AL-QURAN EXPLORER

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

HARI KELUARGA DI CAMERON HIGHLANG: 18 & 19 DIS. 2009

Ahad, 8 November 2009

DR ASRI BIN ZAINOL ABIDIN

http://mstar.com.my/archives/2009/10/4/mstar_hiburan/DrAsri02.jpg

Saya bersimpati dan mengucapkan takziah di atas cara penahanan dan penangkapan beliau walau pun saya bukanlah pengikut beliau. Saya pernah juga mendengar tazkirah Ramadhan nya di Masjid Taman Ria Jaya pada bulan puasa yang lepas. Apa yang baik kita ambil sebagai iktibar walau pun ada sebahagian daripada kuliah beliau yang saya tak bersetuju.

Begitu lah ujian atau mehnah dalam perjuangan menegakkan Islam. Ustaz Asri belum lagi didakwa di mahkamah tetapi telah heboh dan mendapat publisiti yang meluas di media perdana bahkan ada seorang mantan MB di utara semenanjung telah membuat laporan polis atas peristiwa tersebut. Mantan MB inilah juga yang membawa Ustaz Asri ke Masjid TRJ Sg, Petani pada bulan puasa yang lepas.

Untuk makluman Ustaz Asri kami ahli Pas telah merasai lebih dari itu dalam menghadapi ujian untuk menegakkan negara Islam melalui perjuangan PAS. Sejarah telah mencatatkan dari mula PAS ditubuhkan ramai dikalangan pemimpin dan ahli serta penyokong PAS telah telah melalui tekanan dan halangan samaada dari penguasa dan ahli umNO yang tidak senang dengan Islam yang diperjuangkan olih PAS.

Pemimpin-pemimpin Pas ada yang telah di ISAkan di Kem Kemunting, pejuang dan penyokong Pas telah dibunuh di PRK Padang Terap, dibunuh dalam peristiwa Memali dan ditangkap serta digari dalam tunjuk perasaan BERSIH, PPSMI dan lain-lain siri tunjuk perasaan. Belum cukup dengan itu telah disembur dengan gas pemedih mata dan air kimia. Walau pun begitu kami dari Pas tidak serik dan jemu menghadapi kerenah sang penguasa selagi Islam tidak dapat ditegakkan di bumi Malaysia,

Allah Taala tidak akan tanya samaada kita menang atau kalah dalam perjuangan Islam, tapi Ia Akan tanya samaada kita berjuang atau tidak. Kalau Allah hendak beri kemenangan Ia akan beri walau pun kita tidak menjangka dan kalau Ia hendak tarik balik kemenangan bila-bila masa akan berlaku, tetapi kita mestilah istiqamah dalam perjuangan kerana itulah janji Allah.

Katalah yang benar walaupun ianya pahit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan