghadapi PRU ke13 akan datang di mana pehak musuk telah pun berlari kedepan sedangkan kita belum pun bermula untuk berjalan kerana asyik leka dengan kemenangan yang lalu.

Akhir sekali saya menyeru kepada semua saf kepimpinan PAS yang akan bermesyuarat pada 28.10.2009 yang akan datang agar dapat mengambil keputusan yang terbaik dengan izin ALLAH agar penyokong dan ahli PAS tidak menjadi tidak tertanya-tanya dan resah gelisah. Bolih jadi isu yang berlaku sekarang direka cipta oleh musuh2 PAS terutama sekali umNO dan BN kerana mereka telah rasa rakyat telah memberi semula sokongan kepada mereka selepas PRK Bagan Pinang yang lalu. Oleh yang demikian mereka akan cuba sedaya upaya untuk memecah belahkan PAS dan PR.

Walau apa pun kita berharap kemelut perpecahan dalam PAS tidak akan berlaku dengan izin ALLAH selagi kita tetap istiqamah dengan ISLAM. Buanglah yang keruh dan ambil yang jernih dan perkukuhkan saf kepimpinan PAS dalam menghadapi apa juga mehnah yang telah berlaku dan akan berlaku. Saya yakin apa yang di paparkan di akhbar dan Tv tidak berlaku dan saf kepimpinan PAS tetap kukuh dalam memperjuangkan ISLAM walau difitnah dengan berbagai tuduhan yang PAS tidak pernah fikirkan.

ALLAHHUAKBAR. MAJU BERSAMA ISLAM. PAS UNTUK SEMUA.

Rabu, 21 Oktober 2009

GEMPAR 35 SEJADAH BERDIRI DI SURAU

Gempar 35 sejadah berdiri di surau
Okt 20, 09 6:29pm
Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA

Dipetik dari Malaysiakini

Selasa, 20 Oktober 2009

PANGGILAN HAJI - SIRI 1

Salam,


27. Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan HAJI, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus[984] yang datang dari segenap penjuru yang jauh,
(Surah Al Hajj)

28. supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan[985] atas rezki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak[986]. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.
(Surah Al Hajj)





Suasana lautan tetamu Allah


Isteri ku masa dok tunggu bag di kaki lima hotel



Alhamdulillah, sedar tak sedar telah genap 5 tahun telah berlalu permergian aku ke tanah suci Mekah untuk menjadi tatamu ALLAH menunaikan Haji bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Aku telah selamat menunaikan fardu haji pada tahun 2004 yang lalu bersama-sama isteriku. Sebelum itu aku dan isteri telah bertekad untuk ke sana bersama isteri dalam usia yang muda iaitu sebelum umur 45 tahun.

Alhamdulillah Allah telah memperkenankan doa ku. Dengan simpanan dalam tabung haji dari mula aku berkerja sehinggalah aku berhenti kerja dengan kerajaan dan swasta termasuk wang ganjaran dari kerajaan aku dapat ke sana. Aku bertolak ke sana dengan penerbangan akhir dari Pulau pinang 22/01/2004(khamis) pagi dan sampai di sana 12.30 tgh. hari yang sama hanya kurang 11 hari saja lagi untuk Wukuf di Arafah. Jadi aku dan isteri mengambil keputusan untuk menunaikan haji secara haji Ifrad dan kami memakai ihram dari komplek haji Bayan Lepas dan niat haji dalam penerbangan di miqat bagi jemaah dari Asia.

Sebelum pemergian ke sana aku sentiasa berdoa kepada Allah semoga memudahkan perjalanan aku dan isteri dalam menyempurnakan rukun dan wajib haji. Aku juga berdoa semoga ALLAH terima aku sebagai hambaNya dan tetamuNya. Aku juga berdoa kalaulah Allah nak menguji ku ujilah sekadar yang aku mampu di mana akau pernah mendengar dan membaca di majallah tempatan bagaimana Allah telah uji hamba2Nya sebagai kifarat dari tanahair hinggalah ke tanah suci sampai pulang ke tanah air.

