AL-QURAN EXPLORER

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

HARI KELUARGA DI CAMERON HIGHLANG: 18 & 19 DIS. 2009

Khamis, 26 November 2009

CINTA DUNIA BUAT KITA LUPA PENGORBANAN KEPADA ALLAH

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
salidasuhaila99@yahoo.com

Peristiwa 10 Zulhijah sebagai ingatan tetapkan iman

PERISTIWA korban mengajar kita supaya taat kepada perintah Allah, beriman dan berserah kepada-Nya. Ia juga membawa erti kesanggupan seseorang itu melepaskan dengan ikhlas sesuatu yang amat disayangi atau dihargai untuk memberi manfaat kepada orang lain. Sudah tentulah menjadi korban untuk mendapatkan cinta Ilahi adalah kesanggupan yang tiada galang gantinya, berkorban untuk keredaan-Nya juga tidak mampu dilakukan oleh setiap hamba, malah pengorbanan menuntut desakan hati yang kasihnya hanya pada Yang Esa.

Kerana kuasa 'korban' yang begitu besar, sering kali ada yang bertanya, apa ganjaran berkorban? Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata bahawa sesungguhnya suatu hari sahabat Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?" Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim."

Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya." Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya." (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Hadis di atas mengingatkan kita kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup bergadai nyawa demi reda Ilahi dan akur bahawa setiap khazanah bumi hanyalah milik Allah dan Dia berhak mengambil dan menganugerahkan apa saja. Kitab Tafsir Ibn Kathir merakamkan pada awalnya, Nabi Ibrahim tidak dikurniakan zuriat walaupun ketika itu baginda sudah lanjut usia.

Namun baginda tidak pernah berputus asa untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat. Maka dengan kuasa Allah yang tidak dapat diduga baginda dikurniakan cahaya mata pertama bernama Ismail. Siapalah yang tidak gembira mendapat cahaya mata? Kisah ini dinyatakan dalam surah al-Soffat ayat 101 yang bermaksud: "Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar".

Ulama termasuk ahli kitab bersepakat bahawa Nabi Ismail dilahirkan terlebih dulu berbanding Nabi Ishak. Bahkan tercatat di dalam kitab ahli kitab bahawa Nabi Ismail dilahirkan ketika Nabi Ibrahim berumur 86 tahun dan Nabi Ishak dilahirkan ketika Nabi Ibrahim berumur 99 tahun. Selepas Nabi Ismail meningkat remaja, satu ujian yang amat berat diturunkan oleh Allah SWT ke atas dua beranak itu, dengan tujuan menguji keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah.

Allah SWT memerintah Nabi Ibrahim supaya menyembelih putera kesayangannya. Walaupun terlalu berat hati Nabi Ibrahim untuk menyatakan perintah Allah itu kepada anaknya, Ismail, tetapi ia adalah perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan.

Dengan hati yang sedih, Nabi Ibrahim menyatakan mengenai perintah Allah itu kepada Nabi Ismail, namun tiada apa yang mengejutkan Nabi Ismail sebaliknya baginda berkata: "Wahai bapaku laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah, moga-moga kamu akan mendapati aku dalam golongan orang yang sabar".

Ada dua dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar, iaitu seorang ayah yang terpaksa mengorbankan perasaan cinta dan kasih kepada anak yang sudah lama ditunggu-tunggu dengan 'mengorbankannya', demi patuh dan redanya terhadap perintah Allah SWT. Seterusnya, ketaatan dan keyakinan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan kasihnya kepada ibu dan ayahnya dan zaman keseronokan remajanya, malah sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, semata-mata kerana ketaatan baginda terhadap perintah Allah dan perintah seorang ayah.

Kedua-dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah SWT yang tidak berbelah bahagi. Sebab itulah, seandainya seorang Muslim itu mendahulukan cinta Allah daripada cinta makhluk, mereka pasti akan beroleh jaminan besar sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah SWT iaitu imam yang adil, pemuda yang mengabdikan diri untuk beribadah kerana Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang bersahabat, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah, lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan kemudian menolaknya lalu berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah', lelaki yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tangan kanannya sedekahkan dan lelaki yang menitiskan air mata, beribadah menyebut nama Allah ketika bersendirian." (Riwayat Muslim).

