AL-QURAN EXPLORER

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

HARI KELUARGA DI CAMERON HIGHLANG: 18 & 19 DIS. 2009

Selasa, 1 Disember 2009

JUMPA KAWAN SEKELAS DI SMKJ


Giliran Sobri tangkap gambaq pulak


Aku dan Sobri Cek Ros

Rusdin tengah dok cerita kesah-kesah lama.

Masa ni Rusdin yang tangkap gambag ni....
Hasanuddin, Yadin,Aku dan Sobri. Kamera Sobri punya.

.Pada Hari Raya Aidil Adha yang ke 3, 29hb Nov. 2009 aku dan kawan2 lama di SMKJ Sg Petani telah berpakat untuk pi rumah Rusdin di Kg. Dara, Sg. Tawar untuk makan kenduri perkahwinan adiknya. Maka Sobri cek Ros pun telah mengatur pertemuan sebelum pi ke sana. Dia SMS kat aku suruh tunggu di depan klinik kesihatan tawar pada jam 3 ptg.

Aku setuju lah jumpa di sana. Bila aku talipon dia masa nak keluar pi tawar, dia kata dia pun dah bertolak dari Baling, masa tu lebeh kurang jam 2.45 ptg. Aku punya lah speed melalui jalan pintas(short cut) melalui jalan kg. Ambing/Binjul Dalam ke Tawar. Sampai saja di Tawar 3.05 ptg. batang hidung dia pun tak nampak. Tapi tak pa aku dok lena sat kereta, nak keluar depan tu ada rumah kenduri pula, takut depa panggil makan.

Tunggu punya punya tunggu dia tak sampai juga. Aku bagi can kat dia sampai 15 minit, aku call sekali lagi, dia kata ada kat Kuala Pegang. OK lah Kuala Pegang ke Tawar ambil masa dalam 15 minit. Aku tunggu sampai 3.45ptg. dia tak sampai juga. Aku tak larat nak lena dah, call dia sekali lagi, maka dia pun sampai dok cari aku. Auta punya Sobri...... jangan marah.

Tapi sebelum tu, masa aku call dia, di kata ada kat kuala Pegang, aku pun suruh dia tunggu kat simpang masuk Sg. Tawar pasai jalan nak pi rumah Rusdin ialah dari Tawar ke Kuala pegang, jadi aku boleh lah jumpa depa di sana. Tapi Sobri kata dia nak mai jumpa aku juga kat Klinik Tawar, bangang punya Sobri...... jangan marah.

Maka bila dah jumpa semua saperti dijanji kami pun bertolak lah dengan 4 buah kereta di dahului oleh Cekgu Hasanudin. Masuk jalan sg. Tawar jumpa satu simpang 3, hala kiri menunjukkan ke kupang dan terus ke Kg. Dara. Tut,tut hasanudin kona kiri sampai jumpa kilang getah, tak jumpa juga kg. Dara, ringkas nya kami sesat tapi kami patah balik ke pangkal jalan, tak baca punya Cekgu Hasanudin, kami pun bangang juga ikut dia buat apa kalu baca papan tanda, ringkasnya kami sesat jalan dan patah balik akhirnya jumpa juga rumah Rusdin.

Di ringkaskan , selepas makan kami pun sembanglah cerita2 lama masa di SMKJ, Yadin dan Hasanudin ada hal jadi depa balik awal sikit,tinggal aku dan Sobri dok sembang dengan Rusdin. Borak punya borak tak sedar jam dah dekat pukul 6ptg. jadi aku dan Sobri minta berudur diri dan kami harap dapat jumpa lagi di Rumah Hasanudin pada 12 hb. Dis. 2009(Sabtu) di Jeniang kerana kenduri perkahwinan anaknya. Dah nak dapat menantu pun pada hal aku dengan dia satu kelas.

Gambar2 yang dia atas tu belas ikhsan dari Sobri Cek Ros(aku ciplak dari blog dia), pasai dia bawa kamera. Aku pun bawa juga, tapi aku tengok dia dok tangkap gambar, aku biaq kat dia sudah la, tu la gambar boleh masuk blog, kalu aku tangkap gambar pasti gambar aku tak dah. Kalu dia nak saman pasai ciplak gambar tu, aku nak buat macam mana, dia punya hal lah. lu pikiaq la sendiri.

Begitu lah kisahnya perjumpaan tak resmi di rumah Rusdin Husin, Pengetua Sek. Sultan Mohd. Jiwa, Sg. Petani, dula kami panggil sek Sains Kedah, sebab satu2 nya sek, sains di Kedah 34 tahun yang lalu.

7 ulasan:

  1. seghenok aku baca komeng mu thu.. aku tegelak hampir terburai urat perut aku! hasanudin punya bawa kita kejalan kesesatan!
    Nasib kita balik kepangkal jalan.. kalu tidak keh, eh sampa ke Kupanglaa.. nak tipon Rusdin line tak dhak!..aku dok kuiri juga eh gi mana gigi mu hak dulu-dulu tu? Nasib baik aku dok menteng gigi aku ni.. Kalu aku cabuk gigi aku ni.. alamat mu tak kenai aku laaa..mu bayangkan kalu gigi depang aku tak dua putung tu?

    BalasPadam
  2. Sobri ada bagitau kata nak gi kenduri rumah Rosdin. Tapi dia tak ghoyat yang Mu, hasanudin dan yadin nak gi. Aku pun rasa nak gi juga jumpa kawan lama. Tapi..tak leh gi.. pasai Rosdin tak jemput aku gi kenduri dia!

    BalasPadam
  3. Saidin owhh.. harap mu dah sehat dan tak demang lagi. Aku dah jadi pengikutmu aku tak mboh ikut jalan kesesatan dan kese setan yang diketuai oleh Hasanuding lagi dah!

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. weh..gena mu dok diang ja weh??

    BalasPadam
  6. Aku kalut sikt, pasai nak siapkan projek rumah adik aku, cadang nak duduk minggu depan. lama juga aku tak up date blog aku.

    BalasPadam
  7. Aku kalut sikt, pasai nak siapkan projek rumah adik aku, cadang nak duduk minggu depan. lama juga aku tak up date blog aku.

    BalasPadam