Kami selamat tiba di Jeddah dan semua urusan bagasi dan emigresen berjalan dengan cepat walaupun sebelum itu pehak tabung haji telah memberi peringatan tentang karenah kastam Arab Saudi.

Sesampai saja di Mekah pada hari khamis hampir Magrib dan setelah semua urusan bagasi dan hotel selesai kami terus di bawa olih mutawif untuk tawaf Qudum dan Saie haji tanpa bergunting bagi yang buat haji Ifrad. Bila berada di depan kaabah aku seakan tidak percaya bahawa aku betul2 di depan kaabah dan air mata aku bercucuran tanpa disedari kerana sebelum ini aku solat tanpa nampak kaabah yang nyata. Aku bersyukur kepada Allah dengan kebesaran dan keizinanNYA aku telah pun berada di sana.

Setelah selesai tawaf dan aku balik ke hotel yang terletak betul2 di depan Masjidil Haram, iaitu hotel Mekah Tower bersebelahan hotel Hilton untuk berkemas dan rehat setelah menempuh perjalanan yang jauh.

Pengalaman hari2 berikutnya sepanjang aku di Tanah Suci Mekah dan Madinah sehinggalah pulang ke tanahair aku akan kemaskinikan dalam blog aku dimasa2 akan datang, InsyaALLAH.

Dikesempatan in aku ucapkan kepada semua bakal2 jemaah haji tahun ini jagalah kesihatan dan banyak2 bersabar sepanjang masa di Tanah Suci supaya dapat menyempurnakan Rukun dan Wajib Haji semoga mendapat haji Mabrur. Amalkan apa yang telah kita pelajari dan jangan lah ikut apa yang orang buat.

Ahad, 18 Oktober 2009

ISU KARTIKA DAN SYARIAT ISLAM

Isu Kartika dan Syariat Islam

Malaysia Caning for Beer

Dari kes yang dianggap “peribadi” oleh sesetengah orang, menjadi isu kebangsaan dan dunia. Hukuman ke atas Kartika (foto di atas) bakal meletakkan peminum-peminum arak di kalangan umat Islam di Malaysia dalam keadaan berjaga-jaga, bersembunyi atau meninggalkan terus minuman najis tersebut.

Isu Kartika minum arak dan hukuman denda RM5000 dan 6 sebatan rotan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20/7/2009 menyingkap beberapa hakikat dalam perjuangan mengembalikan Islam di Malaysia.

Arak diharamkan oleh Allah swt pada Tahun 8 Hijrah seperti yang disebut oleh Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari (syarah Hadis-hadis Sahih riwayat Al-Bukhari). Arak haram diminum samada sedikit atau banyak, kerana Allah mengharamkannya, bukan mengharamkan kesannya (mabuk) berdasarkan firmanNya bermaksud, “Hanyasanya arak, judi, telek, azlam (jenis judi) adalah najis dari amal Syaitan, maka kamu jauhilah ia”. (Al-Quran).

Hukuman sebat ke atas peminum arak termasuk salah satu hukum-hukum Hudud di dalam Islam. “Hudud” bermakna hukuman yang telah ditentukan kadar dan bentuknya oleh Allah swt iaitu ada 7 kesalahan (i) Zina, (ii) Qazaf, (iii) Mencuri, (iv) Samun, (v) Minum arak, (vi) Qisas, dan (vii) Murtad. Selain dari 7 kesalahan di atas, hukumannya diserah kepada Hakim untuk menentukan kadar dan bentuknya, atau dipanggil Takzir.

Mazhab Hanafi mempunyai hukuman tertentu terhadap peminum arak yang sedikit dan terhadap orang yang minum sehingga mabuk. Mazhab-mazhab lain tidak membezakan si pesalah samada dia minum sedikit atau minum sehingga mabuk, berdasarkan hadis, “Setiap yang memabukkan adalah arak. Setiap arak adalah haram” (riwayat Muslim dan Ad-Darulqutny).

Jumhur para Fuqahak menentukan hukuman bagi peminum arak atau pemabuk ialah 80 sebatan, berdasarkan kata Sayyidina Ali ra bermaksud, “Apabila seseorang itu minum, dia mabuk. Apabila dia mabuk, dia hilang akal. Apabila dia hilang akal, dia akan bercakap merapu (seperti menuduh orang berzina). Hukuman ke atas penuduh adalah 80 sebatan”. (riwayat Ad-Darulqutny dan Malik). Hadis ini Hadis Munqatik, tetapi Mausul dari An-Nasaie dan Al-Hakim, dari Thaur, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas.

Berbeza dengan jumhur di atas, ulamak mazhab Asy-Syafie menentukan hukuman peminum arak dan apa sahaja yang memabukkan ialah sebanyak 40 sebatan berdasarkan hadis bermaksud, “Adalah Nabi saw menyebat peminum arak dengan pelepah tamar dan ni’al sebanyak 40 sebatan” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Sayyidina Ali ra berkata, “Rasulullah saw menyebat 40 kali, Abu Bakar ra menyebat 40 kali, Umar menyebat 80 kali. Semuanya adalah sunnah. Dan ini (80 sebatan) lebih aku sukai” (riwayat Muslim).

Malaysia Caning for Beer

BE060369Kartika Sari Dewi binti Shukarno (foto atas), model separuh masa yang ditangkap minum arak dalam satu serbuan di hotel di pantai Cherating, Pahang. Tak silap saya, nama “Kartika Sari Dewi” adalah nama anak Presiden Sukarno berdarah Jepun. Kisah perkahwinan Sukarno dengan Naoko Nemoto (diubah beliau kepada Ratna Sari Dewi – foto kiri) agak masyhur semasa saya kecil-kecil dulu. Kali ini kedua-dua nama tersebut muncul kembali, jadi masyhur juga tapi dalam isu dan kesan yang berbeza.

Kartika 04

“Jangan ganggu saya”, kata Kartika kepada individu, badan, kumpulan yang cuba mempengaruhi beliau untuk menarik balik akuan bersalahnya meminum arak dan bersedia di rotan sebanyak 6 kali. “Laksanakan hukuman tersebut dengan segera” …” jika boleh dikhalayak ramai sebagai pengajaran kepada orang lain …”, dari riwayat sesetengah media.

Kartika Sari Dewi Shukarnor ditangkap di sebuah hotel peranginan di Cherating, Kuantan dan dijatuhkan hukuman 6 sebatan rotan dan denda RM5000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Sebaik hukuman tersebut dijatuhkan, ramai individu, ahli-ahli politik, badan-badan kerajaan dan badan bukan-kerajaan telah datang menemui Kartika dengan kepentingan dan matlamat masing-masing. Kartika sendiri telah mengaku bersalah dan akur dengan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Bahkan sambil meminta hukuman tersebut disegerakan, dia juga meminta agar semua pihak jangan lagi mengganggu dirinya dan keputusan yang dibuatnya.

Sedikit pandangan saya dalam isu ini adalah seperti berikut :

(1) Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus, dalam keterbatasan Enekman-enekman Syarak Pahang yang ada, bukanlah hukuman Hudud yang digariskan oleh Syariat Islam iaitu 40 sebatan atau 80 sebatan. Namun menjatuhkan hukuman Denda RM5000 dan Rotan 6 sebatan, telah menegaskan kepada orang ramai bahawa meminum arak di Malaysia adalah suatu jenayah yang boleh dihukum.