Sesungguhnya sumber cinta daripada Allah adalah sumber cinta yang paling tinggi dan utama. Apabila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta makhluk, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memenangkan cinta mereka kepada Allah tanpa ragu-ragu. Baginda mengetahui bahawa bukan mudah meletakkan cinta pada pemiliknya tetapi keyakinan terhadap Ilahi memungkinkan segala-galanya dan ia hanya akan dimiliki oleh sesiapa yang sudah cukup kenal Allah SWT.

Menurut Imam al-Ghazali, ma'rifah (ilmu pengetahuan) itu akan mendahului cinta kerana cinta tanpa ma'rifah tidak mungkin berlaku kerana manusia hanya dapat mencintai sesuatu yang dikenalinya saja. Sebab itulah kita perlu rasional memilih cinta yang sementara, agar ia tidak mengatasi cinta yang kekal sampai bila-bila.

Takut mengorbankan dunia kerana akhirat pernah menjadi peringatan kepada setiap Muslimin. Sifat tamak terhadap cinta dunia lumayan menjerumuskan kita ke lembah yang sia-sia, tiada apa pun menjadi milik kita, walau pasir sebesar zarah pun. Di dalam al-Quran Allah SWT memberi amaran kepada manusia melalui firman-Nya dalam surah At-Taubah, ayat 24 yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad) jika bapa, anak, saudara, isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasiq".

Justeru, biarlah peristiwa 10 Zulhijjah yang mengimbau sebuah pengorbanan menjadi zikir untuk kita menetapkan hati agar sentiasa beringat bahawa segala khazanah dunia ini pemiliknya hanya satu saja dan kita perlu sentiasa bersedia untuk berkorban apa saja.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malalaysia

Isnin, 23 November 2009

MINYAK DI KELANTAN

Saturday, November 21, 2009

Hasan Harun dahului saya. Tahniah!

Suara apa bising di luar tingkap sana??

Meneliti dokumen lama sehari dua ini, termasuk keratan akhbar, hati saya bertambah senang, dan fikiran pula sudah tentu tenang.

Perjuangan rakyat Kelantan menuntut hak mereka dibantu oleh semua pernyataan-pernyataan yang kini termaktub dalam arkib dan lembaran sejarah. Fokus, seperti diajar oleh doa iftitah kita, juga disebut dalam bahasa tasawuf - tawajjuh - saya masa ini ialah tuntutan royalti petroleum dan bukan suara bising di luar jendela.

Penggalian dokumen lama memungkinkan kita mencantumkan tuntutan kita selari dengan semua pernyataan yang pernah diucap kecuali sikap berdolak dalik UMNO yang sentiasa kekal sebagai punca masalah.

Dokumen lama dan baru tidak pandai berbohong. Ya kata ya, tidak kata tidak. Termasuk keratan akhbar 'sohih' seperti Utusan. He he he, maaf Utusan - usik sikit jiwa murni anda, kalau-kalau ada sedikit berbaki. (Dr. Maza ada sms pagi ini Mingguan Malaysia hari ini potong sesetengah tulisan beliau) Pulak tu Mingguan hari ni letak saya muka depan! Hebat tu. Tak menyesal ke?

Senator Hasan Harun, atau lebih mesra dengan panggilan Abe Hase, telah mendahului saya dalam keprihatinannya terhadap hak dan masa depan rakyat dan bumi Kelantan. Tahniah! Insya Allah saya akan berkunjung ke rumah tuan untuk kalungan terima kasih sehari dua ini.

