27. Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan HAJI, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus[984] yang datang dari segenap penjuru yang jauh, (Surah Al Hajj)
28. supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan[985] atas rezki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak[986]. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir. (Surah Al Hajj)
Alhamdulillah, sedar tak sedar telah genap 5 tahun telah berlalu permergian aku ke tanah suci Mekah untuk menjadi tatamu ALLAH menunaikan Haji bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Aku telah selamat menunaikan fardu haji pada tahun 2004 yang lalu bersama-sama isteriku. Sebelum itu aku dan isteri telah bertekad untuk ke sana bersama isteri dalam usia yang muda iaitu sebelum umur 45 tahun.
Alhamdulillah Allah telah memperkenankan doa ku. Dengan simpanan dalam tabung haji dari mula aku berkerja sehinggalah aku berhenti kerja dengan kerajaan dan swasta termasuk wang ganjaran dari kerajaan aku dapat ke sana. Aku bertolak ke sana dengan penerbangan akhir dari Pulau pinang 22/01/2004(khamis) pagi dan sampai di sana 12.30 tgh. hari yang sama hanya kurang 11 hari saja lagi untuk Wukuf di Arafah. Jadi aku dan isteri mengambil keputusan untuk menunaikan haji secara haji Ifrad dan kami memakai ihram dari komplek haji Bayan Lepas dan niat haji dalam penerbangan di miqat bagi jemaah dari Asia.
Sebelum pemergian ke sana aku sentiasa berdoa kepada Allah semoga memudahkan perjalanan aku dan isteri dalam menyempurnakan rukun dan wajib haji. Aku juga berdoa semoga ALLAH terima aku sebagai hambaNya dan tetamuNya. Aku juga berdoa kalaulah Allah nak menguji ku ujilah sekadar yang aku mampu di mana akau pernah mendengar dan membaca di majallah tempatan bagaimana Allah telah uji hamba2Nya sebagai kifarat dari tanahair hinggalah ke tanah suci sampai pulang ke tanah air.
Kami selamat tiba di Jeddah dan semua urusan bagasi dan emigresen berjalan dengan cepat walaupun sebelum itu pehak tabung haji telah memberi peringatan tentang karenah kastam Arab Saudi.
Sesampai saja di Mekah pada hari khamis hampir Magrib dan setelah semua urusan bagasi dan hotel selesai kami terus di bawa olih mutawif untuk tawaf Qudum dan Saie haji tanpa bergunting bagi yang buat haji Ifrad. Bila berada di depan kaabah aku seakan tidak percaya bahawa aku betul2 di depan kaabah dan air mata aku bercucuran tanpa disedari kerana sebelum ini aku solat tanpa nampak kaabah yang nyata. Aku bersyukur kepada Allah dengan kebesaran dan keizinanNYA aku telah pun berada di sana.
Setelah selesai tawaf dan aku balik ke hotel yang terletak betul2 di depan Masjidil Haram, iaitu hotel Mekah Tower bersebelahan hotel Hilton untuk berkemas dan rehat setelah menempuh perjalanan yang jauh.
Pengalaman hari2 berikutnya sepanjang aku di Tanah Suci Mekah dan Madinah sehinggalah pulang ke tanahair aku akan kemaskinikan dalam blog aku dimasa2 akan datang, InsyaALLAH.
Dikesempatan in aku ucapkan kepada semua bakal2 jemaah haji tahun ini jagalah kesihatan dan banyak2 bersabar sepanjang masa di Tanah Suci supaya dapat menyempurnakan Rukun dan Wajib Haji semoga mendapat haji Mabrur. Amalkan apa yang telah kita pelajari dan jangan lah ikut apa yang orang buat.

hai curi tulang pa asyik berblog ja
BalasPadam