(2) Mereka yang sangat membenci arak melihat hukuman Denda RM5000 dan Rotan 6 sebatan adalah ringan berbanding dengan apa yang ditentukan dalam Syariat Islam. Mereka berharap agar suatu hari nanti, hukuman yang lebih keras akan diaktakan demi kesejahteraan umat di negara ini, bahkan di dunia. Bagi peminum arak pula, mereka terkejut dan takut dengan hukuman yang mereka kira berat dan di luar dugaan.

(3) Apabila individu dan badan-badan membantah hukuman berkenaan, ini bermakna mereka bukan membantah perlaksanaan hukum Hudud dalam Islam kerana hukuman tersebut bukan hukuman Hudud (40 atau 80 sebatan), tetapi mereka membantah terhadap suatu penegasan di mata orang ramai dan dunia, bahawa orang Islam yang meminum arak di Malaysia telah melakukan suatu jenayah yang berat.

Kartika & suami

Kartika dan suami ketika membuat rumah terbuka Hari Raya baru-baru ini.

(4) Puan Hamidah Merican, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam (SIS) dan mereka yang seumpamanya, mempersoalkan prosedur hukuman diambil, kerana permintaan SIS agar hukuman tersebut disemak semula telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, dengan alasan hanya Mahkamah Rayuan Syariah sahaja berhak memutus semula hukuman tersebut. Mahkamah memutuskan sesuatu berdasarkan undang-undang yang diputus di Dewan Undangan Negeri yang mewakili masyarakat di Pahang. Jika Kartika sendiri akur dengan hukuman tersebut dan DUN adalah mewakili umat, maka siapakah SIS ? Benarkan SIS mewakili “public interest” seperti yang ia dakwa? SIS sebenarnya mewakili siapa? Adakah SIS mewakili pihak-pihak tertentu di dalam, di luar negara atau kedua-duanya sekali? Diantara hujahan Hamidah lagi ialah, dia khuatir Malaysia akan dilihat oleh masyarakat antarabangsa dari sebagai negara Islam contoh kepada negara yang telah yang telah rosak reputation (nama baik), yang tidak “moderate” (sederhana) dan “progressive” (membangun) !! Adakah membenarkan minum arak memberikan suatu bentuk identiti ”kesederhanaan” dan “pembangunan” kepada sesebuah negara umat Islam di mata Barat dan dunia ?

Begini budaya negara yang dikatakan sederhana dan membangun, yang harus dicontohi oleh Malaysia dan negara-negara umat Islam ?

(5) Bersungguh beberapa pihak mengkritik hukuman rotan, di ketika bersungguh Kartika sendiri meminta agar hukuman rotan segera dijalankan, bahkan di khalayak ramai demi sebagai pengajaran, menunjukkan pihak-pihak pengkritik sebenarnya bukan mengasihani Kartika, akan tetapi khuatir dan takut Syariat Islam sedikit demi sedikit akan mengambil tempat di bumi Malaysia. Apabila Syariat melata, rakyat akan sejahtera dan ini akan menyempitkan lagi musuh-musuh Islam untuk bergerak merosakkan umat dan menguasai mereka.

Kartika 03

Kartika dan anaknya, Kaitlynn, 5 tahun.

(6) Ini adalah Precedence Case (kes sulong) seorang wanita dijatuhkan hukuman sebat disamping denda kerana meminum arak. Ini bermakna, jika berlaku lagi kes-kes seumpama ini, keputusan Datuk Abdul Rahman Yunus dan reaksi masyarakat selepas hukuman itu boleh diambilkira oleh hakim-hakim dan peguam-peguam selepas ini dalam menjatuhkan hukuman yang setimpal (tanpa melebihi apa yang terdapat dalam Enekman Jenayah Syariat di negeri masing-masing yang sememangnya terhad). Yang lebih penting lagi ialah umat Islam diberi kesedaran akan bahayanya jenayah arak yang selama ini dipandang remeh oleh ramai orang. Nabi saw bersabda bermaksud, “Peminum arak adalah seperti penyembah berhala” (hadis marfuk riwayat Al-Bazzar dari Abdullah dari Amru Al-As). Sabdanya lagi bermaksud, “Arak adalah ibu kepada segala kejahatan” (hadis marfuk riwayat An-Nasaie dari Uthman bin Affan). Dalam hal-hal seumpama ini, saya sering menitikberatkan pentarbiyahan umat, iaitu apakan kesan tarbawi (pendidikan diri dan jiwa) yang boleh berlaku dan ditingkatkan dalam diri masyarakat Islam khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.