Lihat catitan persidangan DEWAN NEGARA , 9 APRIL 1989, halaman 993,994,995;

CARIGALI MINYAK DI KELANTAN

1. Tuan Hassan bin Harun( Kelantan) minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) benarkah usaha carigali minyak di pantai Kelantan telah berjaya

(c) apakah rancangan-rancangan dan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh pendudukpenduduk tempatan berhubung dengan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Kasitah bin Gaddam):
Tuan Yang di-Pertua, usaha mencarigali minyak dan gas di perairan negeri Kelantan belum lagi berjaya menemui
minyak di dalam kuantiti yang komersial. Di dalam tahun tujuhpuluhan, Syarikat Esso telah menggerudi dua telaga tetapi gagal
menemui minyak.

Pada bulan Ogos, 1988, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Blok PM2, telah diserahkan pula kepada sebuah konsortium terdiri daripada Home Oil Malaysia Ltd., Petro-Canada Malaysia Inc., Texaco Canada Malaysia Inc., PEXCO N.V. dan PETRONAS Carigali.

Mengikut Kontrak Perkongsian Pengeluaran yang ditandatangani dengan PETRONAS, konsortium ini akan membelanjakan $43 juta untuk kerja-kerja mencarigali di dalam tempoh tiga tahun dan menggerudi empat telaga rambang di kawasan ini, bermula pada penghujung tahun ini.
Jika minyak ditemui dalam kuantiti yang komersial, maka konsortium ini akan bertanggungjawab mengeluarkannya.

Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Abe Hase teladan untuk pemimpin UMNO Kelantan masa kini. Berbeza parti jangan sampai menolak-nolak rezki rakyat Kelantan. Hati perut kita biarlah bersama yang berhak, rakyat kita sendiri.

Petikan lain menyusul kemudian. Sampai royalti menjadi milik kita.

Untuk pemimpin UMNO, saya ulangi, belum terlambat.

Dipetik dari Blog Husam Musa:http//www.cetusan-hati.blogspot.com

HARI ARAFAH

Hari Wukuf di Arafah

Hari Arafah ialah hari para jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia terkenal sebagai kemuncak bagi segala amalan atau rukun haji. Hanya tinggal beberapa hari lagi para jemaah yang berada di Mekah akan akan bertolak ke Arafah untuk berwukuf. Hari wukuf pada tahun ini jatuh pada hari Khamis 9hb. Zulhijjah 1430 bersamaan 26 hb. November 2009. Bagi jemaah yang tiada berkesempatan wukuf pada hari tersebut maka tiada dapat haji kerana wukuf merupakan salah satu rukun haji.


Dalam khemah semasa Wukuf di Arafah

Allah yang bersifat Maha Pemurah memuliakan dan membesarkan hari tersebut dengan mencurahkan rahmat dan keampunan kepada hamba-hambanya yang berdoa dan meminta keampunan kepadaNya. Rasulullah SAW bersabda: " Tidak ada yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada hari Arafah".

Justeru pada hari tersebut, kita amat digalakkan supaya memperbanyakkan doa dan istighfar. Daripada Abdullah ibn Amru r.a. berkata: " Kebanyakkan doa Nabi SAW pada hari Arafah ialah " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah; Yang Maha Esa tanpa ada sekutu bagiNya. BagiNya segala kekuasaan dan pujian. Di dalam kekuasaanNya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Di antara doa bagi memohon keampunan dan pembebasan dari api neraka ialah:
"Ya Allah! Bebaskanlan tengkukku daripada api neraka, luaskanlah untukku dengan rezeki yang halal dan palingkanlah (hindarilah) daripadaku jin dan manusia yang fasik".

Kita juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah kerana Rasullullah SAW bersabda: "Puasa pada hari Asyura akan mengkafarahkan dosa setahun (sebelumnya). Manakala puasa pada hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa dua tahun: setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang".

Sebagaimana yang disebut di dalam hadis, bahawa Rasulullah SAW berdoa pada petang hari Arafah agar diampunkan dosa-dosa umatnya termasuk orang yang zalim. Apabila Allah memakbulkan doanya, Baginda SAW tersenyum kerana melihat iblis mengambil tanah lalu menabunya di atas kepalanya sambil mengeluh panjang apabila mengetahui doa Baginda SAW dimakbulkan dan dosa-dosa umatnya diampunkan.

Olih itu saya menyeru kepada diri saya dan semua kaum Muslimin dan Muslimat marilah kita berpuasa pada hari Arafah yang hari khamis 26hb Nov 2009 yang akan datang.

Disalin semula sebahagian artikal "Kebesaran Bulan Zulhijjah" dari Utusan Malaysia bertarikh: 23hb Nov 2009 sebagai peringatan bagi yang selalu lupa termasuk diri ku sendiri.




Rabu, 18 November 2009

PEPEREKSAAN


Naim dan Najwa

Hari ini 18 hb Nov 2009, adalah hari pertama anak lelaki tunggal ku menghadapi pepereksaan SPM. Abah harap adik( panggilan kami di rumah, dia lah paling kecil) dapat menjawab soalan dengan tenang. Umi membaca surah Yassin semasa adik sedang menjawab bagi setiap mata pelajaran. Abah harap adik membaca salawat dan al Fatihah sebelum mula menjawab soalan.

Anak sulung aku Najwa pula akan menghadapi kertas akhir semester di UIA. Abah dan Umi telah dan akan solat hajat setiap malam hari pepereksaan dan doakan adik dan kak long mendapat kejayaan seperti diharapkan, INSYAALLAH. AMIN

PERINGATAN

Gambar hiasan


Gambar hiasan

214. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Petikan dari sura Al Baqarah ayat 214

Selasa, 10 November 2009

PANGGILAN HAJI SIRI 2

Bersama En Dolah yang sentiasa bersama

berjalan menuju ke jamrah(Orentasi) sebelum hari wukuf

22 hb Jan. 2004(Hari pertama - Khamis)

Sebaik saja sampai ke kota Suci Mekah saya dan rombongan di bawa ke tempat penginapan di Hotel Mekah Hilton di depan Masjidil Haram. Apabila nampak saja Kaabah pada kali air mata aku mengalir tanpa disedari. Itulah kebesaranNya di mana selama ini arah kiblat kita semua semasa solat telah berada depan mata.

Saya merasa bahawa diri ini adalah hamba Allah yang kerdil ditengah jutaan lautan manusia yang berbagai bangsa dan warna kulit. Saya macam tidak percaya bahawa saya sekarang telah berada di depan Kaabah dan saya semakin yakin bahawa aku telah di terima sebagai tetamu Allah, kerana sebelum ke sana saya sangat takut akan bermacam-macam dugaan dan ujian yang bakal dihadapi maklumlah terlalu banyak dosa yang telah dilakukan berbanding dengan nikmat yang telah diterima. Saya sentiasa berdoa supaya Allah akan mempermudahkan segala ujian dan sentiasa dalam kesihatan yang sihat sepanjang masa mengerjakan haji.

Setelah selesai semua urusan bagasi dan bilik penginapan kami diberi taklimat ringkas oleh mutawif untuk melakukan tawaf qudum dan saie haji bagi kami yang mengerjakan haji Ifrad. (Saya dan isteri telah berniat untuk menunaikan haji secara haji ifrad iaitu, mengerjakan haji dahulu dan ikuti umrah dalam bulan haji. Jadi kami terpaksa berada dalam ihram selama 10 hari sebelum hari wukuf).

Alhamdulillah saya dan isteri telah sempurna melaksanakannya dengan izin Allah walaupun manusia terlalu ramai. Selepas solat sunat tawaf dan minum air zamzam terus pergi saie(tapi belum bergunting) dan balik ke hotel untuk makan dan rehat kerana terlalu letih sepanjang penerbangan selama 9 jam.


lawatan ke shisha


23 hb. Jan 2004(Hari kedua - Jumaat)

Pagi hari ini pi solat subuh berjamaah yang pertama di Masjidil haram dan saya mencari tempat yang paling depan supaya nampak kaabah. Nak pergi dekat dataran kaabah dah tidak boleh sebab jemaah terlalu ramai dan sesak itu pun saya sampai jam 4.30 pagi. Jadi saya bertekad untuk pergi awal lagi bagi solat yang akan datang sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk waktu.