(7) Allah Maha Penerima Taubat. Jika taubat Kartika diterima Allah swt, dia kembali ke fitrah asalnya tanpa dosa kerana arak tersebut. Namun jika kesan dari perbuatan dan taubat Kartika dapat menyedarkan ramai umat Islam di Malaysia dan dunia, moga Allah menunjukkan terus kepada Kartika jalan orang-orang yang mendapat petunjuk.

(8) Kita lihat bagaimana sesuatu umat itu dididik oleh Allah swt bukan sahaja melalui pendidikan formal di surau dan masjid, bahkan melalui isu-isu semasa dan kejadian-kejadian yang tampak di mata. Demikian juga Allah swt mendidik Generasi Pertama para Sahabat yang terdahulu. Kisah-kisah seperti Aisyah ra dan Hadith Al-Ifk, Kaab bin Malik dan Perang Tabuk, Khaulah binti Tsaklabah dan Rasulullah saw dan sebagainya, disamping ayat-ayat Al-Quran yang turun memberi penjelasan, kesemuanya meninggalkan kesan-kesan tarbawi kepada masyarakat. Moga umat kita akan terus dididik melalui ilmu dan isu, serta kesempatan yang diambil oleh para Pendakwah dalam memberikan penjelasan dan pengajaran kepada mereka.

(9) Masyarakat Islam juga harus mengambil kesempatan ini untuk memperkasakan akhlak dan Fiqh Islam dalam hal pengharaman arak diantaranya ialah menyebar dan menjelaskan isu ini kepada orang ramai, membuat lapuran segera kepada pihak berkuasa terhadap orang Islam yang minum arak, melekatkan poster tentang bahaya dan haramnya arak dan seumpamanya. Dizaman handphone berkamera digital hari ini, tidak susah merakam foto orang yang sedang meminum arak dan menghantar foto tersebut melalui mms ke Pejabat Agama Negeri atau pihak berkuasa tempatan. Jika kesedaran ini melata, banyak maksiat terang-terangan boleh dikawal atau terus dibenteras.

(10) Mendesak pihak berkuasa agar menghadkan premis penjualan arak kepada tempat yang sangat khusus, seperti yang sedang berlaku dalam hal penjualan daging babi atau kedai ubat tradisional Cina, contohnya melarang jualan arak di gedung dan pasaraya awam, kedai-kedai awam dan di kawasan ramai orang Islam. Tidak logik orang Islam dilarang meminum arak dan pesalahnya dihukum sebat, dan dalam masa yang sama arak tersebut dijual di mana-mana di depan mata mereka. Dalam hal ini pihak Majlis Perbandaran mempunyai kuasa yang lebih dari yang diperlukan untuk melaksanakan saranan ini.

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

AWAS PEMILIK PROTON SATRIA

Awas Pemilik Proton Satria.. Ianya mampu Lesap dalam seminit sahaja...

Hanya seminit curi Proton Satria GTi

[gambar hiasan]

KUALA LUMPUR: Dua lelaki berusia 20-an mampu menghidupkan kenderaan yang sudah berkunci dan lengkap dengan alat penggera kurang seminit sebelum melarikannya.

Difahamkan, kejadian kecurian kenderaan di sekitar Kampung Pandan Dalam di sini, disyaki dilakukan suspek terbabit berikutan cara dan masa mereka mencuri kenderaan dalam beberapa kejadian sebelum ini adalah serupa.