Selepas sarapan pagi saya dan rakan sebilik En Abdullah Mahmud(Peg.Pertanian) dan Fauzi(Jurutera), kami pergi ke masjid pada jam 9.30 pagi untuk solat jumaat. Orang terlalu ramai, tapi kami dapat juga masuk kedalam masjid dengan izin Allah. Semasa solat hujan turun terlalu lebat dan semasa pulang ke hotel sekali lagi hujan lalu kami basah kuyup dalam pakaian ihram. Saya dan Hj Dolah sentiasa bersama setiap kali ke masjid dan begitu juga isteri saya dan isteri beliau.

Begitulah rutin harian sepanjang hari semasa di Mekah sebelum hari wukuf ke masjid setiap waktu solat kecuali ada program lain yang diatur oleh mutawif. Kami masuk ke masjid biasanya sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu solat bagi mendapatkan tempat yang paling depan dan nampak ka'bah. Masa-masa sebelum solat di penuhi dengan solat sunat dan membaca al- Quran. Saya bertekat untuk 2 kali khatam sepanjang masa berada di Mekah dan Alhamdullilah dimakbulkan Allah.


Bersedia untuk pi tawaf qudum

jemaah sedang makan

24 hb Jan 2004(Hari ke 3- Sabtu)

Hari ini selepas sarapan pagi kami dibawa melawat ke Padang Arafah, Muzdhalifah, dan ke Shisha tempat penginapan kami untuk melontar jamrah pada 3 hari tashriq yang berhampiran dan mengambil masa 20 minit perjalanan ke tempat melontar.

Setiap kali kemasjid kami solat untuk 2 waktu solat baru balik ke hotel untuk makan dan rehat sekejap. Satu ketika semasa berjalan menuju ke masjid dengan en Dolah saya kata kepadanya bila-bila, kita naik solat di atas ruangan bumbung yang tidak bertutup(Lihat gambar). Dengan kehendak Allah apa yang dihajatkan benar-benar berlaku, bila pada waktu solat magrib, aapbila kami sampai di satu pintu bethampiran istana raja tiba, polis Arab telah mengarahkan kami menggunakan excalator untuk ke atas bumbung kerana atas tangga masuk ke masjid telah sesak. Dengan cuaca yang sejuk dengan 19darjah celcius kami kesejukan hingga selesai solat dengan pakaian ihram dan berlantai marble.

Itu lah ketentuannya apapun yang pelik-pelik keluar dari mulut kita akan dimakbulkan oleh Allah hatta yang di dalam hati sekali pun. Setiap kali masuk ke dalam masjid saya akan minum air zamzam dan berdoa agar Allah menghindarkan sebarang penyakit terutamanya batuk, dan Alhadulillah di makbulkan kerana selama 3 hari belum kena lagi batuk. Tapi isteri saya telah sudah tidak keluar suara masa bercakap sehingga hari wukuf.

depan jamrah

25hb Jan 2004(Hari ke 4-Ahad)

Seperti biasa ke masjid lah pada pagi ini. Sekali lagi kami kena naik atas bumbung untuk solat subuh. Sebelum ke Mekah saya telah diamanahkan oleh jiran dan sahabat untuk menyampaikan pesanan upah haji dan barang kepada keluraga mereka yang tinggal di Mekah. Alhamdullilah pesanan upah haji telah dapat disampaikan dengan izin Allah.

Cuma satu lagi pesanan belum dapat ditunaikan. Saya telah berkali-kali menelepon tetapi tidak dapat jawapan dan saya mulai risau kerana pesanan tersebut perlu diserahkan sebelum hari wukuf takut hilang disebabkan ianya akan ditinggalkan di hotel semasa di Arafah. Pada sebelah petang sebelum solat asar kami diberikan taklimat wukuf dan melontar oleh guru ugama.


Pandangan Ka'bah dari atas hotel Hilton

26hb Jan 2004(Hari ke 5- Isnin)

Seperti biasa hari ini kami ke masjid untuk solat waktu setiap waktu solat. Masa untuk rehat hanyalah lebih kurang 1 jam selepas solat subuh dan sarapan pagi, selepas itu pergi semula ke masjid untik solat zohor dan kadang-kadang terus solat asar, lepas itu pulang ke hotel, itu pun kalau tiada program yang di atur oleh mutawif. Saperti biasa ruang waktu seblum solat dihabiskan untuk baca quran.

Hari ini saya kena penyakit kerongkong kerana tekak terlalu kering.

27hb jan 2004(Hari ke 6 - Selasa)

Pagi ini kami pergi ke masjid jam 3.00 pagi untuk solat subuh. Sakit tekak saya masih terasa tapi telah berkurangan dan Alhamdulillah selepas itu sembuh sepenuhnya dengan makan ubat yang dibawa dari Malaysia. Selepas sarapan pagi kami telah diberi kuliah ulangan manasik haji oleh guru agama yang dilantik. Solat zohor kena duduk kat dataran masjid saja sebab tak dapat masuk dalam masjid kerana lewat

Sebelum itu saya telah solat hajat supaya dapat berjumpa dengan saudara rakan saya yang tinggal di Mekah untuk menyerahkan amanah dari Malaysia. Solat maghrib dan isya' kena atas bumbung sekali lagi sebab sesak dibawah dan dalam masjid. Hari ini juga kami telah berpindah ke hotel Ajiyad yang terletak berhampiran dengan masjid iaitu 10 minit berjalan kaki ke masjid dan berhampiran dengan hotel Habiba, terletaknya pejabat Tabung haji termasuk klinik dan kaunter pengeluaran wang semasa di Mekah.

28hb Jan 2004(Hari ke 7 - Rabu)

Seperti biasa hari ini kami ke masjid untuk solat waktu setiap waktu solat. Balik ke hotel sekali lagi saya menalipon saudara rakan saya di Mekah bernama Bakri untuk menyampaikan amanah kepadanya dan Alhamdulillah dapat jawapan dan dia mengatakan bahawa talipon di rumahnya telah rosak beberapa hari yang lalu. Beliau telah bersetuju untuk datang pada sebelah malam ke hotel Ajiyah yang kebetulan rumahnya terletak di atas bukit lebih kurang 200m dari hotel tersebut

Pada malam tersebut Bakri telah datang untuk mengambil amanah yang dikirimkan kepadanya, beliau telah menjemput saya dan isteri serta en Dolah dan isterinya ke rumahnya. Kami terima pelawaannya dan berjalan kaki naik bukit untuk ke rumahnya. Di rumah beliau kami diasingkan antara tetamu wanita dan lelaki dalam bilik yang berasingan walau pun keluarga beliau semuanya berasal dari Malaysia.

Bapanya yang berna Hj. Taib berasal dari Kg. Asam Jawa, Baling Kedah, di mana rumah nya di sini berhampiran dengan rumah emak saudara saya yang ada hubungan kekeluargaan juga dengan saya. Ayah dan arwah emak saya juga pernah menziarahi mereka semasa mereka menunaikan haji pada tahun 90an yang lalu.

Saya difahamkan hahawa Hj Taib telah bermestautin di Mekah selama 50 tahun pada masa itu. tetapi tidak mendapat taraf warganegara Arab Saudi. Dia dikenali sebagai Hj Taib roti dikalangan keluarganya di Malaysia sebab beliau telah mengatakan bahawa sekiranya dapat ke Mekah beliau akan makan roti sahaja. Oleh yang demikian Hj Taib tidak makan nasi dari dia sampai di Mekah sehinggalah kami menziarahinya dan bercakap dengan loghat Baling yang pekat. Kami dijamu dengan makanan Arab dan balik ke hotel pada jam 12.00 tengah malam.

Itulah ketentuanNya apa saja yang dihajati dan diniatkan di Tanah Haram( Mekah) akan dimakbulkan.