Seorang mangsa, Mohd Ezanie Ab Aziz, 26, berkata dalam kejadian jam 2.30 pagi Isnin lalu, dia dikejutkan ibunya yang memberitahu terdengar penggera kereta miliknya berbunyi.

“Saya letakkan kereta Proton Satria GTi milik saya itu di hadapan pintu pagar. Bunyi penggera memang ada nada tersendiri.

“Pada hari kejadian, saya tidur. Tiba-tiba ibu mengejutkan saya selepas terdengar penggera kereta berbunyi.

“Saya bergegas keluar dan nampak dua lelaki sedang menghidupkan enjin kereta saya sebelum melarikannya,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu hanya berlaku dalam tempoh kurang seminit dan dia cuba mengejar mereka dengan kereta lain milik keluarganya tetapi gagal.

Ezanie berkata, seorang daripada lelaki itu menggunakan kereta Chevrolete dengan nombor pendaftaran WQB 60, manakala seorang lagi memandu Satria miliknya.

Menurutnya, polis yang memeriksa mendapati nombor pendaftaran terbabit sebenarnya untuk Toyota Camry hitam yang juga dicuri.

“Mereka memang cekap, sekejap saja sudah hilang daripada pandangan saya. Saya syak mereka mungkin terbabit dalam beberapa kes curi kereta yang lain di sekitar kawasan kediaman saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, dekat sini.

Di petik dari Kadahlanie

Khamis, 15 Oktober 2009

TUKANG URUT BOGEL

Limpahan wanita warga China rancakkan aktiviti maksiat


KEADAAN pusat urut di Jalan SS2/55 di Sea Park, Petaling Jaya yang diserbu polis semalam.

PETALING JAYA - Limpahan wanita warga China yang masuk ke negara ini kononnya untuk melancong tetapi akhirnya terlibat dalam aktiviti maksiat menimbulkan masalah sosial yang serius.

Kegiatan tidak sihat itu banyak berlaku di pusat-pusat hiburan, rumah urut dan salun-salun kecantikan.

Warga asing yang muda dan cantik akan dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu untuk dijadikan sumber mendatangkan pendapatan lumayan.

Semalam polis menahan tujuh wanita rakyat asing bersama tiga lelaki hidung belang yang sedang diurut secara bogel di tiga buah bilik di pusat urut di Jalan SS2/55 Sea Park di sini pada pukul 4.30 petang.

Ketiga-tiga lelaki hidung belang rakyat tempatan itu berpeluh-peluh apabila mereka dicekup ketika sedang diurut masing-masing dalam keadaan bogel.

Jurucakap polis berkata, polis menahan tiga tukang urut warga China dan empat lagi tukang urut masing-masing tiga dari Thailand dan seorang dari Myanmar.

Dipetik dari kedahlanie

Isnin, 12 Oktober 2009

PERGI TAK KEMBALI

Rasanya belum terlambat bagi saya untuk megingati pemergian Almarhum Ustaz Asri bin Ibrahim pada 13 Ogos 2009 yang lalu. Di sini saya perturunkan semula lagu nasyid beliau yang pasti semua kita akan mengalirkan air mata bila mendengar dan terkenangkan beliau.

Setiap insan pasti terasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayu surah dibaca
sayunya alunan suara
cemas di dada....lemah tak bermaya
terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
berpisahlah kita selamanya
kita tak sama nasib di sana
baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
sejahtera bahagia pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak dan isteri
apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
soal bicara terus bermula
sesal dan insaf tak berguna lagi
hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanya kenangan
diiring doa dan air mata
YANG PERGI TAKKAN KEMBALI LAGI


Bait-bait lagu nasyid di atas telah di kumandangkan oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Semoga kita akan sentiasa mengingati kita juga pasti akan pergi juga menyusuli beliau tidak tahu bila waktunya akan tiba. Pemergiannya diratapi oleh semua lapisan masyarakat yang mengenalinya melalui kumpulan RABBANI. Jasanya dalam bidang dakwah melalui nasyid amat berkesan sekali.