29hb Jan 2004(Hari ke 8 - Khamis)

Seperti biasa hari ini kami ke masjid jam 4.00pagi untuk solat subuh. Pagi ini kemaskan barang dan pakaian untuk dibawa ke Shisha . Lepas itu kepala rasa sakit dan tak dapat pergi ke masjid, maka terlepaslah solat zohor dan asar di masjid walau pun ganjaran pahalnya besar. Nak buat macam mana sebab terlalu sakit. Itu baru sakit kepala, kalau deman dan sakit lagi tak bolih, mana dengan kesesakan jutaan manusia.

Bagi jemaah yang tua-tua saya kasihan melihat mereka, sebab dah tua sakit pula, jadi kalau ada kemampuan dan umur muda baiklah pergi segera jangan tunggu sampai seru, kerana Nabi Ibrahim telah menyeru sejak dari dulu lagi. Lepas solat isya' dan makan malam kami bersiap-siap untuk bertolak ke hotel penginapan transit di Shisha yang dijangka pada jam 12.00 tgh. malam.

30hb Jan 2004(Hari ke 9 - Jumaat)

Setelah bersabar selama 3 jam maka kami pun bertolak pada jam 3.00 pagi ke Shisha dan sampai pada jam 4.30 pagi dan selepas itu terus tidur. Kami bertolak ke Arafah pada jam 12.00 tgh. dan sampai jam 1.00 petang selepas perjalanan 1 jam di mana sepanjang perjalanan kami bertalbiah. Selepas solat zohor rehat sambil berdoa dan membaca al Quran sementara menunggu hari wukuf kesokan harinya.

Aktibiti hari wukuf dan hari-hari tashrik(11,12 dan 13 Zulhijjah) saya akan catatkan pada siri-siri yang akan datang.


Isnin, 9 November 2009

LELAKI HARAM BERGELANG TANGAN

Oleh: Ustaz Zainuddin Hashim

Antara perkara dilupakan orang Islam hari ini bagi memperkasa jati diri mereka belajar dan mendalami ilmu-ilmu fardu ain dan mengetahui perancangan musuh Islam yang setiap masa mencari jalan bagi menghancurkan pegangan dan hubungan mereka dengan Allah SWT.

Permusuhan mereka telah disebut oleh Allah dalam Al-Quran, antaranya menerusi ayat 120 surah al-Baqarah, maksudnya: " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kamu(sebagai orang Islam) hingga kamu mengikut agama mereka".

Menerusi ayat 82 surah al-Maidah pula, Allah menegaskan maksudnya:" Kamu akan dapati bahawa orang apaling dahsyat menimpakan permusuhan ke atas orang-orang Islam adalahj dikalangan yahudi dan yang sekutu dengan mereka".

Justeru, kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu-ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan, cara hidup orang kafir. Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebat untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka mencipta alat bagi mengurangkan tekanan darah dan sebagainya dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara atau kaedah lain yang boleh dilakukan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah, apabila dilaknat sudah tentu mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan perubatan telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadisnya daripada 'Imran bin hussain r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini?" (iaitu yang dipakai oleh lelaki tersebut dipergelangan tangannya), lelaki itu berkata: "Ia adalah gelang perubatan. Tegas baginda Rasulullah: "Sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu dari diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri diri anda, maka anda tidak akan berjaya(selamat) selam-lamanya. " Hadis Sohih yang ke19,885 riwayat Imam Ahmad dan musnadnya.

Pemakaian gelang pada hari ini, bukan sahaja melibatkan golongan remaja, tetapi pegawai-pegawai masjid dan surau, tukang mandi jenazah, yang bergelar ustaz dan sebagainya., sesungguhnya mereka telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan mereka dari sudut pegangan akidah.

Pakai gelang tangan menjadi trend dan budaya baru. Di malaysia ia bermula pada zaman dahulu kala di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah kepada kaum keluarga terdekat dan sahabat-sahabat oleh orang ayang baru balik dai Makkah. Sekarang ini pula ia dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di tanah suci kerana faktor mudah untuk dikenalikalau-kalau berlaku apa-apa kemalangan di sana atau sebarang kes hilang, maka mudahlah untuk dikenali. Ohh.. ini jemaah haji malaysia, sebab ada gelang.