Suaranya yang amat merdu anugerah ALLAH telah digunakan hanyalah untuk berdakwah melalui nasyid.


Semoga ALLAH sentiasa mencucuri Rahmat ke atas rohnya. Amin, amin ya Rabbul Alamin.

Ahad, 11 Oktober 2009

TOLAK UMNO BN SOKONG PR PAS DI BAGAN PINANG


Salam,

Diseru kepada semua pengundi di PRK Bagan Pinang memberi undi kepada Calon PR PAS dan tolak calon UNMO BN yang ternyata rasuah kerana telah disahkan olih UMNO sendiri.

Mai kita pakat beri sokongan kepada parti yang memperjuangkan ISLAM.


TAKBIR, ALLAHHUAKBAR.



SELAMAT MENGUNDI.

Khamis, 8 Oktober 2009

SUBHANALLAH.. WAKTU2 GEMPA DI INDONESIA

subhanallah...waktu2 gempa diindonesia

di Tasik 15:04 ,

(Surah Al Hijr,surah ke 15,ayat keempat)

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri,melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya"

di Padang(gempa pertama) 17:16 ,

(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat ke 16)

"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu(agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan(hukuman kami) kemudian Kami binasakan sama sekali(negeri itu)"

di Padang(gempa kedua) 17:58 ,

(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat 58)

"Dan tidak ada suatu negeri pun(yang derhaka penduduknya),melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa(penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab Luh Mahfuz"

gempa di Jampi (ke esokkannya dr padang) 08:52...

(Surah Al-Anfal,surah ke 8 ayat 52)

"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka.Mereka mengingkari ayat-ayat Allah,maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sungguh Allah Maha Kuat lagi keras siksaNya"


WASSALAM.

PENAMAAN CALON PRK BAGAN PINANG


SEBELUM PERARAKAN MULA


FRU SEDANG BERKAWAL


GAMBAR SEMASA PERARAKAN

Salam,

Pada hari sabtu 3.10.2009 yang lalu aku berkesempatan menghadirkan diri dengan 4 lagi rakan2 dari sg.petani menyertai perarakan calon ke pusat penamaan calon di Bagan Pinang PD. Kami tiba seawal pagi dan sempat solat subuh di Surau polis yg tereletak berhampiran pusat penamaan calon.

Penyokong PR telah mula berkumpul di depan stesen minyak ESSO mula jam 7 pg lagi. Orang ramai mulai bertambah sehingga jam 8.30 pg dan dianggarkan melebihi 10 ribu orang. Perarakan bermula dengan di ketuai olih TG Haj Hadi dan saf2 kepimpinan PR dengan jarak perarakan l/kurang 1 km. di mana kepala telah sampai ke pusat penamaan calon dan ekor belum sampai.

Di ringkaskan cerita dengan tak semena2 terdengar sorakan olih penyokong PR yang di mana kelihatan Dato' Aziz Rahim dan Dato' Ismail Sabri Yaakob berjalan dikalayak penyokong PR. Aku berdiri jarak 15m dan kelihatan penyokong PR mengejek mereka dan rombongan tersebut dan sambil memberi laluan kpd mereka untuk ke pst penamaan calon di mana kelihatan penyokong BN sambil membalas teriakan kpd pnykg PR.

Semasa itu aku tengok tiada terdapat sebarang keadaaan tegang pun dan tenang saja. Aku tak nampak pun Aziz Rahim kena tumbuk seperti didakwanya. Kalau lah dia kena tumbuk pasti terdpat keadaan kelamkabut antara kedua penyokong. lagi pun polis berpakaian bisa ramai di situ dan juga FRU. Pasti mereka tidak akan berdiam diri dan depa akan pasti mengawal keadaan dan terus menangkap penumbuk2 curi.

Aku juga tengok selepas bersurai Aziz Rahim & Ismail Sabri Yaakob berjalan keluar dengan tenang di kalangan kelompok PR sambil diejek saja olih pnykg PR. Setelah semuanya selesai kami pun bertolak balik ke SP dan esoknya aku tengok Utusan Meloya gambar Aziz Rahim tunjuk tengkok yang kena tumbuk dan malamnya aku tertengik berita TV3 suku tengkok dia kena balut. Yang depa dok jalan masuk melalui kawasan yang telah dikhaskan olih polis untuk PR buat apa, nak cari nahas la tu.

Hai teruknya kena tumbuk sampai berbalut tengkok, dia kata kepala pening dan loya selepas 2 hari kena tumbuk. Biasanya kalau kena tumbuk sampai teruk macam tu, masa tu juga dia dah rasa dan jatuh la la tu juga. Ni lah akai keling orang kata, nak bohong pun padan2 la jangan sampai orang tak percaya. Kalau sapa tak pi memang depa percaya terutama sekali org UMNO BN. Aku rasa Umno pun tak berapa caya pasai lepas 24 jam baru rasa. Aku rasa dia buat2 loya selepas dia pikiq apa pula dia nak tipu dan buat isu di PRK Bagan Pinang selepas dia tak berjaya di PRK K. Trg dulu.

Tu lah modal BN nak kelirukan kan rakyat, kata pnykg. PR ganas dan samseng. Aku yakin InsyaALLAH calon PAS dari PR akan menang pada PRK 11.10.09 dengan izin ALLAH, itu pun kalau undi pos menyebelahi PR dan tanpa diugut dan diumpan dengan projek mee segera kerana rakyat semakin bijak.

TAKBIR, SOKONGLAH PERJUANGAN ISLAM.

3 buah kereta hitam dalam video tu la yang di naiki olih depa.

Rabu, 7 Oktober 2009

Hari Raya Puasa 2009



Di kubur Parit Panjang. Tahlil di khalifahkan olih Adik Li



Muslimat hanya berkumpul da wakaf yang terletak 10m dari kubur Bonda kami

Gambar sempena Raya Puasa 2009



Salam,

Gambar ini kami ambil semasa selepas Solat Aidil Fitri di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, sebelum kami sekeluarga bertolak balik ke kg. isteri di Gelong Rambai, Tunjang, Jitra.

Tahun ni kami semua sembilan adik beradik masing2 beraya di rumah keluarga mertua kecuali yang tinggal berhampiran dengan ayah kami di pondok lanai. Bukan nya apa sebab pada hari raya kedua kami semua akan berkumpul di rumah ayah kat pondok. Walau pun rumah nya kecil tapi kami seronok kerana seperti kata pepatah ' tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain'. Sambil2 nak lena kadang2 kami bersembang sampai larut malam, sebab tak sedar kerana terlampau rancak maklumlah bukan nya senang setahun sekali nak berimpun macam ni.

Esok paginya raya ke3 kami semua akan pi ke kubur ziarah dan tahlil kepada terutama nya arwah Bonda kami yang tersayang Hjh Khadijah bt. Yaakob, nenek, tok guru Hj Omar serta beberapa orang lagi alim ulama di sekitar parit panjang dan juga Syuhadah Mamali dan sekelian arwah yang bersemadi di kubur Parit Panjang. Selepas tu kami semua akan menziarahi saudara mara yang terdekat. Selalunya yang dok kahlifah tahlil kami ialah adik Li la, yang pakai baju gelap di tengah tu. Bagi kaum muslimat hanya tolong amin doa kat wakaf tu. Tengok gambar di atas.

Begitulah rutin keluarga kami tiap2 tahun, kalau tahun ni di rumah mertua, insyaAllah tahun depan kami semua beraya di pondok pula. Tapi raya Haji tahun kami pakat nak raya di pondok kut, kalau di izin ALLAH, kalau ada rezki bolih la buat korban pakat adik beradik seekor lembu.