Yang peliknya pak-pak haji yang lelaki ni apabila balik ke Malaysia tak mahu cabut dan buang gelang itu. Dipakainya ke mana-mana termasuk ke surau dan masjid. Kalau orang tua tunjuk contoh begitu, apabila orang muda pakai janganlah hentam orang muda sahaja.

Jenis-jenis gelang yang haram bagi lelaki:
1- Gelang kayu koka
2- Gelang kristal
3- Gelang tasbih
4- Gelang getah plastik
5- Gelang besi magnetik
6-Gelang besi Tabung Haji(apabila berada di Malaysia) dan gelang-gelang lain yang apabila dilihat orang, orang ramai kata ia gelang, hatta budak kecil pun kata gelang.

Jenis-jenis gelang yang diharuskan:
1- Gelang pesakit semasa dihospital. Ia ditanda nama pesakit wad.
2- Gelang penjenayah/pesalah. Ianya dipakaikan oleh pihak polis apabila tangkapan dibuat.
3- Gelang kaki bagi pesakit gila.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha jadikan dirinya salah satu daripada tiga golongan ini.

Nota:
Tulisan ini di catat semula dari tulisan oleh Ustaz Zainuddin Hashim dalam akhbar Harakah yang telah saya potong tapi terlupa catit tarikhnya tanpa pindaan dan tokok tambah.

Ahad, 8 November 2009

DR ASRI BIN ZAINOL ABIDIN

http://mstar.com.my/archives/2009/10/4/mstar_hiburan/DrAsri02.jpg

Saya bersimpati dan mengucapkan takziah di atas cara penahanan dan penangkapan beliau walau pun saya bukanlah pengikut beliau. Saya pernah juga mendengar tazkirah Ramadhan nya di Masjid Taman Ria Jaya pada bulan puasa yang lepas. Apa yang baik kita ambil sebagai iktibar walau pun ada sebahagian daripada kuliah beliau yang saya tak bersetuju.

Begitu lah ujian atau mehnah dalam perjuangan menegakkan Islam. Ustaz Asri belum lagi didakwa di mahkamah tetapi telah heboh dan mendapat publisiti yang meluas di media perdana bahkan ada seorang mantan MB di utara semenanjung telah membuat laporan polis atas peristiwa tersebut. Mantan MB inilah juga yang membawa Ustaz Asri ke Masjid TRJ Sg, Petani pada bulan puasa yang lepas.

Untuk makluman Ustaz Asri kami ahli Pas telah merasai lebih dari itu dalam menghadapi ujian untuk menegakkan negara Islam melalui perjuangan PAS. Sejarah telah mencatatkan dari mula PAS ditubuhkan ramai dikalangan pemimpin dan ahli serta penyokong PAS telah telah melalui tekanan dan halangan samaada dari penguasa dan ahli umNO yang tidak senang dengan Islam yang diperjuangkan olih PAS.

Pemimpin-pemimpin Pas ada yang telah di ISAkan di Kem Kemunting, pejuang dan penyokong Pas telah dibunuh di PRK Padang Terap, dibunuh dalam peristiwa Memali dan ditangkap serta digari dalam tunjuk perasaan BERSIH, PPSMI dan lain-lain siri tunjuk perasaan. Belum cukup dengan itu telah disembur dengan gas pemedih mata dan air kimia. Walau pun begitu kami dari Pas tidak serik dan jemu menghadapi kerenah sang penguasa selagi Islam tidak dapat ditegakkan di bumi Malaysia,

Allah Taala tidak akan tanya samaada kita menang atau kalah dalam perjuangan Islam, tapi Ia Akan tanya samaada kita berjuang atau tidak. Kalau Allah hendak beri kemenangan Ia akan beri walau pun kita tidak menjangka dan kalau Ia hendak tarik balik kemenangan bila-bila masa akan berlaku, tetapi kita mestilah istiqamah dalam perjuangan kerana itulah janji Allah.

Katalah yang benar walaupun ianya pahit.